familuv By: Ad Ops August 21, 2019 @ 5:00pm

Bolehkah betik menyebabkan keguguran? Ini jawapannya

Sepanjang tempoh kehamilan, anda perlu mengamalkan pemakanan yang betul supaya kandungan dapat membesar dengan baik. Selain itu, anda juga perlu  berhati-hati pada trimester pertama dan ketiga kerana inilah peringkat yang kritikal bagi kehamilan anda.

Menyentuh mengenai pemakanan terhadap wanita mengandung, ada sesetengah makanan perlu dihindari oleh bakal ibu bagi menjamin keselamatan kandungan, antaranya yang sering dilarang diambil ialah betik.

Betik ternyata kaya dengan nutrisi, tetapi ada pendapat mengatakan ia boleh menyebabkan keguguran. Adakah kenyataan ini benar? Atau sekadar perbualan mulut  ke mulut? Teruskan baca artikel ini untuk tahu jawapannya, menurut MomJunction.

Adakah buah betik selamat untuk dimakan ketika hamil?

Ya, ia memang selamat dimakan selagi anda hanya memakan buah betik yang sudah masak, di dalam kuantiti yang sederhana.

Betik separuh masak ataupun yang langsung belum masak hendaklah dielakkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kepada kandungan. Ini adalah kerana betik muda mengandungi banyak getah yang boleh menyebabkan penguncupan uterus. Doktor memang tidak menggalakkan wanita mengandung memakan betik yang belum masak ini.

Bolehkah betik menyebabkan keguguran pada peringkat awal kehamilan?

Ya, betik muda dan separuh masak boleh menyebabkan keguguran. Risiko ini tinggi pada peringkat awal kehamilan kerana getah buah ini boleh menyebabkan penguncupan abnormal yang akhirnya mengakibatkan keguguran.

Foto: Australianpapaya.com.au

Apakah manfaat buah betik ketika hamil?

Betik yang masak memang kaya dengan nutrien, tetapi ketika hamil, anda hanya boleh makan dengan kadar sederhana. Berikut adalah manfaatnya:

1. Menggalakkan penghadaman

Kaya dengan antioksida seperti beta carotene dan mineral seperti potasium, betik memulihkan sakit ulu hati dan masalah usus.

2. Menguatkan imuniti

Kandungan vitamin dan antioksida mampu mengukuhkan imuniti dan mengurangkan risiko jangkitan.

3. Mencegah alahan

Wanita hamil sering mengalami loya dan berasa seperti akan muntah, terutamanya pada waktu pagi. Betik boleh membantu mereka mengatasi masalah ini.

4. Mencegah dehidrasi

Kandungan air dalam betik sangat tinggi. Wanita yang memakannya mampu menghidratkan badan dengannya.

5. Membekalkan tenaga

Ia mengandungi jumlah gula dan kalori yang cukup untuk meningkatkan kadar tenaga seseorang wanita hamil itu.

6. Mengurangkan risiko penyakit

Asid folik dalam betik membantu kurangkan risiko komplikasi kehamilan, strok, penyakit jantung, Alzheimer dan sesetengah jenis kanser.

7. Menghapuskan radikal bebas

Memang normal bagi wanita hamil untuk mengalami peningkatan radikal bebas dan ada hadnya. Betik mampu mengawal kadar radikal bebas ini.

Bila wanita hamil tak patut makan betik?

Doktor mungkin akan menasihatkan supaya jangan makan betik jika:

  • Anda mempunyai sejarah alahan terhadap getah buah.
  • Anda telah melalui rawatan kesuburan dan sedang hamil setelah lama mencuba.
  • Anda pernah mengalami keguguran, pengguguran (abortion) atau melahirkan anak pra-matang sebelum ini.

Semoga bermanfaat!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 2 May 2020
Acara Wed, 11 Sep 2019

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

BORDERLESS semarakkan ABPBH 32!

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Thu, 2 Feb 2023
familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok […]

Featured Wed, 26 Jun 2019
Featured Thu, 16 May 2019

Keliru waktu berbuka puasa dan imsak ketika dalam penerbangan? Ini panduannya

Bagi anda yang kaki jalan, info ini untuk anda hadam!

Featured Fri, 11 Aug 2023

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Alamak, kenapa dengan lovebirds ni?