Eat Travel By: Yanie Baharom January 7, 2019 @ 5:00pm

Boulder Valley Glamping & Event Place, penginapan rimba tersembunyi di Pulau Pinang

Jika sebelum ini anda ke Pulau Pinang untuk memburu makanan lokal yang sedap-sedap belaka, namun untuk kunjungan seterusnya anda wajib singgah ke Boulder Valley Glamping & Event Place.

Lokasi ini merupakan markas baru di Pulau Pinang untuk anda nikmati dan merasai pengalaman berada di hutan bersama kawan-kawan dan keluarga ala-ala glamping.

Foto: bouldervalleyglamping.com.my

Pastinya anda akan dapat menenangkan minda sambil menikmati kehijauan rimba.

Bukan itu saja, berada di sini membuatkan anda lupa tentang makanan yang lazat terdapat di negeri itu dan kesibukan kota Pulau Pinang.

Malah, anda hanya mahu bercinta dengan alam semula jadi selain menghayati seni bina lokasi ini yang cukup menarik.

Foto: bouldervalleyglamping.com.my

Jika terasa lapar sekalipun, usah gusar kerana makanan yang disediakan juga memikat selera. Bagi yang merancang majlis perkahwinan bertemakan nature, di sini terdapat glass house yang pastinya sangat unik.

Menyediakan pelbagai jenis bilik, di sini bilik untuk keluarga yang kecil, keluarga yang besar dan bujang pun ada.

Jadi, tunggu apa lagi? Percutian seterusnya wajib singgah ke Boulder Valley Glamping & Event Place!

Foto: bouldervalleyglamping.com.my

Sumber: Penang.gov

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 Aug 2022
Featured Wed, 31 Jul 2019
Featured Thu, 23 Feb 2023

“Saya Tak Nafikan Perkara Itu Pasti Ada…” –  Syafiq Kyle Elak Terpalit Kontroversi Menjelang Hari Bahagia, Mohon Peminat Doakan Kebahagian Bersama Mimi Lana

Pelakon popular, Syafiq Kyle mengaku berdepan cabaran terutamanya menjelang hari bahagia bersama pelakon dan model, Mimi Lana. Menurutnya, perkara tersebut pasti ada dan dialami oleh semua orang, namun dia tidak akan berkongsi kepada umum. “Kalau

Eat Travel Tue, 26 Jun 2018

6 Lokasi Untuk Aktiviti Hiking Di Malaysia Yang Berikan Pemandangan Wow Kepada Pendaki

Dah penat-penat mendaki, lagi syok kalau dapat cuci mata dan hirup udara segar.

Featured Fri, 16 Dec 2022

Zarina Anjoulie Jawab Sebab Putus Cinta Dengan Zoey Rahman?

Tak ada jodoh nak buat macam mana kan gaisss. Semoga Anju terus bahagia dengan pilihan hatinya 🥰

Featured Fri, 28 Oct 2022
Featured Thu, 21 Oct 2021

“Sebagai Seorang Wanita, Saya Juga Tidak Bersetuju Dengan Kenyataan Ayah” – Anak Fauzi Nawawi Mohon Hentikan Cacian & Makian

Anak perempuan kepada pelakon Fauzi Nawawi, Hanna Faresha meminta netizen untuk berhenti memberikan cacian terhadapnya dan ahli keluarga. Melalui status yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Hanna yang merupakan seorang model muslimah dengan rendah

| Live TV