Featured By: Shaidah Shafie February 27, 2020 @ 10:00am

Bekas wartawan kini pengusaha katering berjaya, ini resipi kejayaannya

Jika ada yang masih ingat mengenai kisah jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh pada penghujung tahun 2010, nama Noriah Idris pasti antara yang disebut-sebut dalam beberapa artikel berkaitan usahawan jelita itu.

Manakan tidak, Noriah yang juga antara teman akrab Allahyarham ketika hayatnya, banyak menghasilkan berita eksklusif mengenai kehilangan Sosilawati sebelum disahkan dibunuh apabila polis menemui sisa tulang manusia  yang dibakar di sebuah ladang di Selangor.

Bekas wartawan Harian Metro itu bukan sahaja berjaya mendapatkan temu bual eksklusif bersama ahli keluarga Allahyarham, tetapi juga diburu media lain bagi mendapatkan berita membabitkan kisah berkenaan.

Hampir 30 tahun bergelumang dalam dunia kewartawan sebelum mengucapkan selamat tinggal pada bidang yang dicintainya itu, Noriah akui mengambil keputusan berat itu bagi mengejar impiannya untuk menceburi dunia perniagaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, sebelum berundur diri, beliau melakukan pelbagai persediaan bagi memastikan perancangan yang diatur tidak tersungkur di tengah jalan.

“Tidak salah untuk berhenti kerja atau berundur daripada bidang yang kita minati sejak sekian lama, namun perlu ada perancangan supaya apa yang bakal diusahakan berjalan lancar. Saya sendiri mengambil masa hampir setahun membuat perancangan sebelum berhenti kerja,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, baru-baru ini.

Sebaik meninggalkan dunia kewartawanan, Noriah berjinak-jinak dengan perniagaan kosmetik, namun menyedari bidang berkenaan kurang sesuai dengan jiwanya.

Kegagalan berkenaan sedikitpun tidak melemahkan semangatnya untuk bangkit mencuba satu lagi bidang yang sedikit berlainan, tetapi masih dekat dengan minat wanita, iaitu perniagaan makanan.

Noriah berkata, walaupun menyedari beliau bukan seorang yang rajin ke dapur, namun beliau mencabar diri untuk mencuba bidang berkenaan.

“Memang pada mulanya tidak terfikir untuk terjun ke dunia masakan, malah arwah emak saya pernah berkata saya memang tidak pandai memasak. Tetapi saya cuba demi minat dalam bidang ini. Siapa sangka, bidang ini kini menjadi periuk nasi saya,” katanya.

Noriah tidak kekok untuk turun padang menghantar pesanan kepada pelanggan yang menempah makanan daripada Nori Katering. Gambar: Instagram @noryskitchen

Pernah beberapa kali perniagaan yang dilakukan menemui kegagalan, namun Noriah yang juga seorang ibu tunggal  berpegang pada prinsip sekali gagal tidak bermakna selama-lamanya akan gagal.

“Saya sentiasa mengingatkan diri supaya sabar dan positif, malah saya percaya pada konsep berkongsi rezeki kerana walaupun rezeki yang ada sedikit, tetapi jika dikongsi dengan orang lain, Insya-Allah Tuhan akan tambah rezeki kita.

“Alhamudulillah, kini perniagaan yang saya usahakan, Nory Katering kian berkembang dan banyak menerima tempahan bukan sahaja daripada rakan-rakan, tetapi juga beberapa syarikat di sekitar Kuala Lumpur ,” katanya yang kerap menjemput ibu tunggal untuk membantunya menyediakan masakan ketika menerima tempahan.

 

Pasrah adalah perkataan terakhir bagi Noriah setelah segala usaha dilakukan dalam perniagaan makanan yang diceburinya. Gambar: Hanef Muhammad.

Noriah ternyata mempunyai perancangan yang baik kerana percaturan yang dilalui menjadikan beliau wanita yang tidak pernah mengenal putus ada walau apa jua rintangan mendatang.

“Satu lagi panduan yang saya suka untuk berkongsi ialah adakan tabung infaq walaupun sedikit, kalau saya tidak mampu untuk infaq dalam bentuk kewangan, saya akan sediakan makanan sebagai infaq yang dimaksudkan.

“Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sesiapa yang ada perancangan untuk berhenti kerja dan berniaga. Saya juga sentiasa ingat, sembilan daripada 10 rezeki adalah daripada  perniagaan,” katanya yang berharap bakal usahawan tidak mudah putus asa apabila berdepan kegagalan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 19 Jun 2018

Hanya Guna Gula Dan Lemon Untuk Tanggalkan Bulu Pada Anggota Badan. Memang Jimat!

Memang jimat! Anda tidak perlu berbelanja mahal untuk menanggalkan bulu, hanya guna cara ini saja!

Acara Thu, 5 Sep 2019

Berbakat dan serba boleh, siapakah Artis Versatil Popular ABPBH 32?

Adakah Alif Satar bakal mengulangi sejarah?

familuv Thu, 17 Oct 2019

Ini cara kreatif untuk memupuk minat membaca terhadap anak-anak

Rangsang anak membaca dengan cara mudah!

Featured Wed, 6 May 2020
Cahaya Mata Mon, 29 May 2023
Featured Fri, 11 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend Video Di TikTok, Yonnyboii & Isteri Dikritik Netizen

Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai penyanyi rap, Yonnyboii dan isterinya, Nik Nazira di laman sosial. Terbaharu, tular sebuah perkongsian mereka dimuat naik sendiri oleh Nazira di laman TikTok yang berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi […]