Featured By: Ad Ops June 25, 2018 @ 12:00pm

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Memegang tanggungjawab sebagai ibu yang bekerja memang mencabar. Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja. Masa 24 jam sehari seolah-olah tidak pernah mencukupi di samping urusan kerja yang tidak pernah berhenti.

Disebabkan itu, menjadi ibu yang bekerja memiliki risiko yang lebih besar untuk mengalami tekanan dan jika perkara ini tidak ditangani dengan betul, mereka berpotensi berhadapan dengan depresi atau kemurungan.

“Apabila seorang ibu yang baru melahirkan anak mula bekerja semula, dia perlu memikul begitu banyak tanggungjawab. Dia perlu memastikan anak yang baru dilahirkan serta rumahtangganya diurus dengan baik, tanggungjawab kepada suami perlu dipenuhi dan pada masa sama, dia juga perlu memastikan semua tugasan di tempat kerja dilaksanakan dengan sempurna.

“Semua tanggungjawab yang tidak henti-henti itu boleh menimbulkan tekanan kepada seorang ibu kerana terlalu banyak perkara yang dia perlu fikirkan dan tangani.

Dia mungkin berasa bersalah meninggalkan anak dengan penjaga dan akan berasa bimbang adakah anaknya dijaga dengan baik, lebih-lebih lagi bila anak itu tidak sihat,” ujar Doktor Perubatan Keluarga, Dr. Rohaya Ramli mengulas mengenai masalah depresi di kalangan ibu bekerja.

“Bukan itu sahaja, dia pasti tidak cukup tidur kerana terpaksa bangun awal pagi untuk menguruskan anak-anak serta menyiapkan sarapan. Kemudian dia perlu bergegas ke tempat kerja, bekerja sehingga ke petang, balik semula ke rumah untuk memasak dan menguruskan anak-anak serta rumahtangga.

Dia juga sudah semestinya tidur begitu lewat malam,” tambahnya sambil memberitahu depresi boleh menimbulkan masalah kesihatan jika tidak ditangani dengan baik.

Jika berhadapan dengan masalah kemurungan, dapatkan nasihat profesional dengan kadar segera.

“Tekanan yang dialami boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit kepala, insomnia, merasa bimbang serta resah, sakit gastrik dan juga mudah dijangkiti kuman serta menyebabkan demam, selsema dan sebagainya. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengalami tekanan, daya tahan jangkitannya akan menurun.

Jika berterusan dan ibu ini berdiam diri sahaja, tidak berbincang dengan suami dan ahli keluarga, ia boleh membawa kepada penyakit kemurungan atau depression yang serius dan memerlukan rawatan  daripada pakar psikiatri,” kata Dr. Rohaya lagi.

Berikut merupakan tips yang sempat dikongsi oleh beliau tentang bagaimana mengatasi masalah depresi di kalangan ibu bekerja.

1) Perancangan yang teliti

Bagi pasangan yang baru berumatangga, perlu membuat perancangan teliti dari semua segi seperti hal kewangan serta siapa yang akan menjaga anak yang bakal lahir sebelum memulakan keluarga.

Berbincanglah dengan ahli keluarga atau carilah pusat penjagaan kanak-kanak yang anda yakini untuk menjaga anak anda nanti. Jika semua ini telah dirancang, ia mungkin dapat mengurangi tekanan atau stress.

2) Bantuan ahli keluarga

Tugasan di rumah seperti mengemas, membasuh pakaian, memasak dan lain-lain haruslah diagihkan di antara semua ahli keluarga yang tinggal bersama iaitu suami dan anak-anak yang lain.

Dengan itu, ibu yang bekerja tadi, bila pulang ke rumah, boleh menumpukan perhatian kepada bayi yang baru lahir dan tidak terlalu penat dengan rutin yang dilaluinya.

3) Sokongan daripada majikan

Di tempat kerja pula, ibu tersebut boleh berbincang dengan majikan sama ada dia boleh bekerja mengikut jadual flexihours. Selain itu, kebanyakkan pejabat sekarang ada menyediakan nurseri dan juga bilik khas untuk mengepam susu.

Ibu yang bekerja boleh menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut jika sesuai. Ia sedikit sebanyak dapat membantu ibu yang bekerja agar tidak tertekan.

4) Rawatan dari pakar

Akhir sekali, jika anda berasa begitu tertekan dan ada simptom-simptom seperti sakit kepala, insomnia, dan sebagainya, janganlah berdiam diri. Berjumpalah dengan doktor atau kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang sewajarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Jun 2022

[VIDEO] “Bagai Pinang Dibelah Dua…” – Nampak Sweet Bersama, Netizen Cuba Jodohkan DSV & Michael Ang

Apa salahnya kalau berjodoh kan… Lagipun dua-dua tengah single lagi 🤭

Eat Travel Mon, 12 Nov 2018
Featured Thu, 12 Oct 2023
Featured Tue, 23 Jan 2024

Shuib Patuh Bayaran KWSP Pekerja, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Netizen Sengaja Sebar Fitnah

Pelawak dan usahawan Shuib tampil menjelaskan mengenai desas-desus kononnya ada individu meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai pembayaran Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih lagi belum diterimanya sejak tahun 2022 sehingga 2023. Katanya, pihak […]

Gaya Hidup Thu, 24 Jan 2019