Featured By: Shaidah Shafie May 6, 2020 @ 4:27pm

Cetakan eko rakam keindahan alam pada fabrik

Alam semula jadi adalah antara sumber paling hebat yang menjadi inspirasi kepada ramai penggiat seni seperti pelukis atau pereka fesyen menyebabkan cetakan eko (Eco Print) atau motif alam sering dilihat pada pakaian di pentas peragaan.

Cetakan eko sebenarnya bukan produk seni yang baru dalam kalangan penggemarnya, sebaliknya sudah lama dihasilkan cuma tidak begitu terdedah terutama di negara ini.

Bagi pereka fabrik yang juga penggemar seni, Samsiah Jendol, motif cetakan eko adalah satu bentuk seni yang sangat istimewa kerana ia mengandungi etika alam yang sangat menarik untuk dihayati.

Samsiah (tengah) bersama dua rakan ketika mewakili Malaysia di pertandingan seni Maker 2019  anjuran Pop Asia & the Ninth Gallery yang berlangsung di Taiwan tahu lalu. Foto: Samsiah Jendol.

“Alam sekeliling berpotensi sebagai sumber pewarna semula jadi. Proses cetakan eko ini juga adalah satu proses yang sangat beretika.

“Jika diperhatikan, cetakan eko berupaya menghasilkan satu ciptaan yang sangat unik berinspirasikan lakaran alam semula jadi tempatan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Samsiah yang berpengalaman luas dalam bidang cetakan eko menghasilkan fabrik berasaskan cetakan eko yang dianggap sebagai minat, selain turut membuat kerja membaik pulih buku lama.

Fabrik cetakan eko yang dijadikan alas meja. Foto: @littlesyam

Pada tahun 2019, Samsiah memenangi pertandingan Makers 2019 anjuran Pop Asia & the Ninth Gallery dan mewakili Malaysia ke Taiwan bagi mempamer serta membentangkan karya cetakan eko yang dihasilkannya.

Katanya, proses menghasikan fabrik cetakan eko agak panjang, namun disebabkan minat, beliau tidak pernah berasa jemu untuk mencuba menghasilkan pelbagai corak berdasarkan cuba dan lihat (try and error).

Selendang bermotif cetakan eko cantik digayakan ke sebarang acara. Foto: @littlesyam

“Proses menghasilkan fabrik cetakan eko agak panjang, daripada memilih daun atau bunga sehingga merancang komposisi.

“Daripada komposisi atau reka letak cetakan, diterjemahkan pula ke atas fabrik melalui proses stim atau pendidihan. Haba diperlukan dalam proses memindahkan cetakan alam yang mengambil masa selama tiga jam,” katanya.

Fabrik cetakan eko sesuai untuk diberi sebagai cenderahati kepada sahabat handai. Foto: @naturecollide

Ternyata cetakan eko menawarkan alternatif baharu kepada pengguna yang komited terhadap proses penciptaan sesuatu produk dengan beretika tanpa memberi impak negatif kepada alam semula jadi.

Hasil cetakan eko juga sangat versatil dan setanding dengan cetakan eksklusif setara warna-warna sintetik.

Fabrik cetakan eko Samsiah yang menggunakan label Littlesyam dijadikan selendang, alas meja, sarung bantal dan perhiasan dinding ditawarkan pada harga bermula RM50 hingga RM500 dan boleh diperoleh di Galeri Ilham, Art Row Publika dan GMBB.

Foto: @naturecollide

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Wajar Tambah Pengeluaran i-Citra, Ubah Bayaran Dividen Kepada Struktur Berperingkat

KWSP disarankan menaikkan pengeluaran i-Citra dan mengubah pembayaran dividen kepada struktur berperingkat. Cadangan itu diutarakan oleh Ahli Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. “Seperti kita sedia maklum, berjuta-juta […]

Eat Travel Thu, 16 Apr 2020
Featured Mon, 3 Apr 2023
Featured Tue, 25 May 2021

“Rakyat Yang Lain Berintegriti? Jangan Sibuk Jaga…” – Video PKP Lagi & Lagi Uyaina Arshad Dipuji Ramai

Pelakon dan pengacara Wanita Hari (WHI), Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang mengandungi pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai mengenai situasi semasa COVID-19. Dalam video tersebut, Uyaina menyentuh mengenai sikap […]

Featured Fri, 13 Dec 2019
Oh Lawa Fri, 27 Apr 2018

Bukan Sekadar Sedap, Strawberi Juga Manfaat Untuk Cantik & Sihat

Buah strawberi boleh buat kulit anda bertambah cantik. Tapi bagaimana ya?

Featured Tue, 3 Jul 2018

Filem Epik Yang Paling Dinanti Ramai! Ini 7 Trivia Menarik Tentang Filem Pulang

Penantian peminat seni filem tempatan terhadap filem arahan Kabir Bhatia, Pulang kini bakal terealisasi.

error: Content is protected !!