Featured By: tex_admin November 4, 2019 @ 3:04pm

Bukan orang gemuk sahaja, orang kurus pun boleh kena diabetes

Oleh Amnan Hibrahim

Diabetes adalah penyakit yang begitu dekat dengan rakyat Malaysia. Hal ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana statistik yang dikeluarkan oleh Institut Diabetes Kebangsaan (NADI) menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang mempunyai penghidap diabetes tertinggi berbanding negara Asia yang lain.

Secara umumnya, diabetes adalah sejenis penyakit yang dihidapi individu apabila darah mereka memiliki kandungan gula yang melepasi tahap normal. Akibatnya, badan penghidap diabetes tidak dapat mengawal kadar gula di dalam darah secara efektif dan seterusnya menganggu perjalanan sistem dalaman tubuh mereka.

Lazimnya, masyarakat berpandangan yang penyakit ini hanya berlaku kepada individu yang memiliki berat badan berlebihan sahaja. Sekali pandang, kenyataan berkenaan adalah benar. Perkara ini turut disokong oleh pakar perubatan dan dipercaya bahawa terdapat  perkaitan yang signifikan antara obesiti dan juga diabetes.

Namun begitu, masyarakat Malaysia sering terlepas pandang akan fakta yang membuktikan bahawa individu yang memiliki berat badan yang ideal juga turut berisiko untuk berhadapan dengan penyakit berkenaan.

Malahan, kajian yang dilakukan turut mendapati penghidap diabetes yang memiliki tubuh badan yang ideal mempunyai risiko kematian yang lebih tinggi akibat penyakit diabetes berbanding individu yang memiliki berat badan berlebihan.

Jenis-jenis diabetes

Secara umumnya, terdapat dua jenis diabetes iaitu diabetes Jenis 1 dan Jenis 2. Kedua-dua jenis diabetes ini memiliki ciri-ciri dan juga risiko yang tersendiri antara satu sama lain.

Diabetes Jenis 1 adalah jenis diabetes yang berlaku akibat daripada faktor genetik dan juga keturunan. Hal ini bermakna diabetes jenis ini akan menyerang sesiapa sahaja tidak kira individu berkenaan kurus ataupun gemuk.

Selain itu, diabetes Jenis 1 juga lazimnya dikesan pada usia kanak-kanak.

Sementara itu, diabetes Jenis 2 adalah jenis diabetes yang paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Penyakit ini lazimnya berlaku kepada individu yang memiliki berat badan berlebihan. Namun begitu, diabetes Jenis 2 juga boleh berlaku kepada individu yang memiliki berat badan ideal.

Sebagai contoh, 12.5 peratus orang dewasa di Amerika Syarikat yang menghidap diabetes Jenis 2 memiliki berat badan yang normal dan dikategorikan sebagai sihat.

Justeru terdapat beberapa faktor yang menyebabkan indidvidu dengan tubuh badan yang ideal terdedah kepada risiko diabetes Jenis 2:

Genetik

Foto: www.cnr.ncsu.edu

Keturunan dan genetik adalah faktor utama kepada diabetes Jenis 2. Jika individu itu memiliki ayah ataupun ibu yang menghidap penyakit ini, risiko mereka untuk menghidap penyakit berkenaan adalah 40 peratus.

Sementara itu, bagi yang kedua-dua ibu bapanya menghidap diabetes Jenis 2, risiko individu berkenaan untuk mendapat penyakit ini adalah setinggi 70 peratus.

Buncit dan lemak visera

Bagi individu yang memiliki perut buncit, mereka juga tergolong dalam golongan yang berhadapan dengan risiko diabetes Jenis 2 walaupun mereka memiliki berat badan yang ideal.

Hal ini kerana kehadiran lemak visera yang terkumpul di sekitar organ bahagian perut berupaya mengganggu proses metabolisme lemak di dalam tubuh mereka.

Lemak visera adalah lemak yang terkumpul di sekitar bahagian organ perut seseorang. Kehadiran lemak berkenaan boleh membuatkan metabolisme tubuh bertindak seperti metabolisme individu yang memiliki berat badan berlebihan. Hal ini terjadi dalam keadaan seseorang itu memiliki berat badan yan ideal.

