Eat Travel By: Bibi Ramli July 3, 2019 @ 12:00pm

Burger Portugal keluaran McDonald’s amat serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia

Sudahkah anda mencuba hidangan Spicy Chicken Burger yang McDonald’s Malaysia perkenalkan semula pada bulan lalu?

Ia pastinya menggamit selera peminat masakan Korea kerana rasa sos kimchinya yang amat pedas tetapi memikat.

Bagi anda yang tidak tahu, keluaran burger ini ialah sebahagian daripada kempen tahunan rangkaian makanan segera berkenaan iaitu Discover The World.

Menerusi kempen ini, McDonald’s ingin membawa pelanggannya ke serata dunia melalui hidangan yang ia tawarkan.

“Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menyajikan juadah menarik dari pelbagai negara seperti Brazil, Mexico, Korea dan Thailand, yang mana kami menerapkan perisa unik dari negara-negara itu ke dalam menu kami,” kata Pengarah Pemasaran McDonald’s Malaysia, Eugene Lee.

Kali ini, pihaknya memilih negara Portugal pula sebagai inspirasi burger terbaharu mereka yang dinamakan Portuguese Chicken Burger atau Burger Ayam Portugal.

Foto: McDonald’s Malaysia

Ia merangkumi kepingan daging ayam goreng yang dicelupkan ke dalam sos piri-piri yang unik dan enak.

Gabungan ini dihidang pula dengan sayuran dan salad segar serta emping cili (chilli flakes) yang terdapat pada roti bannya menambahkan lagi rasa pedasnya.

Yang menariknya, rasa sos piri-piri ini mirip seperti rasa rempah-ratus yang biasa anda makan menerusi masakan Melayu Peranakan atau masakan Baba Nyonya. Jika anda meminatinya, burger Ayam Portugal ini sememangnya untuk anda.

Rasa sedapnya menyengat, jadi anda yang sukakan masakan pedas memang kena cuba! Jangan terliur sahaja!

“Jika ditawarkan juadah yang pedas, Orang Malaysia pasti suka,” kata Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai dengan penuh tawa.

“Di laman media sosial, kita selalu lihat pelbagai burger menarik dari luar negara. Jadi kami cuba perkenalkannya di sini dalam versi yang halal serta cukup serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia.”

Menurut Melati, sebanyak 1.5 juta unit Burger Ayam Portugal disasarkan akan dijual sepanjang waktu promosinya yang akan berlangsung selama empat minggu.

Ia boleh dibeli secara à la carte ataupun sebagai set yang disajikan dengan French Fries. Untuk hidangan airnya, anda boleh pilih di antara Fanta Grape McFreeze atau Coke biasa.

Bagi pencuci mulut pula, anda boleh nikmati Dinosaur McFlurry yang pernah McDonald’s Malaysia perkenalkan suatu ketika dahulu. Ais krim McFlurry dihidang dengan topping berupa serbuk dan kepingan bijirin coklat yang sedap.

Dapatkannya sebelum terlambat!

Menangi diskaun melalui permainan AR

Inginkan ganjaran berupa diskaun untuk Burger Ayam Portugal? Anda boleh memenanginya menerusi permainan Augmented Reality (AR) yang dinamakan sebagai Catching Nonando.

Dilancarkan sekali dengan burger ini, permainan ini memerlukan anda untuk menangkap sebanyak mungkin ayam Nonando dalam masa 60 saat.

Lebih kurang sama seperti permainan Pokemon Go, tetapi kali ini anda diberi cabaran masa.

Bergantung kepada jumlah mata yang berjaya dikumpulkan, pemain akan diberi ganjaran berupa diskaun untuk pembelian Burger Ayam Portugal.

Pemain-pemain terhandal akan disenaraikan di dalam carta Leaderboard untuk permainan ini yang mana individu dengan mata terbanyak mampu memenangi 50,000 AirAsia BIG Points!

Berminat? Hanya klik pada pautan Facebook yang terdapat di laman web korporat McDonald’s Malaysia ataupun halaman Facebook rasminya.

Jom cuba nasib sebelum ‘pertandingan’ ini tamat pada 24 Julai!

Untuk ‘destinasi’ Discover The World selepas ini pula, hint yang McDonald’s Malaysia boleh bagi ialah ‘Olimpik 2020’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Nov 2018
Eat Travel Mon, 15 Oct 2018

28 Foto Yang Menunjukkan Perbezaan Di Antara Makanan Biasa & Makanan Hipster

Kreatif betul orang yang mereka cipta hidangan-hidangan ini!

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Wed, 25 Mar 2020

Dalam kekalutan COVID-19, kisah Kopi Dalgona sempat mencipta fenomena!

Orang Malaysia walau susah hati, makan tetap makan!

Eat Travel Fri, 27 Jul 2018

‘Cola-Cola Clear’ Bakal Masuki Pasaran Malaysia Ogos Ini

Harga sebotol Coca-Cola Clear ini RM8.49 untuk 500ml.

Featured Tue, 28 Apr 2020

Tidak pasti jangan kongsi, tindakan tegas akan diambil!- Ismail Sabri

Amaran kepada mereka yang sebar berita palsu

Featured Wed, 4 Jul 2018

Ketahui Manfaat Minum Air Suam Untuk Kesihatan

Perbanyakkan minum air suam untuk kesihatan anada.

Featured Thu, 8 Aug 2019
Featured Thu, 26 Mar 2020

Dolce & Gabbana lancar himpunan abaya untuk Muslimah

Rekaan jenama antarabangsa dipuji!

Featured Wed, 16 May 2018

Jom Kenali Pengasuh Anak Putera William & Kate Middleton Serta Kemahiran Yang Dia Perlu Ada

Bukan sesiapa saja yang boleh jadi nanny untuk budak-budak diraja ini!

| Live TV