Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Featured By: Yanie Baharom September 20, 2019 @ 2:00pm

Deodoran garam mineral ini pernah tular, apa yang hebat sangat?

Deodoran atau penyahbau bukan satu topik menarik untuk dibualkan, namun ia penting bagi memastikan anda berasa selesa kala keluar bekerja atau ketika melakukan sebarang urusan di luar kerana ia mengawal bau badan anda.

Jarang kita dengar kisah mengenai deadoran menjadi tular dan apa yang hebatnya mengenai satu jenama deodoran ini sehingga diperkatakan ramai?

Bagaikan rezeki turun dari langit, sekitar dua minggu lalu penulis menerima bungkusan daripada Total Image yang mengandungi dua produk popularnya iaitu Total Image Collagen dan Collagen Plus termasuk deodoran Smelly No More yang tular baru-baru ini.

Penulis memilih untuk bercakap mengenai deodoran Smelly No More terlebih dulu memandangkan produk ini hangat diperkatakan.

Kenapa setiap orang perlu memakai deodoran?

Bau badan berlaku akibat tindak balas peluh dan bakteria. Peluh sebenarnya tidak berbau dan proses ini berfungsi sebagai satu cara semula jadi badan untuk menyingkirkan toksin.

Bakteria merupakan punca utama bau badan di mana bakteria memecahkan peluh kepada asid lemak berbau. Kebanyakan deodoran komersial di pasaran sama ada berfungsi dengan menghentikan proses semula jadi perpeluhan atau menutup bau dengan wangian.

Oleh itu, deodoran komersial kebanyakannya kurang berkesan dalam mengatasi punca utama bau badan.

Deodoran Smelly No More ini ternyata berbeza dengan produk deodoran yang lain. Keadaan fizikalnya keras seperti kristal kerana ia adalah 100 peratus garam mineral semula jadi.

Antara kelebihan garam mineral yang terdapat di dalam deodoran keluaran Total Image, mampu mencengah bakteria daripada membiak. Bebas bakteria bererti pengguna bebas daripada masalah iritasi dan keradangan.

Penulis skeptikal pada mulanya sehinggalah menggunakan produk ini lebih seminggu yang lalu. Bagi seorang yang biasa menggunakan deodoran yang berbau wangi, penulis agak kurang yakin pada mulanya dengan deodoran Smelly No More ini, bimbang ia kurang efektif  kerana ia langsung tidak mengandungi bahan pewangi.

Mungkin juga bagi yang baru mencubanya kurang berasa puas kerana ia bersifat kering seolah-olah tidak memakai apa-apa. Berbeza dengan deodoran lain yang bertekstur cecair atau mineral, namun jika anda berasa seperti memakai deodoran anda sebenarnya boleh memilih Smelly No More dalam bentuk semburan.

Walau bagaimanapun, selepas seminggu menggunakannya penulis menyedari badan tidak berbau bahkan tona kulit pada bahagian yang disapu dengan baan penahbau itu menjadi semakin cerah.

Meskipun tidak dapat membuktikannya secara visual, namun inilah perubahan baik yang berlaku yang harus diketahui umum. Pun begitu, pengalaman setiap orang mungkin berbeza-beza.

Apa kebaikan penyembur deodoran Smelly No More?

* Tahan lama.
* Berasaskan alam dan air.
* Mudah dan nyaman untuk digunakan.
* Dibuat daripada garam mineral semula jadi.
* Menghalang pertumbuhan bakteria yang merupakan sumber sebenar bau badan.
* Tidak menghitamkan kulit.
* Tidak melekit dan berminyak.
* Bebas alkohol.
* Tidak mengotorkan pakaian.
* Tidak mengandungi Aluminium Chlorohydrate.

Untuk pengetahuan umum, produk ini juga boleh digunakan pada kawasan bermasalah seperti ketiak, leher, belakang lutut, tapak tangan dan tapak kaki. Ianya juga disyorkan untuk inividu yang kerap berpeluh atau mereka yang sering melakukan aktiviti-aktiviti berat seperti atlet sukan.

Sesuai untuk semua, produk ini bukan saja menghindarkan bau badan tetapi juga selamat digunakan dan ekonomikal.

Total Image Collagen Plus

Manakala produk yang ini pula, umum mengeahui semakin meningkat usia seseorang semakin berkurangan kadar kolagen dalam badan, terutama pada kulit wajah.

