Acara By: Shaidah Shafie September 11, 2019 @ 9:25am

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

Pengasas Alha Alfa Cosmetics (AAC), Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fazil atau Alha  melancarkan produk terbarunya iaitu set asas solekan Borderless pada majlis pengumuman PraKemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32, di Balai Berita baru-baru ini.

AAC adalah penaja utama ABPBH 32  dan DuitNow  bertindak sebagai penaja bersama  untuk ABPBH 32 yang  mempertandingkan 13 kategori utama, selain dua kategori baharu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular.

Beliau yang juga jurusolek terkemuka berkata, Borderless dinamakan sempena tema ABPBH 32, iaitu Melangkaui Sempadan dan latar warna set berkenaan juga turut diselaraskan sama seperti rona ABPBH yang disifatkan sebagai warna berani.

“Set solekan terbaharu yang dikeluarkan bersempena dengan ABPBH 32 itu dilengkapi dengan empat item iaitu Royal Foundation Propolis, Primer, Beauty Blender dan Cushion Glow.

“Set solekan ini turut dilengkapi dengan dua jenis primer yang membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan kulit kering,” katanya pada majlis berkenaan.

Mengulas mengenai keunikan yang terdapat pada set terbaharunya itu, Datuk Alha berkata  set Borderless amat istimewa kerana satu daripada item yang dihasilkan adalah diperbuat daripada bahan yang sangat berguna untuk merawat rengsa atau jerawat pada wajah.

“Royal Propolis Foundation mengandungi ekstrak propolis ataupun air liur raja lebah yang membantu mempercepatkan proses pemulihan bagi masalah luka dan jerawat di muka.

“Kehadiran span Beauty Blender juga akan membantu  pengguna untuk meratakan bedak asas pada wajah mereka selain turut dilengkapi dengan dua jenis primer yang membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan kulit kering,” katanya.

Direka eksklusif sempena ABPBH ke-32, para peminat setia ABPBH tentunya tidak mahu ketinggalan untuk memiliki set Borderless ini.

Tambahan pula, set Borderless kini boleh didapati dengan harga serendah RM199.99 dan promosi ini hanya sah semasa ABPBH berlangsung.

Kejutan dari Korea Selatan

Pada majlis sama, beliau turut berkongsi keterujaan menantikan kejutan daripada para artis yang akan melakukan persembahan pada malam tersebut.

“Paling istimewa tentunya penampilan pertama artis K-Pop yang akan bergandingan dengan penyanyi popular negara, Sufian Suhaimi di pentas berprestij ABPBH.

“Bagi artis tempatan pula, peminat pastinya akan dihiburkan dengan gabungan artis-artis generasi baharu ataupun BBNU dan artis-artis otai yang membawakan lagu-lagu terbaharu dengan persembahan yang tentunya luar biasa,” katanya.

Pada malam kemuncak ABPBH kali ini juga bakal menyaksikan persembahan daripada Aishah, Liza Hanim, Zizan Razak, Ismail Izzani, Zamaera, SonaOne, Alif, Ernie Zakri dan Idayu. Tidak ketinggalan, Ariff Barhan, Andi Bernadee, Hazama, Black, Akim Ahmad, De Fam, Stacy dan Sufian Shuhaimi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Mar 2018

12 Tips Makeup Untuk Wanita Yang Bercermin Mata

Kebanyakan orang yang rabun mesti memilih untuk memakai contact lens daripada pakai cermin mata.

Acara Sat, 17 Aug 2019
Featured Fri, 22 Dec 2023
Featured Thu, 11 May 2023

Suka Buat Dua Kerja, Syafiq Farhain Jadi Bomba Sebagai Jaminan Masa Depan?

Min memang respect orang yang pandai manage masa buat dua kerja ni

Featured Fri, 30 Sep 2022
Featured Wed, 1 Mar 2023

Padam Semua Hantaran Di IG, Ella Akan Berhenti Menyanyi? – “Terima Kasih Untuk 35 Tahun”

Alamak, ratu rock kita nak bersara ke? 😭🤧Jangan laaaa 😮‍💨 Min harap ini semua prank! 🤧😭