Featured By: Fadzlena Jafar May 22, 2020 @ 8:24pm

Dr Noor Hisham sambut hari pertama Aidilfitri bersama-sama petugas kesihatan

Bak kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Itulah yang dipegang Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sejak bergelar doktor perubatan, lebih-lebih lagi apabila menggalas jawatan berat selaku Ketua Pengarah Kesihatan.

Berbeza dengan orang ramai yang berpeluang untuk bercuti dan meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung pada pagi 1 Syawal, Dr Noor Hisham pula memilih untuk meraikan detik istimewa itu bersama-sama rakan sejawat di hospital.

Ketika ditanya media mengenai sambutan Aidilfitrinya, beliau tersenyum sambil dengan tegas menyatakan sambutan tahun ini sama seperti yang kelaziman yang dilakukannya sejak bergelar pegawai perubatan.

“Setiap tahun saya menyambut Hari Raya pertama di hospital, selepas solat Aidilfitri saya akan pergi ke hospital untuk bersama-sama petugas barisan hadapan yang bekerja.

“Tahun ini juga tiada bezanya, saya akan solat Aidiliftri di rumah, selepas itu ke hospital untuk bersama petugas kesihatan yang bekerja,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham (dua dari kanan) melihat mesin CT Scan ketika melawat Hospital Tuanku Najihah, Seremban, Negeri Sembilan pada 21 Mac 2017. (Gambar NSTP/AMRAN YAHYA)

Dr Noor Hisham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988 dan seterusnya menjadi Pakar Pembedahan Am di Hospital Kuala Terengganu pada 1994.

Sejak itu, beliau mencipta nama sebagai pakar kanser payu dara di negara ini dan kemudian dilantik Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am di Hospital Putrajaya pada 16 Ogos 2002.

Sebelum dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Kesihatan pada 1 Mac 2013, Dr Noor Hisham terlebih dahulu memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan bermula 1 Februari 2008.

Sebelum mengakhiri sidang media sebentar tadi, Dr Noor Hisham sempat meninggalkan pesan kepada semua rakyat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengucapkan selamat Aidilfitri.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua. Terima kasih,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019
Gaya Hidup Wed, 4 Jul 2018

Potong Buah Pun Ada Caranya, Jangan Main Potong Ikut Suka Hati

Boleh ‘potong’ mood la nak makan buah.

Eat Travel Tue, 24 Mar 2020

Resipi sushi tamago, mudah dan enak

Buat sendiri di rumah

Featured Sat, 19 May 2018

Tiada Kaitan DNA Namun Selebriti Hollywood Ini Memiliki Raut Wajah Seiras

Terbaru di laman YouTube memaparkan selebriti Hollywood yang mempunyai wajah seiras biarpun mereka sama sekali tidak mempunyai pertalian darah.

Featured Mon, 26 Nov 2018

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Selama ini kita gosok-gosok bahagian mata kita tanpa terfikir tentang akibatnya.

familuv Thu, 3 Jan 2019

6 Petanda Anda Keguguran Kandungan Ketika Hamil

Ada tanda yang tak perlu dikhuatiri pun.

Featured Thu, 25 Feb 2021

Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah & Negeri Bagi…

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran […]

Featured Fri, 29 May 2020
Featured Wed, 15 Apr 2020

| Live TV