Eat Travel By: Yanie Baharom December 20, 2018 @ 5:00pm

Berkonsepkan Kolonial Perancis, Dash Resort Tarikan Terbaru Pulau Langkawi

Dash Hotel terus memperkasakan jenamanya dengan pembukaan cawangan ketiga dan kali ini memilih Pulau Langkawi sebagai lubuk perniagaan mereka.

Terdahulu, Dash Hotel membina reputasi hebat di dalam industri perhotelan menerusi dua cawangannya iaitu Dash Box Cyberjaya dan Dash Hotel, Seminyak Bali.

Foto: The Vocket

Lebih membanggakan, Dash Resort Langkawi bukan saja dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Bahkan hotel yang baru saja dibuka pada April lalu, turut mencipta kejayaan gemilang apabila diiktiraf sebagai Reka Bentuk Resort Terbaik dalam World Luxury Hotel Awards yang berprestij berikutan keunikan reka bentuknya.

Foto: The Vocket

Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dan resort tersebut merupakan hotel pertama di Langkawi yang memenangi anugerah.

Bercakap mengenai keunikan Dash Resort Langkawi, rekaan seni bina dan hiasan dalamannya berkonsepkan kolonial Perancis dan dongeng Alice in Wonderland.

Pastinya anda akan terpegun dengan keindahan pemandangan. Bagi yang merancang untuk ke Dash Resort Langkawi, harga untuk penginapan satu malam bermula daripada RM600. Enjoy!

Foto: DASH RESORT LANGKAWI

Foto: DASH RESORT LANGKAWI

Foto: DASH RESORT LANGKAWI

Sumber: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Tue, 26 Jul 2022

[VIDEO] Tampil Berhijab, Netizen Minta Isteri Caprice Berhenti Muat Naik Content Menari – “Tak Perlu Tayang Dah..”

Wahh, cantiknya isteri Caprice berhijab! Manis betul orangnya.. Semoga istiqomah

Featured Thu, 4 Aug 2022
Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Best Ke Rampas Suami Orang?” – Ditanya Soalan Cepumas, Reaksi Fatin Afeefa Memang Win!

Uishhhh, ni apa kes ek? 🔥🤭 Tapi power betul jawapan Fatin Afeefa 🤣 Memang terpaling win!! 🤩

Featured Mon, 13 Apr 2020

Pesakit COVID-19 tanpa gejala dan sporadik umpama bom jangka

Fasa tiga PKP penting bagi hentikan COVID-19