Featured By: Yanie Baharom May 4, 2020 @ 6:00pm

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Hari ini kita dikejutkan dengan berita pilu, apabila seorang anggota polis menemui ajal ketika sedang berkhidmat untuk negara.

Koperal Safwan Mohd Ismail yang menjalankan tugas sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas arah Plaza Tol Kajang Selatan, meninggal dunia selepas dirempuh pacuan empat roda.

Pemergian pemuda berusia 31 tahun pada Ramadan yang mulia itu bukan sahaja ditangisi ahli keluarganya, tetapi juga rakyat di negara ini.

Hakikatnya, sepanjang penularan wabak COVID-19 ini, seluruh barisan hadapan telah melakukan satu jihad yang merisikokan diri mereka demi menjaga keamanan negara serta keselamatan orang awam.

Di luar negara, ramai doktor dan jururawat terkorban selepas dijangkiti COVID-19 ketika merawat pesakit yang disahkan positif wabak berkenaan.

Misalnya, kisah seorang doktor dari negara jiran, Dr Michael Robert Marampe, dilaporkan meninggal dunia selepas dijangkiti virus terbabit dan kematiannya diratapi seluruh rakyat Indonesia.

Foto: Wolipop

Beliau yang berusia 28 tahun dan berasal dari Jakarta, menemui ajal sebelum sempat menyarung sut perkahwinannya.

Difahamkan, Dr Michael Robert Marampe yang baru berusia 28 tahun sanggup menangguhkan tarikh perkahwinan dengan tunangannya Tri Novia Septiani semata-mata ingin merawat pesakit di hospital.

Foto: Wolipop

Walau bagaimanapun akibat penularan wabak COVID-19 di Indonesia semakin meningkat, beliau kemudiannya disahkan positif virus berkenaan dan menerima rawatan seperti pesakit yang lain di Rumah Sakit Polri Kramat Jati di Bogor.

Berita kematiannya juga disahkan sendiri oleh Pengurus Besar Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Dr Halik Malik.

Foto: Wolipop

Doktor malang berkenaan yang sebelum ini bertugas di Rumah Sakit Permata Bunda, Cibitung, Bekasi pada awalnya sudah merancang untuk bernikah dengan wanita pilihannya pada 11 April lalu.

Namun, kekangan tugas dan mengutamakan tanggungjawab sebagai doktor, menyebabkan dia menunda tarikh perkahwinannya.

Foto: Wolipop

Menurut laporan media tempatan, Dr Michael berhajat untuk menyanyikan sebuah lagu istimewa ciptaannya buat pertama kali di hadapan isteri tercinta pada majlis pernikahan mereka kelak.

Tidak hanya itu, ketika menerima rawatan, Dr Michael masih lagi sempat menggunakan laman Instagram miliknya untuk memberikan kata-kata semangat buat rakan seperjuangan barisan hadapan yang bergelut merawat pesakit tanpa mengenal erti lelah dan jemu.

Ketika disahkan positif Covid-19 selepas mengikuti ujian saringan, beliau menerima rawatan selama lapan hari di hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal

familuv Tue, 11 Dec 2018

5 Cara Yang Boleh Ibu Lakukan Untuk Melegakan Anak Sembelit

Kanak-kanak normal biasanya buang air besar 2 kali seminggu.

Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Wed, 16 May 2018

Jom Kenali Pengasuh Anak Putera William & Kate Middleton Serta Kemahiran Yang Dia Perlu Ada

Bukan sesiapa saja yang boleh jadi nanny untuk budak-budak diraja ini!

Featured Sat, 9 May 2020