Acara By: Ad Ops May 19, 2018 @ 7:37pm

Detik Bersejarah Majlis Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle

Tanggal 19 Mei 2018 menyaksikan satu detik bersejarah apabila pewaris keenam takhta British, Putera Harry, 33  disatukan dengan pasangannya, aktres Meghan Markle, 36.

Foto: Istana Kensington

Pasangan ini disatukan di Quire of St George’s Chapel, Istana Windsor sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan.

Pastinya pada saat ini, seluruh masyarakat dunia teruja menyaksikan secara langsung perkahwinan diraja ini.

Antara tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan pasangan ini ialah Oprah Winfrey, Serena Williams, Elton John, George Clooney, David dan Victoria Beckham, Priyanka Chopra serta ramai lagi.

Foto: CNN

Foto: CNN

Foto: CNN

Lebih 100,000 rakyat dilaporkan sudah mengerumuni jalan-jalan di bandar tersebut untuk sama-sama meraikan hari bahagia pasangan tersebut.

Foto: Washington Post

Foto: Washington Post

Foto: Washington Post

Perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle juga dijangka ditonton oleh jutaan pengikut keluarga diraja Britain dari seluruh dunia menerusi live-streaming.

Foto: CNN

Anda juga boleh sama-sama meraikan detik bersejarah ini dengan menyaksikan live-streaming perkahwinan diraja ini di pelbagai platform antaranya Youtube The Royal Family, Washington Post, The Royal Family Channel, Global News dan BBC News.

Menariknya, pernikahan pewaris takhta diraja Britain dengan pelakon drama Suits ini juga ditayangkan di hampir 200 buah panggung wayang seluruh Amerika Syarikat. Siaran tersebut dikendalikan oleh Fathom Events dan Britbox, menerusi layanan langganan dari BBC Studios dan ITV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Jun 2022

[VIDEO] “Nampak Pondan Sikit Terus Ketawa…” – Solat Di Surau, Lelaki Lembut Terkilan Kena Ejek

Sepatutnya kita kena bagi sokongan dekat mereka bukannya perlekeh usaha mereka nak beribadah 😑 Apapun teruskan beristiqamah…

Acara Fri, 6 Sep 2019
Featured Mon, 17 Apr 2023
Featured Wed, 7 Dec 2022

“Saya Ambil Peluang Mengubati Kerinduan…” – Zamani Hanya ‘Memanaskan Badan’

Kuat semangat Zamani ni. Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya

Featured Mon, 3 Apr 2023

Video Tak Pernah Bangun Sahur Dikecam, Reen Rahim Hilang 1.6 Juta Pengikut Di TikTok Gara-Gara…

Haa itulah netizen ni cepat sangat buat andaian sendiri.. Banyak tu 1.6 juta followers hmmm

Featured Tue, 26 Apr 2022