Kalau dulunya pemakaian beg serba guna (pouch bag) dikaitkan dengan imej peon, peniaga bazar atau mat rempit, sekarang ia telah menjadi satu gaya jalanan mewah, sejak jenama mewah menghasilkan rekaan prototaip beg pinggang atau silang menggunakan material kulit berkualiti tinggi.
Seiring peredaran zaman, muncul istilah baharu menggantikan pouch bag misalnya, bum bag, fanny pack dan belt pack yang kesemuanya membawa satu maksud yang sama iaitu beg yang diikat pada pinggang.
Sejarah beg serba guna ini bermula sejak awal kurun ke-19 lagi dan digunakan Orang Asli Amerika untuk mengisi barang ketika memburu.

Foto: Amgur
Rekaan utama beg pinggang ini mementingkan kebebasan pada pemakai apabila tidak perlu lagi dipegang atau dijinjit, sebaliknya sekadar diikat pada pinggang.
Jika dulu pemakaian beg pinggang ini dilihat sebagaitidak bergaya, namun kini harganya melonjak naik apabila rumah fesyen mula menghasilkan beg pinggang ini dengan rekaan lebih kontemporari.

Aksi seorang model memperagakan belt bag pada pertunjukan fesyen Fendi. Gambar hiasan/CNA Lifestyle
Antaranya Celine yang menghadirkan koleksi beg pinggang mewah sempena himpunan pramusim bunga 2015. Sementara Alexander Wang pula muncul dengan gaya beg pinggang menepati stail jalanan.
Chanel pula tampil dengan idea hebat dengan melakukan transformasi pada fabrik ikonik mereka iaitu tweed kepada beg pinggang yang cukup menawan dan feminin, malah aliran fesyen ini turut dimanfaatkan jenama fesyen terkenal lain seperti Gucci, Louis Vuitton, Fendi dan Prada!

Selebiriti program realiti, Kim Kardashian tampak begitu yakin melangkah dengan beg fanny pack gergasi yang digayakannya. Gambar hiasan/ Insider

Sungguh bergaya apabila supermodel Bella Hadid memadankan persalinan gaun kulitnya dengan belt bag Chanel sebagai aksesori pelengkap. / Glamour

Supermodel Kendall Jenner turut menggayakan bum bag daripada jenama PRADA. Gambar/ Daily Mail