Eat Travel By: tex_admin December 18, 2018 @ 12:00pm

Cara Mudah Nak Masak Biryani Ayam Ala India

Anda suka makan nasi biryani? Kalau suka, anda boleh jadi geng penulis! Haha! Seperti yang kita tahu, hidangan biryani biasanya dihidangkan di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu. Tapi, tak salah rasanya untuk anda jadikan ia sebagai hidangan seharian.

Ini kerana, rasa nasi yang dimasak bersama rempah tertentu pastinya akan mencetuskan selera sesiapa sahaja. Kali ini, penulis nak kongsikan resipi paling mudah untuk memasak hidangan biryani ayam ala India.

Sebenarnya, resipi ini sangat mudah dan cepat! Anda harus menggunakan beras basmathi ya. Jom kita semak cara-cara untuk membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan

  • Beras
  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 1 biji bawang dipotong nipis
  • 1 1/2 sudu besar pes halia (boleh dikisar)
  • 1 1/2 sudu besar pes bawang putih (boleh dikisar)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Sedikit daun pudina
  • Sedikit daun ketumbar dicincang halus
  • Sedikit jus lemon
  • 1 1/2 sudu kecil garam masala
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan yogurt
  • 1 sudu besar saffron
  • 3 cawan air

Bahan rempah

  • 2 helai daun bay
  • 1 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji lada hitam
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk buah pala
  • 1/2 sudu kecil caraway

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan masukkan ke semua bahan rempah. Biarkan ia masak sedikit. Masukkan bawang, pes halia dan pes bawang putih. Masak hingga menjadi warna keemasan.

2. Perap ayam dengan serbuk cili, kunyit, daun pudina, daun ketumbar, jus daripada lemon, garam masala, yogurt dan garam. Biarkan di dalam peti sejuk selama kira-kira 30 minit.

3. Kemudian masak ayam secara saute selama 3 minit.

4. Masukkan beras ke dalam periuk diikuti dengan ayam tadi. Tambahkan 2 sudu kecil garam dan tiga cawan air. Tutup periuk nasi dan biarkan sehingga masak. 

5. Gaul lembut nasi dan ayam. Kemudian, masukkan bawang yang telah ditumis tadi, saffron dan daun ketumbar. 

6. Hidangkan bersama raita (campuran yogurt bersama bawang dan tomato).

Selamat mencuba!

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Oct 2019
Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Fri, 8 Apr 2022
Featured Thu, 9 Mar 2023
Featured Mon, 15 May 2023
Featured Thu, 1 Dec 2022

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ Janji Kembalikan Nostalgia Zaman Remaja

Wah! Tak sabarnya nak kembali ke sekolah dengan Melly Goeslaw

Featured Sun, 26 Jun 2022
Featured Mon, 27 Mar 2023

[VIDEO] “Orang Pergi Korea Beli Skincare, Dia Beli Ulam!” – Gelagat Noor Nabila & Rosix Curi Perhatian

Kalau Bella dan Rosix dah start gelak dengan min -min sekali gelak dinosour🤣🤣🤣

Acara Mon, 8 Jan 2018

10 Tips Untuk Merahkan Bibir Secara Semulajadi Agar Tampil Lebih Menawan

Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan […]