Categories: FeaturedGaya Hidup

Biarpun Sibuk Shooting, Ia Bukan Alasan Emma Maembong Tidak Berpuasa!

Jika segelintir selebriti memilih untuk berehat ketika bulan Ramadan, namun bagi Emma Maembong, kerjayanya sebagai seorang pelakon masih berjalan seperti biasa.

Pelakon putih gebu ini akui kini sibuk menjalani penggambaran drama pada Ramadan tahun ini. Biarpun sibuk di lokasi penggambaran, namun Emma memberitahu ia bukan alasan untuknya tidak berpuasa dan akui tetap konsisten menjalani ibadah puasa.

Jom semak tip sahur dan cara pelakon yang popular menerusi drama “Kau Yang Terindah” ini kekal bertenaga di set penggambaran.

1. Pelakon berusia 26 tahun ini akui sahur adalah rutin wajibnya pada setiap hari sebelum pergi ke lokasi penggambaran.

2. Seorang yang tidak cerewet dalam pemakanan, gadis berasal dari Terengganu ini akan makan apa sahaja menu sahur yang disediakan oleh ayahnya.

3. Kebiasaannya, Emma akan mengamalkan kurma setiap kali sahur dan antara menu sahurnya ialah roti atau nasi.

4. Emma memberitahu dia cuba untuk elakkan mengambil makanan yang terlalu berat ketika sahur kerana ia akan membuatkannya cepat lapar.

5. Menjadi kewajipan untuk pelakon ini minum banyak air kosong bagi mengelakkan masalah dehidrasi. Emma turut menasihatkan agar jangan minum air manis, kopi atau minuman berais untuk mengelakkan rasa cepat haus.

Ad Ops