Acara By: Nani Ramlee May 20, 2018 @ 9:00am

Bufet Ramadan INTEKMA Gamit Memori Dengan Variasi Selera Kampung Yang Menyelerakan

Saban tahun, INTEKMA Resort & Convention Centre (INTEKMA) yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam tidak ketinggalan dalam memeriahkan bulan Ramadan dengan bufet Ramadannya.

Pada tahun ini, Sesuci Ramadan, Semurni Syawal diangkat sebagai tema pilihan untuk sesi berbuka puasa yang dinamakan “[email protected]”.

 

Sesi “[email protected]” yang bermula dari 18 Mei 2018 hingga 14 Jun 2018 ini menyajikan pelbagai selera masakan kampung yang lazat dengan kadar harga berpatutan kepada pelanggan.

[email protected]” akan diadakan di Ruangsari INTEKMA, iaitu ruang dewan banquet (marquee tent) yang boleh memuatkan hingga 1,000 orang pelanggan atau tetamu di dalam suatu masa.

Menariknya, Dewan Ruangsari yang siap dibina pada September 2016 ini turut dihiasi indah dengan dekorasi elemen tradisional seperti kain batik, bunga-bungaan dan lilin bagi menambahkan lagi “mood” selera masakan kampung yang pelbagai.

Tak lekang dek hujan, tak lapuk dek zaman, konsep dekorasi batik turut diketengahkan oleh INTEKMA bagi menghargai fabrik sepanjang zaman, selain memberikan impak nostalgia kepada pelanggan yang hadir untuk iftar bersama.

 

Lebih daripada 70 jenis hidangan selera masakan kampung boleh didapati di Ruangsari INTEKMA. Antara menu popular adalah Kari Kepala Ikan, Daging Masak Kerutup, Ayam Berlada, Hati Lembu Rendang Pedas, Kupang Masak Berempah, Sayur Lemak Pucuk Ubi dan sebagainya.

Tidak ketinggalan adalah juadah sampingan yang menjadi pilihan setiap tahun seperti Bubur Lambuk Ayam dan Daging, Murtabak, Kambing Golek, Pasembur, Cucur Udang, Laksa Utara, Kuey Teow goreng dan Mee Rebus yang dimasak secara langsung dari gerai2 yang disediakan.

Hidangan pencuci mulut seperti Sago Gula Melaka, Agar-Agar Santan, Puding Roti dan Karamel, Bubur Cha Cha, kuih muih tradisional termasuklah kek dan buah-buahan segar pasti melengkapkan lagi hidangan.

Menurut Encik Melvin Benedict Jipiu, Pengurus Besar INTEKMA Resort & Convention Centre, “Salah satu perkara yang bakal memberi pengalaman terbaik mengenai [email protected] ialah hidangannya yang lazat pasti mengimbau memori manis ketika zaman kita membesar dahulu. [email protected] bukan sahaja menawarkan aneka pilihan makanan tetapi harga bufetnya juga amat berpatutan. Dapatkan hidangan yang enak ini dengan harga bajet. ”

Harga bufet adalah RM50 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun. Manakala mereka juga boleh mendapatkan harga istimewa menerusi kupon pembelian terawal bernilai RM45 setiap satu bermula sekarang sehingga 16 Mei 2018.

INTEKMA juga menyediakan kemudahan pengangkutan buggy, surau, tandas dan parkir percuma bagi kegunaan para pelanggan.

Dengan kadar harga berpatutan selain daripada lokasinya yang strategik terletak di bandar Shah Alam, ayuh raikan Ramadan anda bersama orang tersayang di [email protected]!

Untuk maklumat lanjut mengenai bufet Ramadan, sila hubungi:

03-55225009/ 5222 / 5066 / 5001 / 5104 / 5106

Website: www.intekmaresort.com.my
Hotline :+603 5522 5000
Instagram: @intekmaresort
Facebook : INTEKMA Resort & Convention Centre

Official Hashtag : #iftarintekma

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 4 May 2020

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Sentiasa pesan pada anak, bekerja kerana Allah

Eat Travel Thu, 17 May 2018

Chicken Wings Bersalut Emas Ini Berharga RM3926. Wow! Mahalnya

Wow! Kepak ayam bersalut emas ini harganya boleh habis duit gaji sebulan!

Featured Mon, 9 Mar 2020
Featured Wed, 28 Aug 2019

Makanan untuk mata yang sihat

jaga mata anda sebelum terlambat!

Acara Thu, 15 Mar 2018

Jumpa Selebriti & Menangi Hadiah Menarik Di Lifestyle Booth Gegaria Fest Ipoh. Kome Jangan Tak Datang Ye!

Orang Ipoh semua! Anda mesti dah pernah dengar tentang Gegaria Fest kan? Sebelum ni, acara yang meriah dan mendapat sambutan menggalakkan ni pernah diadakan di Shah Alam, Johor Baru dan Kuantan. Ramai gila orang datang!

Acara Mon, 9 Jul 2018

Di Sebalik Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Raya Anjuran Media Prima Berhad

Memang meriah majlis rumah terbuka Media Prima Berhad pada Jumaat lalu.

Featured Mon, 23 Mar 2020
Featured Fri, 21 Feb 2020

Linda Rafar & Diana Rafar bongkar rahsia kecantikan

Ketahui rahsia adik-beradik itu kekal cantik berseri

Featured Wed, 9 May 2018

Periuk Nasi Tempat Bersemadinya Cicak. Biar Betul?

Periuk nasi jadi kubur buat cicak. Gelinya!

| Live TV