Menghias rumah tidak semestinya memerlukan modal perbelanjaan yang besar. Dengan sedikit usaha dan ilham kreatif, sesuatu yang nampak biasa boleh bertukar menjadi luar biasa.
Menerusi ciapan di laman Twitter, @thezulfo, pemuda itu berkongsi cara dia dan isteri menghasilkan dekorasi meja sisi dengan hanya menggunakan duit syiling lama satu sen dan tali guni.
Siapa sangka daripada sebuah meja sisi yang kelihatan bosan dan polos, dengan sedikit sentuhan kreativiti, meja tersebut kini tampak lebih eksklusif dan menarik.
Beli this side table at Kaison. Bawak balik and assemble, nampak dull & boring pulak. So wife decided to elevate the look. Jumpa syiling 1 sen lama in a closet then came out with the idea to do this diy craft project.
???????????????????????? @OwhEylin pic.twitter.com/kpzRGhqrHW
— o ɟ l n z (@thezulfo) February 18, 2020
Luckily stok syiling lama 1 sen banyak, enough to cover permukaan meja ni. Plus buat tak layan for every comment section dekat IG yg tanya kalau ada old coins to sell ???? pic.twitter.com/hPncpZfLL4
— o ɟ l n z (@thezulfo) February 18, 2020
Bagi menampakkan meja kopi yang dihasilkan lebih stail, wanita itu turut memberi eleman kedesaan (rustic) dengan menghias kaki meja menggunakan lilitan tali guni.
Kaki meja pun nampak boring, so beli tali yg nampak rustic ni dekat Romantika kasi gulung2 untuk lebih stylish. pic.twitter.com/Azq56n4LG2
— o ɟ l n z (@thezulfo) February 18, 2020
Lihat sahaja hasilnya, daripada sebuah meja sisi yang polos, DIY yang dilakukan isteri pemuda itu bukan sahaja memberikan nafas baharu yang segar, malah unik dan mengagumkan.
Selain meja sisi, wanita itu turut menghias cermin biasa dengan menggunakan CD lama. Hasilnya memang kreatif dan cantik! Semoga memberi inspirasi kepada anda untuk menghias rumah tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.
Some other DIY craft project lain yg wife buat adalah this old cermin by Ikea, nama Malma. Dia elevate the look dengan tampal2 kepingan CD lama yg dipotong2 jadi mosaic macam ni. #IkeaHacks pic.twitter.com/idNjhPfALA
— o ɟ l n z (@thezulfo) February 18, 2020
Look at the result, terus jadi stylish. Berbaloi sakit2 tangan potong CD lama tu ???? pic.twitter.com/cG8ScEdbtJ
— o ɟ l n z (@thezulfo) February 18, 2020