Featured By: Fadzlena Jafar March 18, 2020 @ 11:19am

Dr Amalina titip 8 panduan hindari jangkitan COVID-19

Wabak COVID-19 yang melanda 152 negara ketika ini kini sudah menyebabkan 181, 562 orang di seluruh dunia dijangkiti virus berkenaan.

Cara COVID-19 merebak dengan begitu cepat menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat dunia sehingga ada yang mengambil keputusan lari dari bandar dan tidak kurang juga yang melakukan pembelian panik.

Malangnya, tindakan penduduk kota ke luar dari bandar raya hanya akan menyebabkan penularan COVID-19 berlaku dengan lebih cepat. Malaysia kini mencatat dua kematian dengan 673 kes positif COVID-19.

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Mac 2020. Sumber Infografik Kementerian Kesihatan.

Dr Nur Amalina Che Bakri, warga Malaysia yang kini bertugas di sebuah hospital di London mengingatkan masyarakat supaya mematuhi arahan Kementerian Kesihatan setiap negara bagi membendung masalah berkenaan.

Menerusi hantaran terbaharunya dalam Instagram, beliau yang mempunyai lebih 684,000 pengikut di laman berkenaan berkata, kerjasama semua pihak diharap dapat membendung penularan COVID-19 itu.

“Kita bukan bersaing antara satu sama lain, kita sebenarnya sedang ‘berperang’ dengan virus ini. Tolong bantu  dan saling menyokong antara satu sama lain. Kekal selamat,” tulisnya.

Beliau yang pernah menjadi berita utama di Malaysia pada 2004  apabila mencatat sejarah memperoleh 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia, kini popular dalam kalangan pengguna media sosial bukan sahaja kerana sering memberikan pelbagai panduan kesihatan, tetapi juga tindakan pantasnya dalam membantu adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ketumbuhan Germ Cell Tumor, tahun lalu.

Pada masa sama, Dr Amalina turut memohon masyarakat dunia mendoakan keselamatan semua kakitangan kesihatan yang bertungkus lumus membantu pesakit COVID-19.

“Tolang doa untuk kami, kakitangan penjagaan kesihatan di seluruh dunia yang kini bekerja tanpa mengira masa bagi memastikan anda semua kekal selamat.

“Kepada semua rakan sejawat saya tidak kira di mana anda berada, setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat yang diberikan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

How to stay safe during this COVID-19 Pandemic? -Good self-hygiene. Please wash your hands regularly for 20 seconds. Alternatively, you can use alcohol hand sanitiser with at least 60% alcohol if hand washing is not readily available. -Do a ‘dab’ and cough/sneeze! Cough and sneeze into your elbow to avoid spreading the droplets to other people. -Social distancing. Please stay 1 metre away from other people. Please avoid shaking your hands. To those in Malaysia, please follow advice from Ministry of Health about ‘Movement restriction’. -To those of you in the UK, please work from home if possible (unless if you are a healthcare staff or other workers who need to be in). Please avoid non-essential contact with others, please avoid theatres, pubs, and other social venues and avoid unnecessary travel for 30 days. If you have a new continuous cough or high temperature, please self-isolate for 14 days from when the symptoms started (or 7 days if you live alone). Anyone who lives with someone who has symptoms should stay at home for 14 days. Check www.nhs.uk. -Please avoid contacts with elderly people and vulnerable people who are immunosuppressed. -Please don’t touch your face. Please wear a mask if you are symptomatic. Please don’t stockpile masks as we currently have a global shortage of masks and healthcare professionals need them to treat positive patients. -Please be sensible and DO NOT do panic buying. Please be considerate of others. Please only buy food supplies that you need and not stockpiling them at home. -Please DO NOT spread misinformation. Please check the sources before sharing them to your friends and family. DO NOT SHARE IF YOU ARE NOT SURE. Please only read information from credible sources like WHO, Ministry of Health, CDC and trusted doctors. This is a global effort, we are not racing against each other, we are racing against the virus. Please help and support each other, BE KIND. Please pray for us, healthcare professionals all over the world for working around the clock to keep everyone safe. To all my dear colleagues no matter where you are, thank you for your service. You can read further information in my blog www.DrAmalina.com.

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Berikut lapan panduan yang dititipkan Dr Amalina bagi menangani COVID-19:

1. Jaga kebersihan diri

Basuh tangan selama 20 saat dan lakukan ini dengan kerap. Sebagai pilihan jika tidak dapat membasuh tangan, guna cecair pembasmi kuman yang mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol.

