Featured By: Yanie Baharom March 11, 2020 @ 3:10pm

Cantik, bijak dan tangkas di dapur, siapakah gerangan Puteri Annisa Amalin?

Sekali pandang wajahnya persis pelakon cantik, Puteri Aishah. Turut berkongsi pangkal nama sama iaitu Puteri, bezanya Ynag Mulia Puteri Annisa Amalin Amir, adalah puteri berketerunan kerabat diraja.

Apa yang pasti sejak ditampilkan dalam satu temu bual bersama sebuah majalah popular baru-baru ini, berita  puteri jelita ini terus menjadi perhatian umum.

Baru berusia 24 tahun, personaliti kerabat dari Kelantan ini bukan saja memiliki paras rupa menawan tetapi handal memasak di dapur.

Foto: Instagram

Apabila bercakap mengenai sosok wanita cantik dan pandai memasak, sesiapapun yang mendengar pasti terdetik alangkah untungnya jika dapat memperisterikan sosok gadis seperti ini.

Tidak cukup dengan itu, gadis kecil molek mesra disapa Puteri ini juga mempunyai latar pendidikan yang baik.

Sudah ke dapur sejak kecil

Sejak usia 6 tahun lagi Puteri sudah menunjukkan minatnya terhadap dunia masakan apabila gemar membelek buku-buku masakan milik Nendanya iaitu YM Tengku [email protected] Binti YM Tengku Muhammad.

Foto: Instagram

Menu pertama yang dipelajarinya adalah rendang ayam bersama pulut kuning serta makaroni bakar.

“Ketika kecil saya suka memerhati Bonda, Nenda dan pembantu ketika mereka memasak dan menyediakan bahan-bahan masakan. Bonda saya bernama Nik Safuanah Binti Mohd Hashim,” katanya.

Menu Istana

Antara menu istana kegemaran Puteri sekeluarga ialah Itik Serati Solor, Ros Lidah, Kerabu Sayuran Campur, Kerabu Daging, Solok Ikan Goreng, Kerabu Bekol Sri Kelantan dan Pulut Kuning Bersama Rendang Daging.

Untuk manisan pula ialah Mas Sejemput, Nasi Manis, Martabak Diraja, Nasi Kaya, Tepung Manis, Puding Jala Emas dan Cucur Betawi.

Foto: Food

“Salah satu menu yang sering saya masak ialah Ros Lidah. Ia merupakan lidah lembu yang direbus empuk kemudian dibersihkan dan dihiris nipis. Seterusnya ia diperap dan digoreng.

“Menu ini dihidangkan bersama kuah yang sangat mudah disediakan. Ros Lidah ini merupakan menu turun temurun daripada Nenda saya.

Foto: Itik Serati Salor

“Menu istana yang paling saya gemari ialah Itik Serati Solor yang menggabungkan pelbagai rempah ratus yang dikisar dan digiling secara tradisional. Ia juga resipi turun temurun keluarga saya.

“Itik kemudiannya dibakar menggunakan bara arang. Memasak menu ini memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa,” katanya.

Foto: Instagram

Tambahnya gadis berdarah campuran Melayu, Cina dan Uzbekistan, menu diraja Kelantan cukup istimewa kerana masih mengekalkan resipi asli serta kaedah tradisional seperti menggunakan bara arang, kuali tembaga, dulang tembaga, periuk atau belanga tanah dan batu gilian.

Fesyen klasik jadi pilihan

Sebagai remaja yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini, Puteri turut menyukai stail yang ada sentuhan klasik, songket dan batik Kelantan kerana ia melambangkan tradisi keluarga diraja Kelantan. Suai padan bersama aksesori menjadi pelengkap gaya Puteri.

Foto: Instagram

 

“Saya juga penggemar barangan antik antaranya barang kemas yang diwarisi daripada Nenda seperti anting-anting, gelang kaki dan tangan, serta rantai.

Tidak ketinggalan busana Nenda yang dipakainya ketika di dalam istana Kelantan,” katanya menjawat jawatan sebagai penasihat dan pakar pemasaran dalam perniagaan di sebuah syarikat swasta selain bergiat aktif di dalam bidang peragaan.

Foto: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 19 Apr 2018

Nikmati Keriangan Di Inflatable Island, Taman Air Terbesar Di Asia

Memandangkan Pulau Boracay dah tutup, anda masih boleh menikmati keriangan pantai di negara Filipina.

Featured Wed, 17 Jan 2018

6 Makanan Sihat, Tetapi Tinggi Kalori

Apabila anda sedang mencuba menurunkan berat badan, pasti anda akan memilih makanan yang menyihatkan serta dipercayai boleh membantu proses penurunan berat badan. Tetapi ramai yang sebenarnya tersilap langkah kerana ada makanan ‘sihat’ yang diambil itu

Featured Tue, 25 May 2021

Penampilan Terkini Keluarga Wardina Saffiyah Di Australia Curi Perhatian Ramai

Suatu ketika dahulu nama pelakon Wardina Saffiyah seringkali menjadi kegilaan ramai anak muda terutama peminat sitkom Spanar Jaya. Namun, sejak mendirikan rumah tangga dan berhijrah ke Australia untuk menyambung pengajiannya, Wardina sudah jarang muncul di

Featured Fri, 11 Mar 2022

“Sha Masih Belum Sembuh..” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

Kita terus mendoakan yang baik-baik saja ya.. ❤️

Featured Sun, 31 Jul 2022
Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di

Featured Sat, 16 Oct 2021

| Live TV