Featured By: Nani Ramlee March 5, 2020 @ 4:23pm

DIY cecair pembasmi kuman, apa kata pakar?

Penyebaran wabak COVID-19 yang semakin meruncing membuatkan ramai yang bimbang dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah virus tersebut.

Di Malaysia, COVID-19 sudah mencatat sebanyak 50 kes yang disahkan positif setakat 4 Mac 2020, 11.00 pagi.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyarankan setiap individu untuk menggunakan air dan sabun sebagai langkah pencegahan yang paling efektif. Ini berikutan sabun dan air berkesan dalam membasmi pelbagai jenis mikroorganisma dan bahan kimia yang melekat pada permukaan tangan.

DIY hand sanitizer

Kredit gambar: 30Seconds

Selain mencuci tangan sehingga bersih dengan sabun, pemakaian topeng penutup hidung dan mulut serta penggunaan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer merupakan antara alternatif lain yang boleh dilakukan untuk mencegah kuman koronavirus.

DIY hand sanitizer

Kredit gambar: Associated Press

Bagaimanapun, ekoran peningkatan kes COVID-19 yang semakin tinggi, ramai yang berpusu-pusu mencari topeng muka dan cecair pembasmi kuman sehingga barangan itu kehabisan stok. Kesukaran untuk mendapatkan cecair pembasmi kuman juga membuatkan ramai orang mengambil inisiatif dengan tampil kreatif untuk membuat sendiri cecair pembasmi kuman itu.

Terdapat banyak video dan artikel yang dikongsi di Internet menunjukkan cara-cara membuat sendiri cecair pembasmi kuman di rumah.

DIY hand sanitizer

Kredit gambar: Living Locurto

Menurut CDC, cecair pembasmi kuman yang berkesan perlu mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol bagi menghindari penyebaran penyakit berjangkit.

Bagaimanapun menerusi artikel di CNN, Prof Madya Kesihatan Awam di University California, Irvine, Daniel Parker memberi amaran terhadap idea melakukan sendiri cecair pembasmi kuman di rumah.

“Saya bimbang akan orang yang membuat sanitizer mereka sendiri kerana sukar untuk memastikan kepekatannya yang betul. Jika dibuat secara salah, ia boleh menjadi sangat berbahaya,” kata Daniel Parker kepada CNN.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan panduan rasmi tentang pembuatan cecair pembasmi kuman, tetapi panduan itu adalah untuk negara yang tidak mempunyai akses kepada air bersih.

cuci tangan dengan betul koronavirus

Kredit gambar: New York Post

CDC turut berkongsi cara terbaik dan efektif untuk mencegah penyebaran koronavirus adalah dengan mencuci tangan dengan sabun dan air. Jangan panik jika cecair pembasmi kuman kehabisan stok.

Anda hanya perlu memastikan membasuh tangan dengan sabun dan air yang cukup, sekurang-kurangnya selama 20 saat dengan kerap untuk memastikan tiada jangkitan. Minum banyak air suam dan elakkan berkunjung ke tempat awam kerana ia mampu meningkatkan risiko terkena jangkitan. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Featured Tue, 23 Oct 2018

Beradu Sambil Ditemani Haiwan Marin, Bilik Neelofa RM208,000 Satu Malam, Wow!

The Muraka memberikan pengalaman seolah beradu di dalam akuarium!

Featured Sun, 3 May 2020
Eat Travel Thu, 27 Dec 2018

Kalau Ke Jaipur India, Jangan Lupa Singgah Di 5 Lokasi Ini

Kota bersejarah Jaipur turut dikenali sebagai Pink City!

Featured Wed, 20 Jun 2018

Jika Anda Selalu Letih Ketika Hamil, Sila Makan 5 Jenis Makanan Ini!

Anda boleh amalkan 5 jenis makanan ini untuk kekal bertenaga sepanjang proses kehamilan.

Gaya Hidup Tue, 8 Oct 2019

6 teknik regangan yoga mudah yang anda boleh amalkan di pejabat

Nak buat di meja kerja pun boleh. Mudah sahaja!

familuv Sat, 11 Apr 2020

KKM bimbang penularan baharu jika benarkan pelajar IPT pulang

Ibu bapa diminta bersabar, elak kluster baharu IPT!

familuv Mon, 15 Jul 2019

5 langkah didik anak untuk berhijab

Mula dari kecil atau tunggu besar sedikit?

Featured Tue, 28 Apr 2020

Tidak pasti jangan kongsi, tindakan tegas akan diambil!- Ismail Sabri

Amaran kepada mereka yang sebar berita palsu

| Live TV