Featured By: Yanie Baharom April 30, 2020 @ 2:18pm

Durian tanpa duri atau durian gondol, rasanya lebih manis daripada durian biasa

Namanya pun durian, kalau buah durian tak ada duri macam manalah gamaknya rupa buah durian itu ya? Agak-agak macam buah sukun tak?

Tetapi jangan terkejut kalau durian tak berduri ini benar-benar wujud! Kewujudannya tak jauh pun dari Malaysia, sebelah negara jiran kita sahaja.

Begini kisahnya. Sekumpulan penyelidik agrikultur di Indonesia baru-baru ini mendedahkan kejayaan mereka menanam pokok buah durian yang tidak berduri.

Durian berwarna kecoklatan itu mempunyai tekstur kulit yang rata dan semestinya mudah dibuka. Rasanya pula, tidak berbeza dengan durian biasa melainkan isinya sedikit nipis.

“Alhamdulillah, saya lega. Orang tak boleh panggil durian botak satu khabar angin lagi,” kata Maisin, Ketua Pemeriksaan dan Perakuan Benih wilayah barat Nusa Tenggara.

Proses menanam pokok yang menghasilkan durian ini bermula pada tahun 2007 di Kampung Trenggaluh berhampiran Gunung Rinjani, sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lombok, Indonesia.

Pasukan agrikultur tempatan mengambil sampel dari pokok durian yang menghasilkan buah yang tidak berduri di sana.

Aneh kerana pertama kali melihat buah durian botak, pemilik pokok berkenaan pada mulanya ragu-ragu dan menyangka ia beracun.

Namun selepas dicuba sendiri oleh anak pemilik, rasanya sama sahaja seperti durian biasa.

Biji dari buah itu kemudiannya digunakan untuk membiakkan lebih banyak durian tidak berduri.

Bagaimanapun menurut Maisin, hanya dua peratus dari biji benih itu berbunga dan menghasilkan buah dinamakan Durian Gundul (Durian Gondol).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 18 Dec 2019

Sukan luncur air inisiatif pelancongan baharu di Pahang

Jangan sangka sukan ini ada luar negara sahaja!

Featured Wed, 3 Apr 2019

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Guna Buih Pembersih Peribadi

Formulasi daripada bahan semula jadi mampu memelihara kesihatan Miss V.

Featured Mon, 15 Aug 2022
Featured Mon, 7 Nov 2022
Eat Travel Fri, 8 Jun 2018

Lontong Goreng, Hidangan Santai Untuk Hari Raya Anda

Hidangan lontong goreng ini pasti digemari oleh seisi keluarga anda.

Featured Fri, 20 Jan 2023

Ajar Cara Berswafoto, Rossa Sera & Shuk Sahar Dihujani Kiriman Doa Warganet – “Alhamdulillah Semoga Berjodoh Semula”

Gelagat swafoto pengacara dan pelawak, Shuk Sahar bersama isteri, Rossa Sera mendapat perhatian ramai. @rossa.sera Takpela kena ajar banyak kali pun 💜 Korang nak beli berryfull Sera tekan je beg kuning tu #fyp #rossasera #shuksahar […]

Featured Thu, 27 Apr 2023

Aiman Tino Sah Bergelar Suami, Cinta Berputik Selepas 4 Tahun Berkawan

Alhamdulilah, semoga berbahagia hingga ke Jannah 💗

Featured Sat, 25 Mar 2023

“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Tapi Dia…” – Patimah Ismail Mohon Henti Buat Spekulasi

Kasih sayang ibu mentua tiada penghujungnya ❤️ “Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti” – Patimah Ismail