Eat Travel By: Ad Ops December 17, 2018 @ 12:00pm

Cuba Resipi Nasi Goreng Ini Yang Gerenti Berkhasiat Untuk Anak Anda

Kanak-kanak… biasalah kalau tak minat makan sayur. Tak sedap, katanya. 

Namun begitu, mereka harus terima kenyataan yang kumpulan makanan inilah yang mempunyai khasiat yang badan manusia perlukan. Jadi jika nak sihat, mereka memang kena makan.

Dan sebagai ibu bapa, anda perlulah memupuk minat makan sayur dalam anak anda sejak dia kecil lagi. Wujudkan tabiat makan makanan sihat dari awal supaya lama-lama nanti minat ini akan datang dengan sendiri.

Kalau tak, anda kenalah cuba alternatif lain. Mereka mungkin tak suka makan sayur kerana lauk yang dihidangkan tak berapa menyelerakan. Betul, kalau dah tak sedap, macam mana nak minat, kan?

Jika itulah masalah yang anda alami, ada macam-macam resipi sihat yang sedap yang anda boleh cuba. Di bawah ini adalah satu daripadanya.

Simple saja, iaitu nasi goreng yang dimasak dengan sayur dan ayam. Yang pentingnya, ia sedap tapi berkhasiat! Jumlah sayur yang digunakan memang banyak dan ramuannya pun tak menjejaskan kesihatan.

Nak cuba masak? Ikuti resipi dan tutorial memasaknya di bawah ini.

Bahan-Bahan

  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 keping dada ayam, dipotong dadu
  • garam, secukup rasa
  • lada hitam, secukup rasa
  • 1 cawan lobak merak, dipotong dadu (120 gram)
  • 1 cawan brokoli, dipotong (250 gram)
  • 2 cawan beras perang, ditanak menjadi nasi  (400 gram)
  • ½ cawan kacang pi, 75 gram)
  • 3 sudu besar kicap bersodium rendah

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih hingga lembut.
  2. Masukkan ayam, garam dan lada hitam, dan kacau selama 5 minit.
  3. Tambahkan lobak merah dan brokoli, dan kacau lagi hingga lembut.
  4. Masukkan nasi, kicap dan kacang pi, dan gaul hingga rata.
  5. Enjoy!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022

Terpaling Juara: “Orang Hanya Nampak Sisi Negatif Ifa Raziah, Tapi…”

Tula netizen tahu kecam je, usaha orang mana nampak!! Semangat ya kak Ifa untuk konsert minggu ni

Featured Sat, 26 Feb 2022
Featured Thu, 15 Sep 2022

Bawa Watak ‘Sugar Mommy’, Fasha Sandha Sedia Dikritik – “Banyak Babak ‘Daring’, Penonton Kena Buka Minda”

Fasha Sandha kata dia tahu akan dikritik oleh Jabatan Netizen Malaysia (JNM). Tapi, adegan panas macam mana tu? Nantikan dalam drama bersiri Rampas Cintaku akan datang 23 September ini! 😚

Featured Sat, 22 Sep 2018

Peluang Kolaborasi Dengan Siti Nurhaliza, Wish List Hael Husaini Dimakbul Tuhan!

#AntaPermana trending ‘worldwide’ di laman Twitter sejak tengah malam tadi.

Featured Fri, 24 Mar 2023