Featured By: Shaidah Shafie May 13, 2020 @ 3:56pm

Buat 5 perkara ini, kuku pasti sihat!

Kuku sering diabaikan penjagaannya walaupun kuku juga sebahagian anggota badan dan berfungsi melindungi isi daripada sebarang ancaman seperti kotoran mahupun luka yang tidak disengajakan.

Namun begitu, ramai juga yang mempunyai tabiat menggigit kuku dan gemar memotong kuku rapat pada isi sehinggakan kadangkala berdarah kerana koyakan kecil.

Kecuaian tidak terkecuali boleh menyebabkan kuku tercabut atau pecah seterusnya menyumbang pada kecederaan yang boleh menimbulkan jangkitan pada kuku.

Kuku juga perlu penjagaan rapi agar sihat dan sempurna – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Pakar dermatologi di Kolej Dermatologi Osteopathic Amerika Syarikat menyatakan kerosakan kuku atau Onychoschiazia adalah masalah biasa yang sering dialami wanita.

Onychoschiazia merujuk pada kuku pecah, rapuh, lembut, nipis atau mudah serpih walaupun terlanggar sesuatu yang tidak seteruk mana.

Masalah kuku rapuh terbahagi pada dua kategori, iaitu kering dan rapuh (kuku tidak cukup lembap) dan lembut serta rapuh (kuku terlalu banyak kelembapan).

Ramai menganggap tompokan putih pada kuku adalah perkara biasa walaupun itu adalah tanda awal kuku tidak sihat – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Sehubungan itu Hijab & Heels kongsikan lima panduan ringkas untuk memastikan kuku tidak mudah pecah atau mengalami kerosakan.

Lima panduan berkenaan adalah:
1. Elak atau hentikan tabiat menggigit kuku kerana tabiat itu akan menyebabkan kuku rosak serta tidak sempat mengalami pertubuhan normal. Lagipun kuku mungkin mengandungi bakteria tercemar yang boleh menjejaskan kesihatan akibat tabiat menggigit itu.

2. Pakai sarung tangan ketika melakukan kerja di dapur terutama mencuci pinggan atau tugas yang membabitkan penggunaan air bertujuan mengelakkan kuku menjadi lembap dan rapuh.

3. Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi vitamin dan mineral untuk memastikan kuku mendapat zat yang diperlukan. Rujuk doktor terlebih dahulu untuk mengetahui makanan yang perlu diambil untuk manfaat kuku.

4. Elak penggunaan pewarna kuku secara kerap kerana ia akan menyebabkan kuku menjadi keras seterusnya mudah patah.

5. Bersihkan kuku dengan belimbing besi kerana selain membuang kotoran di celah kuku, ia juga menjadikan kuku bersih dan berkilat.

Selain lemon, belimbing buluh juga boleh digunakan untuk membersihkan kuku – gambar hiasan. Foto: NSTP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 4 Jan 2019
Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Wed, 1 Dec 2021

Robot Hidup Pertama Di Dunia Kini Boleh Membiak

Saintis Amerika Syarikat yang sebelum ini telah pertama kalinya mencipta robot hidup dipanggil Xenobots memberitahu, robot itu kini boleh membiak. Pembiakkannya dikatakan tidak sama seperti cara pembiakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang kita biasa lihat. Xenebots […]

Featured Fri, 14 Sep 2018

7 Lagu Bertemakan Malaysia Yang Boleh Membakar Semangat Anda

Jom sambut Hari Malaysia dengan menyanyikan lagu-lagi ini sama-sama.