Kolesterol tinggi

Kandungan kolesterol di dalam tubuh lazimnya ditentukan oleh genetik seseorang itu berbanding berat badan mereka.

Satu kajian yang dilakukan di Amerika mendapati satu per empat individu yang memiliki berat badan normal berhadapan dengan masalah metabolisme tubuh yang tidak sihat dan hal ini turut melibatkan kolesterol tinggi dan darah tinggi.

Diabetes gestasi

Foto: www.theglobeandmail.com

Diabetes gestasi adalah jenis diabetes yang dihidapi oleh golongan perempuan ketika mengandung. Lazimnya, penyakit ini akan hilang sebaik sahaja mereka melalui proses melahirkan.

Namun begitu, penyelidikan yang dilakukan terhadap wanita mengandung di Sri Lanka mendapati individu yang menghidapi penyakit berkenaan ketika mengandung memiliki risiko 10 kali lebih tinggi untuk mendapat diabetes Jenis 2 berbanding dengan wanita yang tidak mempunyai sejarah dengan diabetes gestasis.

Di samping itu, perempuan yang menghidap diabetes gestasis selalunya akan melahirkan bayi yang mempunyai berat badan berlebihan. Jadi, ibu yang memiliki bayi dengan berat melebihi 4 kilogram adalah termasuk dalam golongan yang berisiko untuk menghidap penyakit diabetes Jenis 2.

Gaya hidup yang tidak sihat

Gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak bersenam, duduk bekerja dalam jangka waktu yang lama, dan waktu tidur yang tidak menentu adalah faktor yang menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Justeru, individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, tidak kira berapa pun berat badan mereka didapati memiliki risiko dua kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang aktif.

Merokok

Foto: www.indiatimes.com

Secara umumnya, aktiviti merokok akan mendedahkan seseorang indivdu terhadap pelbagai jenis penyakit dan ini termasuklah penyakit diabetes.

Dalam sebuah kajian yang menyelidik berkenaan dengan hubungan antara merokok dan juga diabetes Jenis 2 mendapati individu yang merokok 20 batang rokok ataupun lebih dalam sehari memiliki risiko untuk menghidap diabetes berbanding dengan individu yang tidak merokok.

Kesimpulan

Pemahaman yang menyeluruh terhadap penyakit ini adalah sesuatu yang sangat perlu dititikberatkan dalam usaha untuk menangani masalah diabetes terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Justeru, sebarang kekeliruan dan juga salah faham perlulah dijelaskan supaya masalah ini dapat di atasi dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Sumber: Healthline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Jan 2022

Lionel Messi & Tiga Pemain PSG Positif Covid-19

Bintang bola sepak terkenal Lionel Messi dan tiga ahli pasukannya di dalam kelab bola Perancis, Paris Saint German (PSG) disahkan positif Covid-19. Perkara ini dimaklumkan oleh PSG pada Ahad. Pemain lain yang turut dijangkiti wabak […]

Events Sat, 16 Jul 2022

Selepas 35 Tahun Dalam Industri, Aishah Bakal Adakan Konsert Solo Di Dewan Filharmonik!

Dah boleh feel dah Datuk Aishah nyanyi lagu Janji Manismu versi orkestra!

Featured Tue, 26 Sep 2023

“Dia Okay, Dia Wanita Kuat!”- Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Isu Cerai Noor Nabila & Engku Emran

Moga Bella makin kuat dan bertambah gojes. Terbaik lah Mamu!🙌

Featured Wed, 24 Mar 2021

RM 52. 48 Bilion i-Sinar Diluluskan – Tengku Zafrul

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sejumlah RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari melibatkan 5.23 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan setakat 12 Mac, 2021 berbanding RM18.58 billion dan 5.18 […]

Featured Mon, 28 May 2018

Pancing Putera George Dengan Smarties Baru Dia Tersenyum Lebar

Alexi Lubomirski mendedahkan betapa sukarnya pewaris takhta itu untuk senyum dan bagaimana dia akhirnya dapat membuatkan George tersengih dengan cara yang cukup mudah iaitu dengan menyogok George dan lainnya coklat Smarties.