Eat Travel By: Ad Ops January 4, 2019 @ 5:00pm

Bayaran Masuk Ke Taj Mahal Dinaikkan Sebanyak 400%… Untuk Mengurangkan Pengunjung?

Terletak di Agra, India, Taj Mahal merupakan salah sebuah mercu tanda yang teragung di dunia.

Bagi yang tak tahu, ia telah dibina pada kurun ke-17 oleh maharaja Shah Jahan sebagai sebuah makam untuk isterinya yang  tercinta, Mumtaz Mahal.

Kerana kisah yang menyayat hati ini serta keindahan monumen ini, ia sering dikunjungi oleh pelawat dari seluruh dunia, termasuklah warga India. Setiap tahun, hampir 8 juta orang telah datang untuk mengagumi bangunan batu marmar ini.

Kalau dah cantik, baguslah bila ada orang yang nak datang tengok. Tapi masalah timbul apabila terlebih banyak pula pengunjung yang datang.

Oleh kerana pelancong, batu marmar putih yang diukir khas kini kekuningan akibat pencemaran udara. Sungai Yamuna yang mengalir di sebelahnya tercemar. Seluruh kawasan ini diganggu oleh monyet yang memanjat monumen ini beramai-ramai.

Foto: CNN.com

Kenaikan harga

Untuk memelihara bangunan antik ini, pihak kerajaan India telah memikirkan sebuah inisiatif supaya jumlah pengunjung berkurangan.

Sejak bulan lalu, sekeping tiket untuk melawat semua kawasan Taj mahal termasuklah makam utama yang sudah pun berusia 365 tahun ini akan meningkat daripada 50 rupee (RM3) ke 250 rupee (RM14.80) untuk warga India.

Untuk pelancong asing pula harga 1,000 rupee (RM59.20) bertambah ke 1,300 rupee (RM77).

Majoriti daripada pelawat Taj Mahal adalah orang tempatan dan keputusan pihak berkuasa ini akan memberi impak besar kepada negara di mana gaji purata harian adalah hanya 270 rupee (RM16).

Ini bermakna harga tiket naik sebanyak 400% padahal untuk pelancong asing, kenaikannya hanyalah sebanyak 15%.

“Perubahan ini diharapkan akan mengurangkan jumlah pengunjung dalam lebih kurang 15 ke 20 peratus,” kata seorang pegawai daripada Archaeological Survey of India, badan yang bertanggungjawab untuk menyelenggara Taj Mahal.

“Pada masa yang sama, wang yang dikumpul boleh digunakan untuk pemuliharaan makam ini.”

Foto: Unusual Traveler

Usaha lain

Untuk melindungi Taj Mahal daripada lebih banyak gangguan pencemaran, kenderaan bermotor tak dibenarkan mendekati dalam 500 meter dari kompleks.

Awal tahun lepas, sebagai satu lagi percubaan untuk mengawal jumlah pengunjung, kerajaan telah mengehadkan pelawat tempatan ke 40,000 orang sehari.

Sebelum itu, sebanyak 70,000 pelawat akan membanjiri lokasi yang tersenarai sebagai tapak warisan dunia oleh Unesco ini pada hujung minggu dan hari cuti.

Keputusan untuk menetapkan had ini tercetus kerana pada suatu masa orang ramai telah berebut untuk masuk tepat sebelum waktu kompleks ini ditutup. Pergelutan ini menyebabkan 5 orang tercedera.

Kata Menteri Budaya India Mahesh Sharma, “Kita perlu memelihara Taj Mahal untuk generasi akan datang.”

Sumber: Telegraph.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Feb 2020
Featured Mon, 1 Mar 2021

Lanjutan PKP 2.0 Bakal Diketahui Pada Hari…

PKP dilanjutkan atau tidak?

Featured Sun, 31 Oct 2021

Joe Flizzow Jadi Guru Bahasa Inggeris… Tukar Profesion Ke?

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow mendapat inspirasi melancarkan program pengajian Bahasa Inggeris selepas mendapat respons seorang guru di Kelantan. Guru itu berterima kasih atas usaha kumpulan rap yang dianggotai oleh Joe, Too Phat yang merakamkan […]

Featured Wed, 24 Jul 2019

Soul Matte, koleksi ideal untuk si gadis kulit berminyak

Selain berkualiti, jenama Alha Alfa Cosmetics juga berstatus halal!

Featured Mon, 20 Feb 2023

Didakwa Tidak Lagi Menyanyi & Selesa Duduk Rumah Jaga Anak Sahaja, Ini Respons Syamel

Betul ke Syamel sekarang jadi Mr Mama ni? Tapi tak salah pun…

Featured Mon, 21 Jun 2021

Cara Mohon Dan Semak Kelayakan BPR Tambahan, Bayaran RM 100 Hingga RM 500 Akhir Jun Ini

Umum maklum, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa golongan B40 akan menerima bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500 sementara penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berpendapatan RM1,000 ke bawah akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM500 […]