Featured By: Fadzlena Jafar May 10, 2020 @ 4:33pm

Boleh sambut perayaan, tetapi had maksimum 20 orang dan tidak boleh rentas negeri

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 turut membabitkan larangan pergerakan merentas negeri dan perhimpunan seperti rumah terbuka.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sambutan perayaan seperti Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai dibenarkan dengan syarat hanya membabitkan aktiviti ziarah menziarahi dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga di negeri yang sama.

Katanya, keputusan untuk melanjutkan PKPB sehingga 4 minggu lagi dibuat selepas mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk pandangan masyarakat yang inginkan Kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memerangi wabak COVID-19.

“Dalam tempoh ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Oleh itu, saya nak mengingatkan saudara-saudari mengenai larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuat kuasa dalam tempoh ini.

“Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan.

“Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Sambutan raya dibenarkan tetapi hanya membabitkan jiran di sekitar rumah dan ahlikeluarga dalam negeri yang sama. (Gambar hiasan NSTP/HAIRUL ANUAR ABD RAHIM)

Sepanjang tempoh PKPB sehingga 9 Jun 2020, semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan ketika ini kekal berkuat kuasa, namun sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tindakan untuk melanjutkan PKPB dilakukan bagi melindungi kawasan zon hijau yang kini merangkumi 1,112 (94.4 peratus) daripada 1,178 mukim, bahagian, zon, sub-zon dan presint di seluruh negara.

Selain itu, 62 mukim (5.2 peratus) masih dikategorikan sebagai kuning dan hanya empat atau 0.34 peratus yang berstatus merah, iaitu kawasan yang mencatatkan lebih 40 kes positif COVID 19 antaranya Mukim Batu, Gombak, Selangor; Zon Batu, Mukim Batu, Kuala Lumpur; Zon Kampung Baharu, Mukim Bandar, Kuala Lumpur dan Mukim Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.

Muhyiddin berkata, penduduk di kawasan zon merah dan kuning perlu bekerjasama untuk memastikan zon berkenaan kembali hijau, manakala penduduk di zon hijau bertanggungjawab untuk mengekal status terbabit.

“Penduduk di kawasan merah perlu mengamalkan penjarakan sosial. Pakai penutup mulut dan hidung. Sentiasa bersihkan tangan. Kalau boleh kurangkan aktiviti di luar rumah. Bagi penduduk di luar kawasan ini, nasihat saya pertamanya jangan berkunjung ke kawasan ini buat masa ini.

Elakkan pergerakan yang banyak kerana bimbang boleh menjadi punca penularan COVID-19 yang baru. (Gambar hiasan/NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN)

“Keduanya, bagi penduduk di kawasan hijau, jangan ingat anda semua selamat dan boleh bergerak ke sana-sini dengan bebas. Saya nak ingatkan selalu yang virus COVID 19 ini adalah musuh senyap yang kita tak nampak dan boleh menyerang kita pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Jadi, berhati-hatilah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Kerajaan turut memutuskan untuk memberi kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja untuk melakukan pergerakan merentas negeri.

Katanya, bagi tujuan itu pasangan berkenaan boleh membuat permohonan melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Jun 2020
Featured Thu, 29 Sep 2022

Individu Bongkar Status ‘Datuk Seri’ Suami Heliza Helmi Didakwa Palsu? – “Tiada Rekod Dalam Istiadat”

Alamak, biar betul status ‘Datuk Seri’ suami Heliza Helmi palsu? Ada bukti menunjukkan tiada dalam sistem istiadat 🤭

Events Thu, 1 Dec 2022

Teruk Dikecam Netizen Gara-Gara Foto Kahwin Dengan MK, Nabila Razali Beri Penjelasan – “Itu Bukan Gimik, Tapi…”

Penyanyi Nabila Razali mendapat tempias kecaman netizen selepas berkongsi foto majlis perkahwinan bersama penyanyi rap, MK K-Clique. Jelas Nabila, dia tidak menganggap perkara itu sebagai satu gimik murahan tetapi menegaskan itu hanyalah sekadar teaser sahaja […]

Events Thu, 7 Dec 2023

Ibu Adik Zayn Rayyan Gagal Tahan Sebak, Terkejut Anak Mati Dibunuh

Innalillahwainnailaihirrojiun. Moga keluarga adik Zayn Rayyan terus kuat

Acara Thu, 22 Aug 2019
Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Tue, 4 Apr 2023
Gaya Hidup Sat, 26 Jan 2019

Krim pelindung matahari boleh membunuh terumbu karang, ketahui bagaimana anda boleh menyelamatkannya

Banyak terumbu karang di sekeliling dunia hampir musnah kerana hal ini