Featured By: Fadzlena Jafar April 10, 2020 @ 10:30am

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Duchess of Cambridge yang ke-38 tahun pada 9 Januari lalu, Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) mengirimkan hadiah istimewa untuk isteri Putera William itu iaitu tas tangan vegan.

Tas tangan yang diperbuat daripada kulit epal itu, bukan sahaja 100 peratus mesra alam sekitar, bahkan kelihatan seperti tas tangan yang diperbuat daripada kulit asli.

Pengarah PETA, Elisa Allen, berkata tas tangan itu mempunyai kesan terhadap alam sekitar yang jauh lebih rendah berbanding tas tangan diperbuat daripada kulit binatang.

“Aksesori vegan ialah bahan yang menggunakan kulit buah-buahan dan lebih mesra alam sekitar serta tidak kejam terhadap haiwan berbanding penggunaan beg kulit asli.

“PETA berharap hadiah ini akan menggalakkan Duchess Kate Middleton untuk membuat keputusan yang lebih mesra alam sekitar dalam pemilihan pakaian dan aksesorinya. Begitu juga peminatnya yang diharap dapat mengikuti contoh beliau,” katanya kepada majalah Hello.

Hadiah untuk Duchess Kate Middleton tas tangan kulit vegan daripada Ashoka. (Gambar/kredit majalah Hello)

Tas tangan khusus untuk Kate Middleton itu adalah daripada Ashoka, jenama fesyen dari Perancis yang menyokong alam sekitar dan diperbuat daripada fabrik kitar semula menggunakan bahan terbuang berasaskan kulit epal.

Jenama itu antara pemenang Anugerah Fesyen PETA 2019  berikutan reka bentuk setiap produknya yang kreatif dan inovasi menerusi penggunaan bahan diperbuat daripada  kulit buah-buahan.

Tas tangan berharga £204 (RM1,099) itu mempunyai tiga bahagian termasuk dua poket dan apa yang lebih menarik, bahagian dalamnya turut diperbuat daripada botol plastik yang dikitar semula.

 

Tas tangan berwarna hitam daripada Wilby daripada kulit vegan berharga £61 (RM328.40), manakala sebelah kanan pula tas tangan Mason Weekender juga daripada kulit vegan berharga $89.95 (RM388.70)

Di Malaysia, aksesori diperbuat daripada kulit vegan masih belum popular, namun beberapa jenama antarabangsa sudah mula membawa masuk produk diperbuat daripada bahan berkenaan.

Kulit vegan lazimnya dihasilkan daripada polyurethane, sejenis polimer yang boleh direka khusus berdasarkan kehendak pelanggan.

 

Himpunan tas tangan kulit vegan Stella McCartney berharga dari $385 hingga $1,995 (RM1,663.50 hingga RM8,620)

Bagaimanapun, kebelakangan ini kebanyakan jenama menggunakan bahan atau fabrik inovatif yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kulit buah-buahan antaranya daun nanas dan kulit epal.

Sebagai pelengkap, kebanyakan jenama akan menggunakan kabus atau botol plastik yang diproses untuk menjadi bahan bagi kegunaan pada bahagian dalam tas tangan.

Hasilnya, aksesori seperti tas tangan kulit vegan tampak seperti diperbuat daripada kulit asli, malah jenama seperti Stella McCartney yang juga penyokong kuat PETA turut menghasilkan jaket, baju, seluar dan pakaian dalam daripada kulit vegan.

Gambar utama: Kredit instagram @KensingtonRoyal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Kau Tak Tahu Nikmat Bercium Tu…” – Gelagat Ibu ‘Bibir Shaming’ Anak Sendiri Buat Netizen Pecah Perut

Seorang pemuda bernama Azhan Mohd Jafri mengundang tawa warganet dengan gelagatnya bersama ibu tular menerusi sebuah video di TikTok. Video berdurasi 18 saat yang tular di TikTok memperlihatkan dirinya sedang menerima kutukan (body shaming) daripada […]

Featured Fri, 14 Oct 2022

Gambar Adik Disalah Guna, Individu Gesa Pihak Pertubuhan Kasih Neelofa Beri Penjelasan – “Lepas 5 Tahun Jadi…”

Eh, betul ke ni? Katanya sampai sekarang masih tiada sebarang penjelasan daripada Pertubuhan Kasih Neelofa

Featured Tue, 27 Apr 2021

“Kami Rayu Budi Bicara KKM” – Bukan Lagi RM 50,000 Nilai Kompaun Peniaga Burger Diteliti Semula

Berikutan tular isu peniaga burger yang dikompaun 50,000, pihak polis meneliti semula kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang […]