Featured By: Nani Ramlee March 18, 2020 @ 5:05pm

COVID-19: Tangguh dulu kenduri kahwin, patuhi arahan jika mahu selamat

Setiap kali tiba musim cuti sekolah, pasti ramai yang memilih untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Bagaimanapun, ekoran penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, bakal pengantin dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu kenduri kahwin yang sudah dirancang untuk mengelakkan risiko yang lebih teruk.

covid-19 kenduri kahwin ditangguh

Kredit gambar: Media Riau

Perkara itu seiring dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin lalu yang memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, berkuat kuasa sepenuhnya hari ini sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Perintah kawalan selama 14 hari itu dilaksanakan bagi membendung penularan wabak COVID-19 yang sudah mencatat angka kematian sebanyak dua orang setakat ini.

Beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

covid-19 kenduri kahwin ditangguh

Kredit gambar: Wedpedia

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan larangan mengadakan kenduri untuk meraikan majlis perkahwinan sesuai arahan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara susulan penularan COVID-19.

JAIS dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan yang ingin melangsungkan majlis akad nikah di Selangor perlu mengikuti tatacara pelaksanaan yang dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

“Majlis akad nikah hendaklah dilangsungkan di premis persendirian dan dilarang sama sekali di tempat awam seperti masjid, surau atau sebagainya.

“Majlis akad nikah itu hanya boleh dihadiri oleh seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan perempuan, seorang wali, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak pengantin lelaki dan perempuan,” kata kenyataan itu.

Menerusi kenyataan itu juga, JAIS turut menetapkan perjalanan majlis akad nikah haruslah tidak melebihi 20 minit termasuk khutbah nikah. Akad nikah juga dilangsungkan tanpa berjabat tangan antara pengantin lelaki dengan wali atau Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan.

Kredit gambar: Simpol The Garden of Love

Dalam pada itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) juga menasihatkan pasangan yang bakal berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan supaya menangguhkan majlis akad nikah sehingga arahan itu tamat.

Bagaimanapun, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islamnya, Mohd Suhaimi Mohamad, berkata pihaknya tidak melarang mereka yang sudah mendapatkan kebenaran pegawai agama dan tetap mahu majlis akad nikah diteruskan.

“Di sini, kami hanya menasihat dan menyarankan sekiranya mereka yang bakal berkahwin bermula 18 Mac hingga 31 Mac supaya jika boleh menangguhkan majlis terlebih dahulu.

“Mereka yang sudah mendapat kebenaran, tidak menjadi masalah untuk melangsungkan majlis akad nikah, namun jangan terlalu ramai yang hadir untuk proses berkenaan bagi mengelak timbul masalah,” katanya.

Kepada bakal pengantin, keluarga dan sanak-saudara pengantin atau sesiapa sahaja yang mungkin terlibat dengan majlis kenduri kahwin, patuhilah arahan pihak berwajib dan ambil langkah-langkah keselamatan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), termasuk berkaitan penyediaan cecair pencuci tangan, topeng muka dan jarak keselamatan antara individu.

Sumber: Berita Harian & Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 27 Aug 2018

8 Cara Untuk Ubah Gaya Hidup Anda Supaya Ia Lebih Minimalis

Ia dikatakan boleh membuat hidup anda lebih produktif dan harmoni.

Featured Mon, 9 Dec 2019

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Ramai melihat perubahan selepas menggunakannya.

Eat Travel Sat, 5 Jan 2019

Resipi Burger Ayam Goreng Buttermilk Ini Gerenti Memuaskan Hati & Perut

Ayam goreng memang kena dengan rasa buttermilk itu.

Featured Wed, 18 Mar 2020

Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan

Kerjasama setiap rakyat dapat kekang penularan COVID-19

Featured Tue, 14 Apr 2020
Featured Sat, 15 Dec 2018

Lihat 12 Watak Kartun Haiwan Popular Apabila Dibandingkan Dengan Haiwan Yang Sebenar

Ada yang sama, ada juga yang pelukis dah “ubah suai” rupanya.

Eat Travel Thu, 21 May 2020

Rumah Kebun, percutian semula jadi yang mengasyikkan

Sesuai untuk keluarga besar berkumpul

Featured Tue, 6 Feb 2018

7 Prinsip Pemakanan Untuk Kekal Langsing

Makanan adalah keperluan bagi setiap individu untuk meneruskan kehidupan. Bagaimanapun pemakanan yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti diabetes, hipertensi dan juga obesiti.

Featured Fri, 6 Dec 2019

| Live TV