2. Tutup mulut apabila batuk atau bersin

Jika tidak mempunyai tisu atau kain, batuk atau bersin ke atas siku anda bagi mengelakkan titisan yang keluar daripada mulut dan hidung anda merebak kepada orang lain. Jangan batuk atau bersin ke atas tapak tangan kerana anda mungkin menyentuh orang atau benda lain menggunakan tangan itu.

3. Jarakkan diri dari orang lain (social distancing)

Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang lain dan elak daripada bersalaman. Bagi rakyat Malaysia, patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

4. Kerja dari rumah (WFH)

Sebaik-baiknya, kerja dari rumah, kecuali pekerja kesihatan atau yang terbabit dalam kerja yang memerlukan mereka ke pejabat. Elak hubungan/perjumpaan yang tidak diperlukan, jauhi panggung wayang, kelab malam dan tempat sosial lain. Jangan melakukan perjalanan yang tidak penting selama 30 hari!

Jika anda batuk berterusan atau demam dengan suhu yang tinggi, dapatkan rawatan dan kuarantin diri anda selama 14 hari bermula dari gejala awal (atau tujuh hari jika anda tinggal bersendirian)

5. Elak mendekati orang yang berisiko

Elak berhubungan atau mendekati warga emas atau orang yang berisko iaitu yang mempunyai sistem pertahanan badan rendah seperti kanak-kanak dan warga emas.

6. Jangan sentuh muka

Jika anda mempunyai gejala berkaitan COVID-19, segera pakai topeng muka, namun jangan pula menyimpan topeng muka  dengan jumlah yang banyak kerana ketika ini kebanyakan negara berdepan dengan isu kekurangan topeng dan pekerja kesihatan memerlukan topeng muka untuk merawat pesakit yang positif COVID-19.

7. Jadilah masyarakat yang bijak

Bertimbang rasa dengan orang lain dan jangan melakukan pembelian panik. Buat seperti biasa, beli hanya barang makanan yang diperlukan bukannya menyimpan dengan banyak.

8. Jangan sebar maklumat tidak betul

Pastikan anda memeriksa sumber maklumat yang diperoleh sebelum menyebarkannya. Jangan kongsi jika anda tidak pasti.

Dapatkan maklumat anda daripada sumber yang sahih seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Kementerian Kesihatan, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) dan doktor yang boleh dipercayai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Jul 2021

Comeback is Real! Fafau & AG Kembali Ke Hot FM, Peminat Mahukan FBI Pula

Setelah hampir 5 tahun meninggalkan Hot FM, personaliti radio terkemuka, Fara Fauzana kembali menjalankan tugas di stesen terbabit bersama rakan penyampai, AG. Kehadiran Fara dan AG dijangka merancakkan lagi rancangan GPH bersama-sama Fad Bocey. Menerusi

Sihat Fri, 1 Jun 2018

Anda Komited Berpuasa Tapi Berat Badan Naik Juga, Di Mana Silapnya?

Patutnya makin berpuasa, makin kurus. Ini tidak, makin naik badan dibuatnya.

Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Eat Travel Mon, 5 Nov 2018

Ini Resipi Sorbet Buah-Buahan Yang Hanya Guna 2 Bahan Ramuan, Berkhasiat Tapi Sedap!

Di bawah ini ada resipi untuk 4 jenis buah berlainan.

Featured Fri, 20 Aug 2021

“Banyak Sektor Buka Bukan Kerana Selamat Tetapi Sebab Ekonomi” -DG Hisham

Umum maklum, bermula hari ini orang ramai yang berada di negeri atau daerah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 kini dibenarkan untuk makan di restoran sekiranya telah lengkap divaksinasi. Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri

Featured Thu, 14 Oct 2021

Netizen Berang Youtuber Berani ‘Prank’ Warga Emas Di Mall

Tular satu video yang dimuat naik oleh Youtuber, Mizan Majid di mana dia menerima kecaman daripada warganet susulan ‘content’ yang dianggap tidak sesuai dengan budaya Malaysia. Video berdurasi 9 minit itu kemudiannya dikongsi oleh seorang

Featured Fri, 23 Sep 2022

[VIDEO] Didakwa Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun! Bekas Isteri Minta Cliff Umar Tunaikan Janji – “Saya Dah Penat”

Alahai kesiannya dekat anak-anak lebih 10 tahun terabai 😥 Semoga ada jalan penyelesaian!

| Live TV