Featured By: tex_admin March 15, 2018 @ 1:03pm

Doktor Bongkar Ais Mampu Bakar Lemak Dalam Masa 30 Minit. Wow, Kena Cuba Ini!

Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi ia juga mempunyai kebaikan yang tersendiri. Biasanya, kita akan dengar pandangan negatif saja kan mengenai ais ini? Tetapi, ais juga mampu membantu menjaga kulit wajah untuk kekal cantik, melegakan bengkak dan yang paling best mampu membakar lemak! Wow, hebat kan?

Percaya tak, dengan meletakkan ais selama 30 minit di kawasan yang berlemak mampu membakar lemak dengan cepat tau! Ini merupakan pendedahan oleh Dr. Philip Kern yang menyatakan bahawa keadaan sejuk mampu mengubah lemak putih iaitu lemak tepu kepada lemak coklat iaitu lemak yang mudah dibakar. 

Foto : Klinikapawlikowski

Setiap manusia mempunyai dua jenis tisu lemak yang berbeza. Lemak putih adalah jenis lemak yang berada pada kawasan perut dan pinggul. Apabila anda meletakkan ais di bahagian kawasan yang banyak lemak, ia akan menukar lemak putih kepada lemak coklat dan apabila keadaan lebih sejuk, seterusnya proses pembakaran lemak akan menjadi lebih cepat. Mudah je kan? Tak perlu berhabis duit untuk sedut lemak dekat klinik!

Menurut kebanyakan pakar juga, sekiranya anda banyak menghabiskan masa di dalam rumah atau di pejabat, badan tidak mampu membakar kalori secara semulajadi. Jadi, jika anda tidak ada masa untuk melakukan senaman, teknik meletakkan ais di kawasan yang berlemak ini sangat membantu okay!

Anda juga boleh mencuba teknik mandi ais yang merupakan salah satu terapi yang sangat bagus untuk menghasilkan aura positif dalam diri, membakar lemak, menguruskan badan, menguatkan tulang dan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Oleh itu, kalau nak kurus dan mendapat bentuk badan yang menarik jangan malas untuk mencuba teknik ini ya!

Sumber:The Telegraph

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Dec 2022
Featured Sun, 23 Oct 2022
Featured Fri, 14 Oct 2022
Featured Fri, 30 Nov 2018

Selain Membayar Rumah, Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Tujuan Ini

Langsaikan hutang PTPTN anak anda dengan skim Pengeluaran Pendidikan KWSP.

Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Tue, 13 Aug 2019
Gaya Hidup Thu, 30 Aug 2018

Ketahui Tip Paling Efektif Untuk Mencukur

Amat penting untuk melembutkan kulit sebelum bercukur untuk mengelakkan luka.

| Live TV