familuv By: Fadzlena Jafar April 1, 2020 @ 3:01pm

Bayi tertelan kerongsang berjaya diselamatkan doktor di Pahang

Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang tertelan kerongsang berjaya diselamatkan sekumpulan doktor di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Pakar Perunding Kanan Paediatrik Otorhinolaryngologi (ORL) di Pahang, Dr Suhaimi Yusuf, berkata tindakan pantas ibu bayi berkenaan yang membawa si kecil terus ke bahagian kecemasan hospital berjaya menyelamatkan nyawa anaknya itu.

“Ibu berkenaan menyedari sesuatu berlaku kepada anaknya apabila si kecil kelihatan sukar bernafas seolah-olah tercekik, terbatuk-batuk dan tidak mahu menyusu.

“Bagaimanapun, apabila melihat anaknya menjadi kebiruan dan keluar air liur bercampur darah beliau terus membawa anaknya ke bahagian kecemasan hospital,” katanya kepada Hijab & Heels ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Perkhidmatan ORL Pahang, Dr Suhaimi Yusuf bersama-sama pasukannya terdiri daripada tiga doktor dan dua pakar bius berjaya mengeluarkan kerongsang daripada salur makan seorang bayi. (Gambar Hijab & Heels)

Bayi berkenaan kemudian terus dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan hasil imbasan sinar-X menunjukkan terdapat benda asing dalam salur makan bayi itu.

Dr Suhaimi mengetuai sekumpulan doktor di hospital berkenaan melakukan pembedahan bagi membuang benda asing berkenaan yang kemudian dikenal pasti kerongsang ibu bayi terbabit berukuran 2×2 cm persegi.

Beliau berkata, pembedahan yang dilakukan secara endoskopi itu mengambil masa kira-kira 45 minit berikutan kedudukan pin kerongsang yang terbuka dan boleh menyebabkan kecederaan lebih teruk pada kerongkong.

“Pembedahan dilakukan secara endoskopi melalui mulut apabila bayi diberikan bius keseluruhan. Pada mulanya, banyak kali gagal kemungkinan disebabkan  jarumnya melekat pada dinding salur makan.

“Cabaran utamanya adalah kami tidak nampak kedudukan jarum kerongsang sama ada secara endoskopi mahupun melalui imbasan sinar-X. Jarumnya terbuka dan menghadap ke atas, jadi jika tersalah tarik kemungkinan akan menyebabkan luka atau koyakan serta pendarahan pada salur makan,” katanya.

Gambar esophagoscope menunjukkan kerongsang sedang ditarik keluar.

Beliau dan pasukannya bersyukur pembedahan berkenaan berjalan lancar meskipun menghadapi pelbagai cabaran. 

Bagaimanapun, Dr Suhaimi akui, ini bukan pengalaman pertama mengendalikan kes bayi atau kanak-kanak tertelan benda asing yang termasuk ke dalam salur pernafasan atau salur makan.

“Saya pernah berdepan dengan beberapa kes membabitkan kanak-kanak kecil tertelan benda asing, tetapi ini pertama kali membabitkan kerongsang yang jarumnya terbuka dalam salur makan.

“Sebelum ini ada juga membabitkan jarum yang tersangkut dalam salur pernafasan apabila seorang bayi juga berusia sembilan bulan tertelan jarum dari baju ibunya sehingga menyebabkan saya terpaksa berkejar ke Hospital Kuala Terengganu,” katanya mengimbas pengalaman yang berlaku pada tahun 2016 itu.

Beliau yang juga Ketua Perkhidmatan ORL Pahang menasihatkan ibu bapa khususnya wanita supaya lebih berhati-hati dan menyimpan aksesori atau benda kecil di tempat yang sukar dicapai bayi terutama apabila berada di rumah yang mempunyai kanak-kanak kecil.

Gambar: Kredit Dr Suhaimi Yusuf.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Jul 2021

Daftar Sekarang Dan Mohon Bantuan Ibu Tunggal Bernilai RM300 Sebelum 5 Julai

Menerusi insentif PENJANA tahun lalu, Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Khas Ibu Tunggal bernilai sebanyak RM300 secara one-off yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak. Bagi tahun ini, pelaksanaan […]

Featured Mon, 1 Aug 2022

Mimpi Dipatuk Ular Tedung, Belum Rezeki Zul 2By2 & Intan Maya Untuk Timang Anak – “Isteri Alami 2 Kali Keguguran”

Semoga Zul & Intan Maya dijauhkan daripada segala perkara buruk serta dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata ❤️

familuv Mon, 13 Aug 2018

6 Tip Penting Supaya Kulit Bayi Anda Kekal Sihat

Kulit bayi sangat halus, ruam dan alergi boleh terbentuk jika tidak dijaga.

Featured Sun, 5 Apr 2020

Selain memasak, ini satu lagi bakat terpendam Raja Permaisuri Agong

Untungnya Agong miliki isteri yang serba boleh

Featured Mon, 7 Jan 2019

Tip mudah untuk jadikan bulu mata palsu anda lentik dan nampak baru berpanjangan

Teknik ini bukan menggunakan pengetip bulu mata, ya!

Featured Sun, 5 Jun 2022
Featured Fri, 10 Mar 2023