Featured By: Nani Ramlee May 17, 2020 @ 5:00pm

Bersenam memakai pelitup muka, bahaya atau tidak?

Tidak dinafikan ramai pihak pastinya teruja dengan kelonggaran yang diberikan Kerajaan untuk membenarkan aktiviti sukan dan bersenam dilakukan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei lalu.

Mana tidaknya, setelah hampir dua bulan perlu duduk di rumah berikutan penguatkuasaan PKP, pasti ramai yang rindu untuk melakukan aktiviti riadah di luar rumah.

bahaya pakai topeng muka ketika bersenam

Kredit gambar: Daily Mirror

Bagaimanapun, orang ramai perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan seperti tidak melakukan sebarang aktiviti kecergasan melibatkan kontak, elakkan tempat yang padat, menitikberatkan aspek kebersihan sebelum dan selepas bersenam serta mengamalkan penjarakan sosial bagi mengurangkan risiko COVID-19.

Ketika melakukan aktiviti senaman di luar rumah, orang ramai juga perlu berhati-hati dengan risiko yang mungkin berlaku. Baru-baru ini, gempar di laman sosial Weibo di China apabila seorang lelaki mengalami sakit dada dan sesak nafas selepas melakukan rutin larian (joging) di luar rumah.

Menerusi laporan yang disiarkan laman sesawang FOX News, pemeriksaan yang dilakukan doktor di Hospital Wuhan, mendapati 90 peratus paru-paru kiri pesakit berkenaan mengalami tekanan dan posisi jantung bergerak ke bahagian kanan tubuhnya.

bahaya pakai topeng muka ketika bersenam

Gambar hiasan/ Kredit gambar: Radiopaedia

Situasi berkenaan dikenali sebagai pneumothorax atau collapsed lung di mana udara keluar daripada paru-paru. Menurut pihak hospital, hal itu berlaku dipercayai kerana pesakit berlari sambil memakai topeng muka.

Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 26 tahun itu mula melakukan aktiviti berlari dengan jarak kira-kira 3 hingga 6 kilometer selepas China menarik balik perintah berkurung pada 9 April lalu.

bahaya pakai topeng muka ketika bersenam

Kredit gambar: EdisiViral

Pesakit itu berlari sambil memakai topeng muka kerana ingin mengelakkan jangkitan wabak, namun rutin yang dilakukan selama dua minggu itu menyebabkannya mengalami masalah kesukaran bernafas dan akhirnya menjadi lebih teruk.

Pesakit itu difahamkan sudah menjalani pembedahan dan keadaannya kini stabil. Apa yang berlaku mungkin boleh dijadikan iktibar untuk orang ramai supaya lebih berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti kecergasan di luar rumah.

Jika risau atau bimbang mengenai risiko yang mungkin boleh berlaku ketika bersenam di luar, anda boleh sahaja menyahut saranan Kerajaan dengan hanya melakukan aktiviti bersenam di rumah kerana terdapat pelbagai rutin kecergasan yang boleh dilakukan.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Apr 2020
Featured Sun, 24 May 2020

Rakyat diminta terus patuhi SOP untuk hentikan rantaian COVID-19

Sambut Aidilfitri seperti biasa, namun patuhi peraturan

Gaya Hidup Fri, 28 Sep 2018
Featured Wed, 25 Mar 2020

Dalam kekalutan COVID-19, kisah Kopi Dalgona sempat mencipta fenomena!

Orang Malaysia walau susah hati, makan tetap makan!

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 23 Jul 2018

Awas! Asap Rokok Punca Utama Anak Tidur Berdengkur

Asap rokok bahaya kepada perokok pasif, terutama dalam kalangan anak-anak.

Featured Wed, 16 May 2018

Jom Kenali Pengasuh Anak Putera William & Kate Middleton Serta Kemahiran Yang Dia Perlu Ada

Bukan sesiapa saja yang boleh jadi nanny untuk budak-budak diraja ini!

Eat Travel Fri, 7 Sep 2018

Anda Mungin Gunakan Cara Salah Untuk Makan Sushi, Chef Sushi Ini Ajarkan Cara Betul

Ha, check sama ada anda ada tersalah atau tidak selama ini.

Featured Sat, 9 May 2020

| Live TV