Eat Travel By: tex_admin December 7, 2018 @ 12:00pm

Cara Paling Senang Nak Buat Roti Grilled Cheese Menggunakan Seterika

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana nak membuat roti Grilled Cheese dengan menggunakan seterika kan? Macam pelik saja. 

Penulis rasakan menu ini sesuai bagi anda yang bergelar student ataupun masih bujang kerana caranya yang sangat mudah dan anda tak perlu nak bakar-bakar roti, hanya guna seterika saja rasanya dah cukup sedap!

Dah lah mudah, jimat masa dan tenaga! Jom kita tonton video yang dikongsikan oleh Khairul Aming ini. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khairul Aming (@khairulaming) on

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 2 keping roti
  • 2 keping keju
  • Mentega
  • Aluminium foil

Cara membuatnya

1. Letakkan 2 keping keju di atas roti dan lapikkan roti lagi satu keping di atasnya.

2. Sapukan mentega di luar permukaan roti. (Rujuk video)

3. Kemudian, letakkan roti di atas aluminium foil dan bungkus. (Rujuk video)

4. Panaskan seterika (medium heat) dan gosok di atas aluminium foil tadi secara perlahan-lahan selama 2 minit. Jika roti belum garing, gosok lagi.

5. Boleh dimakan!

*** Pastikan anda menggunakan seterika dengan berhati-hati.

Selamat mencuba!

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Apr 2020
Featured Sun, 17 Apr 2022
Featured Tue, 14 Mar 2023

[VIDEO] Lincah Menari, Penampilan Ning Baizura Dikritik

Alamak seksi sangat ke Kak Ning kita? Yang penting tetap vassss ya

Featured Fri, 10 Jun 2022
Featured Wed, 10 Aug 2022
Featured Fri, 24 Feb 2023