Apa itu kolagen? Kolagen merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Tahap penghasilan kolagen dalam badan menurun pada kadar 1.5 peratus  setiap tahun bermula dari usia 20-25 tahun, jika dibiarkan maka pada usia 40 tahun wanita akan kehilangan 30 peratus sumber kolagen dalam badan. Akibatnya, keanjalan kulit dan tahap kolagen dalam kulit, tulang dan otot semakin mengendur dan berkurangan bila usia semakin meningkat.

Bahkan boleh memberi kesan kepada kedutan, garis halus, jeragat, kulit kendur, kusam, bintik-bintik hitam, keguguran rambut, tulang rapuh, artritis dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Proses ini dipercepatkan dengan pendedahan luaran seperti sinaran ultra ungu dan radikal bebas yang akan merosakkan kulit. Hasilnya, kulit menjadi lemah, nipis dan tanda-tanda penuaan juga lebih ketara.

Terdapat lima cara untuk meningkatkan kadar kolagen secara alami iaitu tidur yang mencukupi, pemakanan seimbang, bersenam dan rutin penjagaan kulit yang betul termasuk apa yang dipanggil jalan pintas iaitu mengambil makanan tambahan seperti Total Image Collagen/Collagen Plus.

Produk ini sudah berada dipasaran sejak 28 tahun yang lalu. Jika dahulu hanya golongan wanita matang yang menggunakan kolagen, tapi kini rahsia kecantikan ini sudah boleh dikongsi dengan anak-anak perempuannya.

Kandungan formula kolagen hidrolisis tulen mempunyai molekul yang lebih kecil untuk penyerapan yang lebih pantas dan berkesan dalam menembusi sel kulit secara optimum. Ia terbukti secara klinikal serta dapat dilihat kesannya dalam masa yang singkat.

Kolagen berbentuk tablet ini berasal dari Amerika Syarikat dan boleh diambil dua biji setiap hari sebelum waktu makan, namun untuk melihat kesan yang lebih pantas, ambil empat biji setiap hari dalam tempoh tiga bulan.

Dengan pengambilan kolagen, wanita boleh menjaga dan mengekalkan keanjalan kulit wajah sekali gus melambatkan kesan penuaan. Paling penting ia disahkan halal oleh Islamic Services Of America dan telah didaftarkan serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pesanan terakhir, jangan lupa mencuba dua produk ini. Itu tandanya anda sayang dan mengambil berat terhadap diri sendiri!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 27 Mar 2020

5 cara mudah basmi kutu di kepala si kecil

Kutu kepala buat si kecil rengsa

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
familuv Mon, 25 Mar 2019

6 jenis gambar kanak-kanak yang tidak patut dikongsi di media sosial

Jangan dedah anak kepada ‘pemangsa’ dalam talian.

Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Makanan Bantu Tingkatkan Nafsu Seks!

Kita selalu dengar tentang ungkapan kehidupan bagaikan roller coaster. Namun, kita tidak sedar keghairahan nafsu seks wanita juga seperti roller coaster, ada turun dan naiknya. Ada waktu cukup membara, tapi ada ketika, ‘selera’ pun tak […]

Featured Wed, 10 Mar 2021

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Elfira Loy Dikhabarkan Hamil Anak Kedua?

Dengar kata, Rayyan bakal dapat adik.. Betul ke?

Featured Mon, 27 Apr 2020

Terlontar di Serada, Nysakapas bangkit mula langkah baru!

Keluar masuk kedai demi ilmu batik terap

Sihat Wed, 26 Sep 2018

Sinonim Dengan Panggilan Bunga Kubur, Melur Banyak Khasiatnya

Bunga melur dapat atasi masalah jeragat dan pigmentasi.

Featured Wed, 21 Apr 2021

Elak Langgar SOP Rumah Terbuka, Pihak Polis Adakan Pemeriksaan Di Rumah Sempena Aidilfitri

Seperti Aidilfitri tahun lalu, pihak polis akan membuat pemeriksaan di beberapa rumah untuk mengelakkan ketidakpatuhan SOP. Difahamkan, pihak polis juga akan membuat pemeriksaan mengejut dari rumah ke rumah untuk memeriksa surat kebenaran rentas negeri. Perkara […]

Featured Wed, 25 Apr 2018

Tidak Hanya Indah Dipandang, Wangi Dicium. Bunga Juga Bermanfaat Untuk Kesihatan

Di Taiwan, makan kelopak bunga mawar yang dicelup dengan madu sudah menjadi amalan kerana kandungan fenolat yang bersifat anti radang selain kaya dengan vitamin bagi mengurangkan risiko barah, kencing manis dan sakit jantung.

Acara Wed, 7 Aug 2019

| Live TV