Featured By: Fadzlena Jafar April 17, 2020 @ 9:55am

Cara memaksimumkan konsep bekerja dari rumah

Pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan majikan agak sangsi kebolehupayaan pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR).

Antara persoalan yang ditimbulkan adalah keupayaan pekerja untuk melakukan tugasan yang sewajarnya di rumah seperti kelaziman dilakukan di pejabat.

Lebih-lebih lagi wanita yang pastinya perlu melakukan kerja hakiki di rumah seperti mengemas rumah, membasuh baju dan menyediakan hidangan, selain menguruskan anak-anak.

Cara Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang bekerja dari rumah bagi merangsang motivasi. (Gambar daripada Facebook Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang)

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dalam perkongsian menerusi akaun Facebook peribadinya, berkata setiap pekerja yang kini mengamalkan BDR perlu memahami definisi konsep BDR bagi memastikan kerja yang dilakukan mencapai matlamat ditetapkan.

“BDR adalah melakukan tugas dan tanggungjawab untuk mencapai hasil (outcome) dan keluaran (output) ditetapkan sama ada ditugaskan secara khusus atau secara umum dari rumah menggunakan kemudahan seperti komputer, kerusi meja, elektrik dan sebagainya.

“Jangan salah faham, BDR bukan bermakna cuti umum! BDR juga tidak bermakna kita tidak boleh santai dan relaks dengan keluarga, tetapi perlu diselaraskan asalkan hasil dan keluaran tercapai dalam tempoh masa yang ditetapkan,” tulisnya.

Sejak PKP dilaksanakan mulai 18 Mac lalu, kira-kira 82 peratus rakyat di negara ini mengamalkan BDR.

Bagi pekerja yang sememangnya bekerja menggunakan komputer, pasti tidak ada masalah dengan syarat memberikan tumpuan sepenuhnya pada tugasan dan mengurangkan gangguan luar.

Elakkan gangguan yang tidak penting bagi menjayakan konsep BDR. (Gambar Kredit BERNAMA)

Dr Zaini berkata, setiap pekerja perlu jujur dengan diri sendiri apabila melakukan konsep BDR kerana tiada pemantauan seperti kebiasaan apabila bekerja di pejabat.

“Soalan yang perlu kita tanya setiap pagi adalah apakah hasil atau keluaran BDR kita hari ini. Mungkin tidak ada pemantauan rapi BDR daripada pihak pengurusan syarikat kerana faktor yang serba terbatas, tetapi ingatlah bahawa kita sentiasa dipantau rapi oleh Yang Maha Tinggi,” tulisnya.

Beliau turut berkongsi hadis daripada Amru bin Maimun bin Mahran yang menyatakan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berkata kepada seorang pemuda dan menasihatinya, “Jagalah lima hal sebelum lima hal: Mudamu sebelum datang masa tuamu,  sihatmu sebelum datang masa sakitmu, waktu luangmu sebelum datang waktu sibukmu, kayamu sebelum miskinmu dan hidupmu sebelum matimu.”

Berikut dikongsikan cara Dr Zaini menjayakan konsep BDR yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada pekerja yang turut mengamalkan konsep terbabit.

1. Jadikan ruang kerja di rumah sentiasa ceria, segar dan memotivasikan

Hiasan yang indah dapat memberi galakan untuk bekerja walaupun di rumah. (Gambar hiasan/Computerworld)

Jika selama ini anda bekerja di sudut baca, cuba tambah perabot atau pencahayaan. JIka anda sering minum kopi jam 10 pagi di pejabat sebagaimana tradisi fika (meluangkan masa bersama rakan sambil menikmati secawan kopi) di Sweden, maka berehatlah jam 10 pagi dan bersama menceriakan ahli keluarga.

2. Kuadran Penting dan Tidak Segera

Ketika BDR, beri tumpuan sehingga 80 peratus masa kepada Kuadran Penting dan Tidak Segera (mengikut Stephen Covey) iaitu pencegahan (masalah, risiko, penyakit, salah laku, salah guna dan lain-lain) dengan membaca, menuntut ilmu, menjalin hubungan, mengenal pasti kesempatan baharu, merancang dan berekreasi.

Mereka yang kurang produktif menggunakan hanya 15 peratus masa hidup mereka pada kuadran ini.

3. Kuadran Tidak Penting dan Segera

Kurangkan penggunaan masa pada kuadran Tidak Penting dan Segera yang membabitkan kegiatan seperti gangguan menerusi  komunikasi yang santai, surat-menyurat atau media sosial, sebahagian mesyuarat atau pertemuan dan aktiviti popular seperti berkomunikasi menerusi aplikasi pesanan ringkas.

Kebiasaannya mereka yang tidak produktif, menghabiskan sehingga 60 peratus masa dalam kuadran ini, berbanding 15 peratus bagi mereka yang produktif dan cemerlang.

Gambar utama: Kredit Steelcase

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 7 Apr 2020
Featured Thu, 22 Aug 2019

Bateri telefon anda cepat habis? Ikuti 5 cara untuk panjangkan hayatnya

Tak perlu tukar bateri baharu atau tukar telefon!

Featured Fri, 2 Dec 2022
Featured Mon, 4 Nov 2019

Produk kecantikan perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Semakin ramai pengguna memilih untuk menyimpan produk kecantikan dan kosmetik mereka di dalam peti sejuk.  Ia kini menjadi gaya hidup, terutamanya bagi mereka yang bersolek setiap hari dan rutin mereka melibatkan lebih daripada 10 langkah. […]

Featured Sat, 17 Sep 2022
Gaya Hidup Thu, 17 Oct 2019

Jurufoto ini guna benda biasa sebagai aksesori, hasilnya menakjubkan!

Anda tidak perlu beli peralatan mahal-mahal!

Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

Libur gaya baharu, tidak perlu keluar rumah. Ketahui bagaimana!

Bawa percutian kondusif ke kediaman sendiri

Featured Thu, 23 Mar 2023

Yusof Haslam Harap Syamsul Boleh Muhasabah Diri – “Nasihat Ibu Untuk Kembali Ke Pangkal Jalan, Bukan Racun”

“Jangan biarkan ibu sendiri menangis…” – Datuk Yusof Haslam 🥲🥹