familuv By: Yanie Baharom January 1, 2019 @ 7:30pm

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Bagaimana anda menyusun jadual harian anak? Sekarang ini jadi satu trend bila anak-anak dibekalkan dengan pelbagai aktiviti bermula saat mereka dilahirkan lagi!

Bayangkan, pagi ke sekolah harian. Petang pula ke kelas mengaji. Ada pula yang sibuk belajar piano, berenang dan aktiviti sosial yang lain. Betapa padatnya jadual harian mereka, kan?

Ya, aktiviti ini bagus untuk meningkatkan tahap dan kemahiran diri anak, tapi kalau terlampau banyak sangat, ia boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan mereka!

Lihat sajalah dari pagi hingga malam, jadual harian anak berlangsung selama 12 jam. Betul-betul dapat rehat pun bila masuk jam 10 malam ke atas.

12 jam sibuk dengan jadual harian, ia beri kesan pada anak anda

Purata hari di sekolah kira-kira enam ke tujuh jam. Tapi jika ibu bapa bekerja, anak-anak akan dihantar ke pusat jagaan atau taska. Di situ, ada aktiviti lain yang bagus untuk perkembangan anak.

Tak cukup dengan itu, kanak-kanak juga digalakkan mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satu aktiviti di luar sekolah.

Bila di rumah, mereka perlu siapkan kerja sekolah yang diberikan cikgu pula. Ini bermakna 12 jam anak tanpa henti melakukan semua aktiviti ini.

Pasti anda akan terfikir perkara itu. Tapi anda tahu kenapa ia memburukkan kesihatan anak-anak? Jom kita bincang dari pendapat pakar pediatrik (pakar kanak-kanak) sendiri.

3 kesan negatif jika jadual harian anak terlampau padat

Foto: KPCC

Terdapat beberapa kesan negatif jika jadual harian anak terlampau padat. Berikut antara tiga hasil negatif itu:

1. Lelah dan bosan: Pakar Pediatrik, Dr Deb Lonzer mengatakan jadual harian anak yang terlalu padat biasanya akan membuatkan kanak-kanak itu tidak dapat tahap pemakanan yang baik, cepat letih dan tiada kawan. Selain sukar untuk menghadam ilmu. 

2. Kurang masa bersama keluarga: Sekolah dan kerja rumah memang penting. Selain itu, mungkin extra kurikulum di sekolah. Tapi bagaimana pula dengan masa rehat bersama keluarga? Menurut Dr Deb, kanak-kanak yang ada jadual harian terlalu padat tiada masa bersama ahli keluarga.

3. Ibu bapa juga turut rasa penat: Jadual kanak-kanak ini kadang-kadang sukar diuruskan. Jadi, pengorbanan keluarga harus seiring jika ingin melihat anak-anak berjaya di masa hadapan mereka.

Tips mengatasi masalah jadual harian anak terlalu padat

  • Menurut David Elkind, Profesor perkembangan kanak-kanak di Tufts Universiti, aktiviti berstruktur ini melebihi keperluan kanak-kanak.
  • Elkind mencadangkan, seorang anak hanya ada tiga aktiviti saja iaitu sukan, sosial dan artistik seperti pelajaran muzik atau kelas seni. Dia mengesyorkan, anak-anak hanya mengambil aktiviti itu selama satu jam saja setiap minggu. Namun, ia tidak sesuai untuk murid sekolah rendah
  • Adakan masa bersama keluarga.
  • Biarkan anak terlibat dengan perkara yang mereka suka. Sesuaikan aktiviti tersebut dengan pelajaran setiap hari.
  • Pastikan anak-anak ada semasa makan malam.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 May 2020
Featured Sun, 14 Nov 2021

Bersyukur Rangkul Trofi Artis Baharu Wanita Popular, Dolla Bakal Keluar Single Baru!

Kumpulan Dolla meraih kejayaan pertama di Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34) apabila memenangi trofi dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular. Dianggotai oleh Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya, Dolla berterima kasih kepada peminat yang […]

Featured Tue, 27 Sep 2022
Featured Mon, 15 Jan 2018

Siapa Berisiko Hidap Kanser Kulit?

Tidak ramai wanita yang mengambil serius tentang bahayanya kanser kulit. Ini kerana kanser kulit jarang diperkata atau diberi perhatian berbanding kanser payudara dan kanser pangkal rahim. Namun tahukah anda, kes kanser kulit telah meningkat sejak […]

familuv Wed, 2 Jan 2019
familuv Fri, 4 May 2018

“Sikap Penyayang Suami, Menawan Hati Saya” – Haflin

Empat tahun melayari rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Haflin mengakui dirinya wanita terbahagia kerana bersuamikan seorang lelaki yang cukup penyayang.