Eat Travel By: tex_admin October 9, 2019 @ 8:55pm

Destinasi percutian hujung minggu yang pasti berbaloi!

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Hujung minggu merupakan waktu yang sesuai untuk anda dan keluarga atau sesiapa sahaja merancang percutian singkat ke mana-mana kawasan pelancongan yang menarik di sekitar semenanjung Malaysia.

Oleh kerana masa yang singkat, tentunya pemilihan tempat dan jarak yang tepat serta berkualiti amat penting bagi memastikan percutian hujung minggu menjadi aktiviti dan pengalaman yang berbaloi.

Sehubungan itu, Hijab & Heels berkongsi dengan anda beberapa destinasi percutian hujung minggu yang menarik dan boleh dilawati bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga.

Kampung Warisan Terrapuri (Setiu Terengganu)

Foto: Terrapuri

Kampung Warisan Terrapuri adalah kawasan peranginan yang dibina berdasarkan reka bentuk binaan rumah dan juga suasana perkampungan di daerah tersebut pada abad ke-17. 

Terletak di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, terdapat lebih kurang 20 vila, galeri dan juga rumah pantai tradisional masyarakat tempatan Terengganu yang dibaik pulih untuk pengunjung menginap serta menikmati seni bina dengan suasana yang pastinya sangat unik dan mengujakan.

Selain itu, kawasan peranginan yang menghadap laut China Selatan ini juga menyediakan perkhidmatan untuk aktiviti yang menarik seperti siri lawatan ke Terengganu, kawasan perlindungan kelip-kelip, spa tradisional, aktiviti kayak dan banyak lagi aktiviti yang berkaitan dengan tradisi termasuklah alam semula jadi.

Foto: Terrapuri

Foto: Terrapuri

Foto: Terrapuri

The Sticks (Fraser Hill, Pahang)

Foto: The Sticks

Terletak di tengah-tengah hutan Bukit Fraser, tempat ini menyediakan peluang buat pengunjung untuk betul-betul merasai pengalaman tinggal di dalam hutan.

Dikelilingi dengan pokok-pokok hutan hijau dan sungai yang belum tercemar, The Sticks turut menyediakan tempat penginapan yang direka dengan pelbagai gaya binaan yang mendekatkan lagi pengunjung dengan alam.

Disertai kemudahan restoran yang disediakan di dalam kawasan tersebut, pengunjung hanya perlu duduk dan menikmati keindahan alam bersama keluarga ataupun rakan-rakan sepanjang hujung minggu di sana

Foto: The Sticks

Foto: The Sticks

Foto: The Sticks

The Plantation Project (Bentong, Pahang)

Foto: The Plantation Project

Pengunjung yang datang ke sini berpeluang untuk merasai pengalaman tinggal di ruang tidur, ruang tamu dan dapur yang dibina berasaskan konsep futuristik dan terbuka. 

Kawasan peranginan yang terletak di tengah-tengah kawasan hutan Karak, Pahang ini dijana dengan kuasa solar dan sistem tapisan air yang sifar pencemaran. 

Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan pengunjung sepanjang keberadaan mereka di sana seperti aktiviti sukaneka, barbeku dan juga bermandi manda di kolam mahupun sungai berdekatan.

Foto: Agoda

Foto: TripAdvisor

Foto: The Plantation Project

Foto: The Plantation Project

Farmville Cafe and Homestay (Sekinchan, Selangor)

Foto: sevenpie.com

Farmville Cafe and Homestay adalah sebuah tempat yang didirikan daripada hiasan dan gubahan kontena yang pasti menginspirasikan kembali kreativiti pengunjungnya. 

Apa yang lebih menarik, kawasan yang dipenuhi dengan ciptaan besi dan kontena ini juga menjanjikan pemandangan kawasan sawah padi yang terkenal di kawasan tersebut.

Hal yang demikian pastinya memberikan pengalaman hujung minggu yang sangat menyenangkan di samping anda berpeluang melawati beberapa tempat menarik yang ada di situ.

Tempat menarik berdekatan:

  • Kilang padi
  • Pantai Redang 
  • Kawasan sawah padi berkenaan boleh dilawati melalui perkhidmatan sewa basikal
  • Ladang bunga orkid La Familia
  • Taman Alam Kuala Selangor
  • Kawasan aktivit melihat kelip-kelip dan burung helang

Foto: FarmVille Cafe & Homestay

Foto: FarmVille Cafe & Homestay

Foto: FarmVille Cafe & Homestay

Kampung Buluh Bambu (Hulu Langat, Selangor)

Foto: Bamboo Village

Pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk tinggal di rumah yang diperbuat daripada pokok buluh bambu semula jadi, malah kawasan di sekitar kampung tersebut turut menempatkan taman dan juga kolam yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan serta haiwan semula jadi.

Tempat menarik berdekatan:

  • Kolam air panas Sungai Serai
  • Kolam air panas Batu 16 
  • Trek hutan Gunung Nuang
  • Lokasi tinjau Kuala Lumpur
  • Air Terjun Sungai Gabai 
  • Sungai Congkak 

Foto: Bamboo Village

Foto: Bamboo Village

Foto: Bamboo Village

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 May 2018

Serangga Masuk Ke Dalam Telinga Anak Anda? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Ini boleh menyebabkan anak anda berasa takut, tak selesa atau sakit jika dibiarkan.

Featured Thu, 24 Jun 2021

Tarikh Bayaran i-Sinar Julai 2021 Dan Cara Semak (Bulan Terakhir Kategori 2)

Isu i-Sinar masih lagi menjadi perdebatan hangan netizen di laman sosial. Ramai tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Sinar bulan Julai akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Sinar? Baca artikel berkaitan : […]

Featured Wed, 13 May 2020
Featured Thu, 13 Oct 2022

Prekuel Filem Mat Kilau Tiada Syamsul Yusof, Adi Putra, & Beto Kusyairi… Ini Penjelasan Penerbit Studio Kembara

Filem Prekuel Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan katanya akan lebih gempak. Tapi agak-agak kenapa tiada Adi Putra & Beto ek? 🤭