Eat Travel By: Shaidah Shafie April 8, 2020 @ 11:38am

Buah-buahan beku mudahkan kerja di dapur?

Pisang dan nanas adalah dua jenis buah-buahan yang berbeza rasanya kerana nanas bersifat sitrus dan masam manakala pisang pula memiliki rasa manis serta berlemak, namun kedua-dunya mempunyai kebaikan tersendiri

Lazim juga apabila ke pasar raya, tentunya anda pernah melihat sudut yang memaparkan buah-buahan, pisang terutama yang sudah dibungkus dijual pada harga yang agak murah.

Hal itu mungkin kerana mutunya sudah tidak begitu baik seperti lebam atau terputus daripada tangkai, justeru untuk tidak membazir ia dijual secara murah walaupun jika diperhatikan mutunya masih baik.

Pisang masak seperti ini sesuai untuk dibekukan – gambar hiasan. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Tidak mustahil lantaran harga pisang yang murah juga, maka ramai yang membelinya dan apabila pulang ke rumah tidak mempunyai idea pula apa yang boleh dilakukan dengan pisang yang banyak itu.

Begitu juga dengan nanas yang tidak semua gemar akan rasanya yang masam walaupun ia kaya serat dan boleh dijadikan pemanis di dalam minuman seperti teh panas.

Hijab & Heels kongsikan idea mudah ini untuk anda amalkan sekiranya mempunyai lebihan pisang dan nanas di rumah serta tidak berupaya untuk dihabiskan dalam masa terdekat.

Pisang

  1. Buang kulit pisang, potong mengikut kesesuaian, simpan di dalam bekas kedap udara di dalam ruang dingin beku.
  2. Pisang beku enak dikisar bersama susu segar sehingga hancur dan anda sudah mempunyai segelas susu pisang yang enak hasil buatan sendiri.

Pastri berinti pisang, boleh disediakan dengan menggunakan pastri segera dan pisang yang dibekukan. Foto: Arkib Hijab & Heels.

  1. Hirisan pisang beku juga boleh dijadikan inti dalam pasti segera yang banyak dijual di pasar raya. Susun pisang di atas pastri, tabur sedikit gula perang dan serbuk kulit kayu manis, bakar pada suhu 150 darjah selama 20 minit di dalam ketuhar.

Nanas juga boleh dibekukan seperti ais kiub, mudah untuk digunakan – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Nanas

  1. Kisar nanas sehingga separuh hancur, masukkan ke dalam acuan, simpan di dalam ruang dingin beku. Ketulan kiub nanas enak dijadikan minuman ketika cuaca panas dan ia memudahkan anda menikmatinya sebagai penghilang dahaga.
  2. Potong nanas seperti kiub sebesar ibu jari, campurkan bersama lima biji kurma dan satu sudh besar buah beri goji, rebus bersama dua gelas air sehingga mendidih. Sejukkan dan minum sebagai minuman kesihatan yang menyejukkan badan.

Diharap dua panduan mudah mengenai pisang dan nanas ini memudahkan tugas anda di dapur. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Jul 2022
#tilljannah Sat, 6 May 2023

Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Wah Alhamdulillah! Selamat bertunang Shuib & Watie! Semoga segala urusan untuk majlis pernikahan akan dipermudahkan ❤️❤️

Featured Tue, 27 Jul 2021

Boleh Mohon Bantuan RM 5,000 One Off Untuk Keluarga Pesakit COVID-19

Orang ramai boleh memohon bantuan khas sekali bayar RM5,000 diperuntukkan kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi perkongsiannya memaklumkan bantuan pengurusan kematian Covid-19 itu akan diberikan kepada pemohon […]

Featured Tue, 1 Nov 2022
Eat Travel Tue, 7 May 2019
Acara Mon, 29 Apr 2019

Bengkel i-Skil Hijab & Heels bantu wanita jana pendapatan sampingan

Kursus asas kemahiran mampu tingkatkan ekonomi keluarga

Featured Thu, 16 Mar 2023