Featured By: Yanie Baharom January 5, 2019 @ 5:00pm

Bau Busuk Selepas Melunaskan ‘Hajat’, Ini Cara Menghapuskannya!

Dibebani rasa segan dan malu dengan bau tandas yang kita tinggalkan, situasi ini pastinya pernah dialami sesiapapun.

Justeru itu apakah tindakan yang patut kita lakukan supaya perbuatan membuang air besar itu tidak dapat dikesan oleh tuan rumah atau pengunjung tandas.

Tak kiralah sama ada bau busuk itu datang dari najis anda, mahupun najis bayi anda yang “dilepaskan” secara tiba-tiba itu, ini ada beberapa tip untuk anda hilangkan bau busuk najis di dalam tandas.

Foto: Climate Design

6 cara hilangkan bau busuk selepas anda guna tandas

1. Pam tandas dengan cepat

Ini cara terbaik untuk hilangkan bau busuk bila anda sedang buang besar. Caranya, anda perlu pam setiap kali anda mendengar percikan dalam lubang tandas untuk mengelakkan dari bau merebak.

Lebih cepat anda lakukan, lebih kurang bau akan merebak!

2. Pengudaraan

Anda boleh buka tingkap atau kipas ekzos dan biarkan ia terbuka atau berpusing selepas anda meninggalkan tandas. Membiarkan peredaran udara tak akan menyebabkan bau hilang serta-merta tapi ia boleh membantu.

3. Bawa pewangi

Anda mungkin ada sesuatu dalam beg yang boleh dijadikan sebagai pewangi. Letakkan losyen wangian tangan pada tangan dan kibaskan tangan ke udara. Anda juga boleh picitkan sedikit losyen tersebut ke dalam mangkuk tandas.

4.  Letak pokok bunga dalam bilik air

Pokok bunga seperti jasmine, lily dan ros mewangikan bilik air secara semula jadi.

Selain memberi kesegaran, ia juga mencantikkan pandangan.

5. Hampas kopi

Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas.

Caranya, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.

6. Beri amaran

Anda tak boleh buat semua cadangan di atas? Jalan terakhir anda adalah untuk keluar senyap-senyap atau jika ada orang sedang tunggu di luar, beritahu mereka yang mereka mungkin perlu tunggu sekejap sebelum masuk tandas.

Sumber: Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 18 Sep 2021
Featured Thu, 8 Dec 2022
Featured Tue, 8 Oct 2019
Acara Thu, 22 Aug 2019
Featured Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Bergelar Hijabista, Anda Kena Tahu Dan Mahir Dengan 3 Stail Fesyen Ini

Kalau nak jadi macam hijabista famous anda boleh tiru 3 stail ini.

Featured Mon, 1 Feb 2021