Featured By: Yanie Baharom March 17, 2020 @ 11:06am

Cetak atas cetak, anda berani memperagakannya?

Bahang Aidilfitri mula dirasakan sejak minggu lalu, menerusi siri pertunjukan fesyen Lebaran yang mulai rancak dipentaskan.

Bahkan baru-baru ini, jenama atas talian Miss Lily Shop sempat menjadi tular di Twitter kerana keunikan koleksi kurungnya, yang pada sesetengah netizen pelik.

Menampilkan paduan warna-warna ceria, konsep yang dibawakan jenama Miss Lily Shop untuk koleksi pertamanya itu mengenengahkan unsur cetak atas cetak (prints on prints) dengan padanan motif bertentangan untuk baju dan kain.

Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @zahIDGAF menulis, “saya mungkin kedengaran biadap kerana mengatakan ini, tetapi rekaan baju kurung macam ini hanya tampak menarik pada perempuan cantik saja”.

Tulisan pengguna Twitter itu telah mendapat sebanyak 9,200 ulang kicau serta 12 ,000 tanda suka. Selain rentetan komen bersetuju dan tidak setuju dengan pandangan pemuda itu.

Bahkan perdebatan netizen turut mendapat perhatian pemilik jenama Miss Lily Shop yang memuat naik status di Facebook sekaligus mempertahankan rekaannya, sehari selepas berita itu tular.

Foto: Facebook

“Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya tidak pernah membayangkan yang @misslilyshop akan menjadi tular di Twitter semalam. Terima kasih atas pemasaran percuma. Alhamdulillah.

“Isu betul koleksi pertama kami ni tau. Sesetengah orang sangat menyukainya sampai beli 10 warna. Sesetengah pula rasa pelik sebab corak cetak atas cetak. Tapi usah risau kerana cantik ini adalah subjektif.

“Bagi saya, memang saya suka sesuatu yang berani dan bertenaga. Maka terhasil lah koleksi ini semenjak perayaan yang lalu. Cuma tahun ini kita keluarkan 10 jenis cetakan. Sebelum ini 4 hingga 6 jenis cetakan saja.

“Hello bukan senang okay saya nak suai padan rekaan cetak itu. Tapi percaya saya…saya orang seni, penuntut jurusan seni dan dalam bidang ini pun sudah 10 tahun.

“Saya tahulah macam mana nak suai padan warna dan corak cetak,” ujar pemilik jenama Miss Lily Shop.

Kalau hendak tahu apa yang aneh sangat mengenai koleksi Lebaran keluaran Miss Lily Shop ini, jom kita tengok!

Foto: Twitter

Foto: Twitter

Foto: Facebook

Foto: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Tue, 23 May 2023
Featured Sat, 24 Sep 2022
Events Thu, 21 Dec 2023
Featured Mon, 6 Nov 2023
Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018