Featured By: tex_admin December 6, 2018 @ 10:00am

Cara Betul Tuam Bengkak Pada Badan

Anda tahu cara tuaman yang betul pada anggota badan yang bengkak? Selalunya, anda pasti menggunakan ais ataupun air suam kan? 

Ya, memang betul tuaman boleh dilakukan menggunakan ais ataupun air suam. Tapi, ia perlu dilakukan dengan teknik yang betul dan bila tuaman ais atau haba sesuai digunakan.

Kebiasaannya, tuaman ini dilakukan untuk surutkan bengkak ataupun bahagian badan yang mengalami benjol apabila terjatuh, cedera ketika bersukan dan sebagainya.

Tuaman ais atau cryotherapy sesuai untuk kecederaan akut seperti terseliuh, terkehel, otot atau tendon terlebih regang dan sebagainya. 

Cara rawatan ini akan memberi kesan kepada reaksi pembuluh darah yang akan mengecut jika didedahkan kepada kesejukan. Ia juga akan menurunkan bekalan darah secara tidak langsung mengurangkan reaksi keradangan sekaligus menghindarkan daripada berlakunya pembentukan bengkak yang lebih teruk. Bukan itu saja, tuaman ais dapat ‘menurunkan’ aktiviti saraf dan mengurangkan kesakitan. 

Foto: Netz.id

Manakala tuaman haba atau thermotherapy pula sesuai untuk kecederaan kronik atau kecederaan yang melibatkan kekejangan dan sengal otot. 

Tuaman haba dapat memperbaiki aliran darah ke kawasan yang di tuam dan merehatkan otot sekaligus melegakan kesakitan pada kekejangan otot. Selain itu, haba juga menjadikan otot lebih fleksible. Ia memberi kesan yang selesa selain mempercepatkan proses pemulihan.

Jadi, penulis kongsikan cara yang betul untuk melakukan tuaman.

Cara-cara melakukan tuaman ais

Tuaman ais perlu dilakukan pada awal tempoh kecederaan, iaitu sebaik sahaja kecederaan berlaku. Manakala, tuaman haba perlu dibuat pada hari keempat dan seterusnya selepas kecederaan.

Foto: Klikdokter

Tuaman ais

1. Letakkan ais atau pek ais ke dalam balutan tuala kecil.

2. Tuam ais pada bahagian yang tercedera selama 10 minit dan angkat tuaman 5 minit.

3. Ulang langkah 2 selama 4 kali. Anda boleh lakukan tuaman ini sebanyak 2 hingga 3 kali sehari.

*** Elakkan daripada meletakkan ais secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit, tisu dan saraf.

Tuaman haba

Foto: Klikdokter

1. Lembabkan tuala dengan air suam atau letakkan pek haba dalam balutan tuala.

2. Tuamkan pada bahagian yang tercedera selama 5 minit dan berhenti seketika.

3. Ulang langkah ini beberapa kali sehingga kesakitan lega.

*** Elak daripada meletakkan sumber haba secara langsung pada kulit atau tuam terlalu lama bagi mengelakkan risiko kecederaan pada kulit. Tuam haba pada awal kecederaan boleh mengakibatkan bengkak yang besar.

Sekiranya, anda mengalami bengkak dituruti dengan luka, elakkan melakukan mana-mana tuaman. Sebaiknya, dapatkanlah rawatan doktor.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022
Events Fri, 24 Jun 2022

Sering Dikenenkan, Erra Fazira Akui Masih Solo Tapi…

Erra cakap buat masa sekarang dia tengah semak banyak ‘borang’ 🫣

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Tinggal 10 Peratus… Selagi Bateri Ini Tidak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas…” – Bob Lokman Akui Keadaan Jantung Makin Kritikal

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman mengakui keadaan jantungnya kini berada ditahap yang kritikal dan hanya mengharapkan pada penggunaan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Menurut Bob Lokman atau […]

Eat Travel Thu, 16 Apr 2020

Mahu cari hasil laut segar, murah? Ini lubuknya!

Syurga penggemar makanan laut

Featured Sat, 28 Mar 2020

Kes penularan wabak COVID-19 di AS atasi China dan Itali

Jumlah jangkitan semakin membimbangkan

Featured Wed, 5 Apr 2023