Featured By: Ad Ops January 31, 2018 @ 5:00pm

Duit VS Cinta

Duit bukan segalanya-galanya, namun pada masa sekarang segala-galanya perlukan duit. Tapi, jika diberi pilihan antara duit dan cinta, yang mana satu menjadi pilihan utama anda?

Menerusi isu yang dibincangkan untuk siaran Wanita Hari Ini di TV3, pelakon Wan Sharmila dan pengacara Ain Edruce memilih cinta berbanding duit. Menurut Wan Sharmila, dia meletakkan cinta di nombor satu kerana ia boleh menjamin kebahagiaan sesebuah hubungan. Baginya, duit tidak boleh membeli cinta dan kekayaan. Namun dengan adanya cinta, pasangan itu boleh bahagia dan sama-sama mencari duit.

Manakala bagi Ain pula, cinta mengajar seseorang itu menjadi bertanggungjawab. Ain akui sukar untuk mencari lelaki sempurna pada zaman sekarang. Jika berduit, belum tentu ia boleh memberi kasih sayang kepada pasangan. Apapun, kesederhanaan dalam kehidupan sangat penting untuk memiliki kehidupan yang bahagia.

Lain pula sisi pandangan seorang lelaki. Bagi pelawak Syuk, dia berkongsi ‘money come first, love come twice’. Kebiasaannya kita mendengar wanita yang lebih materialistik, namun sebagai seorang lelaki, dia tetap memilih duit kerana jika ada duit, baru cinta itu akan datang berganda. Malah, untuk bercinta dan mendekati wanita, seorang lelaki itu memerlukan duit.

Perunding motivasi, Zaid Mohamad pula berpendapat agak sukar untuk membuat pilihan sama ada duit atau cinta. Baginya, seperti irama dan lagu, duit dan cinta juga kena datang seiring. Namun adalah penting untuk menekankan tanggungjawab dan iman dalam diri kerana kedua-dua perkara ini adalah ‘gam’ yang mengukuhkan cinta dan duit.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 29 May 2022
familuv Thu, 15 Aug 2019

Isteri ‘chubby’ mampu buat suami gembira!

Tak percaya? bacalah artikel ini!

Eat Travel Fri, 10 Aug 2018

5 Lokasi Char Kuay Teow Paling Sedap Di Sekitar Lembah Klang

Dah lah sedap, harganya pun berpatutan!

Eat Travel Thu, 26 Apr 2018

Kalau Nak Suami Puji Lebih, Cuba Buat Cheesekut Ini

Sedapnya cheesekut ini kalau dimakan bersama orang-orang tersayang!

Featured Fri, 28 Oct 2022
Featured Mon, 9 Mar 2020
Featured Sat, 18 Jun 2022
Featured Mon, 30 Mar 2020
Eat Travel Tue, 11 Dec 2018

Resipi Mudah Nak Buat Tamagoyaki

Manfaatkan cuti sekolah dengan membuat hidangan istimewa tamagoyaki untuk seisi keluarga.

| Live TV