Featured By: Yanie Baharom March 15, 2018 @ 11:49am

Diberi Jolokan Maldives Indonesia, Pulau Derawan Buat Anda Enggan Pulang!

Pulau Derawan memiliki hamparan pasir putih yang mampu memikat para pengunjung. Air yang jernih menjadi daya tarik tersendiri bagi para penyelam.

Sekiranya hobi anda diving atau snorkeling, di sinilah tempatnya. Anda bakal merasai pengalaman berenang bebas bersama penyu-penyu. Bahkan kita dapat menyaksikan penyu-penyu itu berenang, hanya dengan duduk di hujung jambatan kayu yang mengarah ke laut. Sesekali penyu-penyu itu nampak berkeliaran di sekitar cottage di sekitar pesisir pulau.

Foto: maritimtours

Pulau yang terkenal dengan jolokan Maldives Indonesia itu, sememangnya sebuah pulau yang mempesonakan dengan pesisiran serta kehidupan laut yang berbagai.

Terletak di Laut Sulawesi, di pesisir Kabupaten Berau, Kalimantan Timur, kepulauan ini terdiri atas enam gugusan pulau besar termasuk Pulau Sangalaki, Pulau Kakaban, Pulau Maratua, Pulau Panjang, Pulau Samama, serta beberapa pulau kecil dan gugusan karang.

Foto : maritimtours

Di sekitar perairan Pulau Derawan, terdapat taman laut yang digunakan untuk pelancong melakukan akiviti diving dan snorkeling dengan kedalaman kurang lebih 5 meter.

Di taman laut ini terdapat beraneka macam jenis hidupan laut antaranya terumbu karang, sotong, kuda laut, sotong gurita, ikan pipa, belut pita, dan ikan kala jengking.

Foto : maritimtours

Menjanjikan keterujaan berganda buat pengunjung, di sekitar Pulau Derawan turut terdapat beberapa pulau lainnya yang  memiliki keunikan pantainya yang tersendiri.

Di mana anda boleh menemukan ikan pari hitam yang memiliki lebar diameter 6 meter, ketam kelapa, ikan lumba-lumba, penyu hijau, penyu sisik, paus dan dugong.

Foto : maritimtours

Dengan keindahan pantai dan hidupan lautnya, tidak hairan mengapa Pulau Derawan saat ini menjadi salah satu destinasi kegemaraan para pelancong baik tempatan mahupun foreigner selain menduduki tangga tiga teratas di dunia sebagai salah satu lokasi menyelam antarabangsa.

Jika anda merancang untuk menikmati percutian di Pulau Derawan, jangan risau kerana terdapat banyak penginapan di sana bersesuaian bajet pelancong dari yang murah hingga paling eksklusif. Antaranya Derawan Dive Lodge, Maratua Paradise Resort dan Nabucco Island Resort.

Foto : maritimtours

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Jun 2019
Featured Mon, 8 Jan 2018

Amalkan 5 Cara Ini Untuk Hilangkan Daki Badan Ketika Mandi..Jom Sental!

“Eh Man, Mama tengok mandi berjam-jam lama, tapi cuba Man pergi tengok kat cermin kejap. Kat leher tu banyak lagi daki. Kena sental betul-betul, macam tulah cara hilangkan daki yang betul. Bukan duduk bawah ‘shower’ […]

Featured Fri, 21 Dec 2018

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak tetapi herba jugak baik untuk kesihatan.

Featured Sun, 11 Nov 2018

Ingin Tahu Kenapa Orang Jepun Panjang Umur Dan Kurang Berpenyakit? Ini Jawapannya!

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga meminta masyarakat Malaysia untuk menjadikan orang Jepun sebagai contoh dalam kehidupan seharian.

Featured Mon, 19 Mar 2018

Kafe Masakan Mexico Ini Menghidangkan ‘Nachos Cheese’ Meleleh. Tengok Pun Dah Terliur!

Peminat cheese semua! Jom ke kafe Nachoslah di The Port, Damansara sebab ada hidangan istimewa untuk anda!

Featured Sun, 31 May 2020

Kerak usus punca perut boroi, betul ke?

Ketahui punca perut boroi

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

6 Bahan Makanan Biasa Yang Tak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk

Ada beberapa jenis makanan yang akan rosak dengan lebih cepat kalau disejukkan!

Featured Tue, 2 Jun 2020
Gaya Hidup Tue, 26 Mar 2019

Ini risikonya jika anda tidak mencabut selumbar yang tertusuk pada kulit

Jangan pandang remeh walaupun selumbar kecil sahaja.

| Live TV