Acara By: Fadzlena Jafar June 19, 2020 @ 1:53pm

Dapatkan Huawei MatePad Pro hanya pada harga RM2,898 sempena Karnival  Huawei AppGallery

Meskipun sudah ramai yang kembali bekerja sejak Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun lalu,  kebanyakan syarikat dan agensi kini membudayakan konsep bekerja dari rumah bagi pekerja yang tidak perlu berada di pejabat sepanjang masa.

Bagi mereka yang bekerja dari rumah, pastikan anda mempunyai peralatan yang bersesuaian terutama komputer atau komputer riba yang mampu memberikan anda pelbagai spesifikasi terkini bagi memudahkan kerja anda.

Antara produk yang menyediakan pelbagai aplikasi dalam satu peralatan ialah Huawei MattePad Pro yang dilancarkan di Malaysia, April lalu.

Kesempatan mencuba Huawei MattePad Pro dalam satu program khusus untuk media, baru-baru ini kebanyakan wartawan memberikan maklum balas yang amat baik terhadap tablet terbabit.

Bersesuaian dengan gelarannya, ‘tablet yang tidak boleh hidup tanpanya’ (a tablet I cannot live without), Huawei MattePad Pro bukan sahaja ringan dan kecil, tetapi apa yang lebih penting tablet berkenaan dihasilkan dengan pelbagai inovasi terkini.

Selain mempunyai pelbagai teknologi terkini, Huawei MatePad Pro hadir dalam bentuk tablet, sekali gus memudahkan anda untuk bekerja di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Tablet ini juga sesuai untuk pelajar institusi pengajian tinggi berikutan kepelbagaian spesifikasi yang didatangkan dalam tablet berkenaan.

Berbeza dengan jenama lain, Huawei membangunkan perisiannya sendiri, menjadikan tablet ini tidak perlu bergantung pada mana-mana teknologi. 

Ringan, reka bentuk menarik dan ditambah perisian yang direka khusus antara ciri yang perlu ada dalam sesebuah tablet, dan semuanya ada pada Huawei MatePad Pro.

Tablet canggih ini didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Midnight Grey and Pearl White dengan spesifikasi 8GB RAM and 256GB ROM. Anda juga boleh membeli papan kekunci pintar bermagnet (RM499) dan Huawei M-Pencil (RM299).

Bagaimanapun, bersempena dengan Karnival  Huawei AppGallery yang bermula 19 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020, orang ramai berpeluang membeli pakej istimewa (bundle package) merangkumi Huawei MatePad Pro, papan kekunci pintar bermagnet dan Huawei M-Pencil hanya pada harga RM2,898!

Pengguna boleh melayari Huawei AppGallery di laman https://shop.huawei.com/my/april2020-new-launches.html untuk membuat sebarang pembelian produk Huawei.

Jangan ketinggalan mendapatkan pelbagai tawaran hebat daripada jenama kesayangan ramai ini dan mungkin anda antara pemenang bertuah satu daripada hadiah yang ditawarkan iaitu tiga Proton X70s atau 500 skuter elektrik!

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keunikan tablet terbaharu Huawei ini, berikut diringkaskan tujuh keistimewaannya:

1. Peranti unggul dengan teknologi terkini

Huawei MatePad Pro ialah tablet pertama di dunia yang mempunyai paparan Huawei FullView dengan paparan 16:10 berukuran 10.8 inci dalam perkakasan paling nipis. Tablet itu juga pertama seumpamanya di dunia yang mempunyai ciri pengecasan tanpa wayar berlawanan yang membolehkan pengguna mengecas peranti lain yang mempunyai fungsi pengecasan tanpa wayar.

2. Mengubah cara melihat dan membaca dengan Huawei App Multiplier

Tablet ini mempunyai APP Multiplier, satu-satunya ciri daripada Android yang membolehkan paparan skrin berganda daripada satu aplikasi. Ciri berkenaan membolehkan pengguna melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, misalnya pengguna boleh membuat perbandingan barang dalam pelbagai aplikasi pada paparan skrin yang sama.

3. Pengalaman perkongsian interaktif baharu dengan Huawei Share

 

Dengan meminjam teknologi EMUI10, Huawei Share membolehkan Kolaborasi Pelbagai Skrin yang merapatkan jurang antara telefon pintar dengan tablet menerusi kerjasama, pertukaran data dan kawalan pelbagai skrin. Secara tidak langsung sistem itu memudahkan telefon pintar mengakses papan kekunci, skrin dan sistem bunyi tablet.

4. Mengubah cara bekerja

Huawei MatePad Pro mempunyai ciri yang membolehkan tablet itu bertukar kepada fungsi komputer peribadi apabila dihubungkan dengan papan kekunci bermagnet. Huawei turut menawarkan penstoran 50GB Huawei Cloud secara percuma selama 12 bulan bagi kumpulan pelanggan pertama.

5. Memuat turun kandungan drama dan video dengan Huawei Video

Aplikasi ini menawarkan pelbagai pilihan hiburan tempatan dan antarabangsa seperti TVB, Mango TV, Kini TV, Daily Motion, Stingray dan dimsum. Pengguna boleh menonton lebih daripada 1,000 video dan bersempena dengan PKP, Huawei Malaysia memberikan tiga bulan akses premium percuma.

6. Kongsi perspektif baharu dengan Huawei Meetime

Teknologi eksklusif Huawei ini pertama kali diperkenalkan di pasaran yang membolehkan pengguna berkongsi skrin ketika membuat panggilan, selain mengambil nota dan mencoret perkara yang perlu dilakukan pada skrin.

7. Kadar kepuasan pengguna hampir 100 peratus

Ketika dilancarkan di China tahun lalu, Huawei MatePad Pro menerima undian hampir 100 peratus daripada pengguna yang berpuas hati dengan tablet berkenaan.

Gambar: Kredit Huawei

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 18 May 2018

Stres Dengan Masalah Bintik Hitam Pada Wajah? Cuba 4 Tip Berkesan Ini

Kalau nak hilangkan bintik-bintik hitam yang degil dekat wajah, anda boleh cuba cara ini. Memang berkesan!

Featured Thu, 10 May 2018

Serangga Masuk Ke Dalam Telinga Anak Anda? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Ini boleh menyebabkan anak anda berasa takut, tak selesa atau sakit jika dibiarkan.

Featured Mon, 30 Oct 2023
Featured Sun, 7 May 2023
Featured Sat, 11 Jun 2022

Guru Sekolah Temukan Jasad Eril Terima Penghargaan – “Danke Mrs. Geraldine. Hatur Nuhun. Terima Kasih”

Salam Takziah untuk Ridwan Kamil sekeluarga 😢❤️ Terima kasih Mrs. Geraldine atas jasanya. Al-fatihah 🥀