Featured By: Ad Ops March 19, 2020 @ 2:00pm

COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan, Ini ‘7 Nasihat’ Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penularan wabak COVID-19 yang kini memasuki gelombang kedua mencatatkan sebanyak 117 kes baharu hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 790 kes positif.

Situasi ini ternyata membimbangkan semua dan pelbagai usaha diambil bagi mengurangkan penyebaran wabak COVID-19, termasuklah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan Malaysia berkuatkuasa dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengambil inisiatif dengan berkongsi tujuh nasihat kepada peminatnya mengenai panduan ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Menariknya, tujuh nasihat berkenaan adalah simbolik pada lagu terbaharunya, 7 Nasihat yang dilancarkan pada 20 Februari 2020.

Lagu 7 Nasihat terbitan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia itu merupakan nyanyian duet Siti bersama-sama pendatang baharu, Kmy Kmo dan Luca Sickta.

7 nasihat siti nurhaliza covid 19

Kredit gambar: Instagram Felix Voon Mix

Nasihat itu diterjemahkan dalam bentuk ilustrasi yang sangat kreatif dan menarik dengan berlatarbelakangkan ilustrasi gambar beliau serta pasangan duetnya, termasuk anak kesayangan Siti sendiri iaitu Siti Aafiyah.

Berikut merupakan ‘7 Nasihat’ yang dikongsi pelantun lagu Anta Permana itu bagi memastikan wabak COVID-19 dapat dikekang:

1. Duduk di rumah dan jauhkan diri daripada berinteraksi secara sosial.
2. Selalu bersenam di dalam rumah untuk kekal cergas dan cerdas.
3. Jangan panik! Beli barang dapur mengikut keperluan sahaja.
4. Telefon keluarga dan saudara-mara untuk bertanyakan khabar.
5. Untuk yang bekerja dari rumah, sentiasa berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp dan mesyuarat maya (virtual meeting).
6. Minimumkan penggunaan elektrik dan air untuk elak pembaziran.
7. Tonton televisyen bersama-sama keluarga dan dengar lagu 7 Nasihat di semua ‘streaming platform’.

7 nasihat siti nurhaliza covid 19

Kredit gambar: Instagram Siti NurhalizaTarudin

Amboi, sempat lagi selit ayat untuk mempromosikan lagu terbaharunya. Anda sudah dengar ke belum lagu 7 Nasihat? Kalau belum, boleh dengar di YouTube Siti Official Video.

7 Nasihat juga boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Jan 2019

Ramai yang memuja kecantikan Imma, sayangnya dia hanyalah sebuah boneka… 

Melihat seleksi foto-fotonya, memang sukar mempercayai bahawa Imma adalah patung! 

Featured Tue, 4 Oct 2022
familuv Wed, 15 Apr 2020

Lapan kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa setelah berkahwin

Patuh pada suami, ibu bapa jangan dilupakan

Featured Wed, 29 Sep 2021
Featured Tue, 30 Aug 2022

Mesra Tonton Konsert Coldplay Hingga Didakwa Bercinta Dengan Aedy Ashraf, Ini Respons Daiyan Trisha – “Tiket Tu Sebenarnya…”

Tuan badan dah tampil jawab spekulasi hubungan percintaan dengan Aedy Ashraf 🥰 Amboiii. kemain lagi ek Sweet je!

familuv Sat, 19 Oct 2019

Anak tidak cukup tidur? Ini cara untuk tahu

Jangan ambil mudah dengan waktu tidur anak anda

| Live TV