Featured By: tex_admin October 11, 2019 @ 11:42am

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi (STEM) adalah satu industri yang lazimnya didominasi oleh golongan lelaki. Selain digelar saintis, golongan yang bekerja di dalam bidang ini juga dikenali sebagai ahli akademik.

Terdapat beberapa statistik yang menunjukkan gejala ketidaksamarataan gender yang berlaku di dalam bidang yang menjadi asas kepada perkembangan dan juga kemajuan masyarakat dunia berkenaan.

Sebagai contoh, satu kajian menunjukkan 78 peratus daripada pengarang buku teks dalam bidang perubatan adalah lelaki sementara kajian lain pula menunjukkan peratus kejayaan dalam permohonan dana untuk sesebuah kajian oleh ahli akademik mahupun saintis lelaki adalah lebih tinggi iaitu 12.7 peratus, 3.9 peratus lebih tinggi daripada saintis wanita.

Foto: Juice Online

Bagaimanapun, segala cabaran di atas tidak sedikitpun menggentarkan Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim atau lebih dikenali sebagai Dr Amani daripada menghadapi rintangan demi menjadi saintis wanita muslim yang berjaya.

Nama Dr Amani mula terkenal selepas kejayaannya menjadi ketua sebuah program kajian agensi Pusat Angkasa dan Pentadbiran Angkasa (NASA) Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau juga merupakan wanita Malaysia pertama yang terlibat dalam pelancaran satelit NASA ke angkasa lepas, namun kejayaan wanita yang mula berhijrah ke Eropah seawal usia 17 tahun tidaklah dapat digapai dengan mudah.

Selain melalui fasa di mana beliau bertugas sebagai penggilap cermin di lab kajian universiti di tempat beliau belajar, norma masyarakat dan juga industri yang Dr Amani ceburi juga adalah suatu cabaran yang tidak boleh dipandang enteng.

Di dalam satu temu bual yang dikongsikan di Yotube, Dr Amani berkata, selain daripada masalah  kecetekan pengalaman, tahap integriti seseorang saintis wanita juga sering kali menjadi penghalang untuk  wanita itu berjaya.

“Hal ini berlaku kerana majoriti daripada masyarakat dunia masih lagi bersikap sinikal terhadap potensi yang dimiliki oleh seseorang wanita.

“Untuk mengatasi masalah ini, setiap wanita perlulah bekerja dua kali ganda lebih kuat daripada lelaki bagi membolehkan usaha mereka dihargai dalam bidang yang mereka ceburi. Tanyalah kepada mana-mana wanita yang berjaya menjadi ketua dalam bidang yang mereka ceburi, mereka pasti akan bersetuju dengan kenyataan saya,” katanya.

Foto: Malaysiakini

Ketekunan dan juga usaha keras yang dilakukan Dr Amani bermula semenjak daripada waktu pengajiannya di sana telah membolehkan beliau untuk diberi kepercayaan oleh agensi NASA pada tahun 2014 untuk mengetuai sekumpulan saintis yang mana majoritinya adalah lelaki pada ketika usianya baru 36 tahun..

Selain daripada itu, beliau juga adalah penerima anugerah ‘Young Investigator’ daripada Thora Halstead pada tahun 2012 hasil daripada kajian yang beliau lakukan di samping menjadi sukarelawan untuk program ‘Women of NASA’ di National and Space Museum, Amerika Syarikat.

Berbakti kepada masyarakat

Pada lewat tahun 2014, Dr Amani mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi melibatkan diri dalam projek kajian yang kesannya lebih boleh dirasai oleh masyarakat awam.

Di dalam temu bual bersama Malaysiakini, beliau berkata projek kajian terbaharunya itu dibuat dengan sasaran untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan.

Sebagai contoh, kumpulan pengkaji yang dibimbingnya telah membina sebuah sensor mudah yang amat berguna ketika bencana banjir kerana boleh menguji tahap kebersihan air daripada bakteria berbahaya

Di samping itu, Dr Amani dan kumpulannnya sedang dalam proses menghasilkan alat mengukur glukosa dalam darah yang boleh diulang guna dan murah.

Bersama atasi halangan

Foto: Says

Ketika mengulas mengenai langkah utama yang perlu dilakukan untuk membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan, Dr Amani berkata wanita di Malaysia perlu melepaskan diri mereka daripada belenggu norma masyarakat yang seringkali menjadi penghalang dalam perkembangan karier mereka.

“Antara norma kolot yang perlu diketepikan adalah perlu segera kahwin apabila mencapai usia tertentu dan juga sifat wanita itu seharusnya tidak boleh bercakap dengan kuat serta meninggikan suara.

“Norma seperti itu perlu diletakkan ketepi dan apa yang perlu dilakukan adalah kita wanita perlu fokus untuk mencari cara bagaimana kita boleh menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

“Wanita perlu sedar yang keamanan dan kestabilan dunia yang kita diami ini berlaku sebahagiannya kerana perempuan yang bergelar ibu.

“Jika kita berjaya menjadi seorang ibu yang penyayang dan terbaik buat anak-anaknya, dunia pastinya akan menjadi tempat yang lebih baik untuk kita sama-sama duduki.

Di samping itu, Dr Amani juga menekankan golongan wanita perlu bersikap proaktif dalam memperjuangkan hak mereka dengan cara menjadi ketua dalam bidang yang mereka ceburi dan juga terlibat sama dalam proses membuat dasar negara.

“Jika kita yang tidak bertindak, siapa lagi yang akan kita harapkan untuk mengatasi masalah yang kita hadapi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Dec 2022

“Semoga Dapat Future Husband Macam Tu” – Walau Ada Kerjaya & Wang Sendiri, Suami Tetap Beri Ain Edruce Duit Belanja

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce mendedahkan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa masih memberikan duit belanja kepadanya walaupun dia bekerja dan mempunyai wang sendiri. Hos Melodi TV3 itu mendedahkan perkara terbabit menerusi perkongsian di laman TikTok. “Bila […]

Events Fri, 13 Jan 2023
Featured Fri, 7 Dec 2018

Pusat Hiburan Tidak Dibenarkan Beroperasi Melabihi Jam 1 Pagi bermula 2019. Ini Berita Baik!

Pada si kaki clubbing, tiba masanya untuk anda mencari hobi yang lebih berfaedah!

Featured Sun, 28 Aug 2022
Featured Tue, 20 Dec 2022

Tajul Cedera Parah, Pengsan Gara-Gara Kehilangan Banyak Darah

Allahuakbar luka tu.. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan