Acara By: Ad Ops November 4, 2019 @ 11:40am

Ejen Ali The Movie lancar misi pada 28 November 2019, ketahui fakta menarik filem ini!

Filem animasi Malaysia yang paling dinanti-nanti, Ejen Ali The Movie kini bakal melancarkan misinya di pawagam mulai 28 November 2019. Filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation ini bakal ditayangkan serentak di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei.

Ejen Ali The Movie

Sumber: Ejen Ali The Movie

Bercakap pada sidang media Ejen Ali The Movie yang diadakan di GSC Mid Valley Megamall, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, Siri Ejen Ali menjadi salah satu jenama animasi popular di Asia dan meraih lebih 2 juta penonton di TV3.

“Sejak tayangan pertama siri Ejen Ali pada tahun 2016, animasi ini berjaya meraih minat stesen media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara, termasuk rangkaian Disney Asia, Nicklodeon India, MNCTV Indonesia dan banyak lagi.

“Kami sangat teruja kerana kejayaan siri ini menerima kepercayaan pihak penaja untuk bersama-sama merealisasikan filem animasi ini. Tahniah diucapkan kepada Wau Animation di atas karya hebat mereka yang berjaya membawa industri perfileman Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Ahmad Izham berkata, tahun 2019 adalah tahun di mana animasi tempatan mendominasi carta industri perfileman negara dan diharap peminat dan pencinta filem akan ke pawagam untuk menyokong filem Ejen Ali yang bakal ditayangkan pada musim cuti sekolah akan datang.

Ejen Ali The Movie

Sumber: Ejen Ali The Movie

Ejen Ali The Movie merupakan filem animasi pertama siri animasi Ejen Ali yang sudah bersiaran selama dua musim. Ejen Ali mengisahkan mengenai Ali, berusia 12 tahun yang direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa IRIS. Inovasi baru IRIS dipersoalkan oleh Ali sehingga membuatkan dia rasa terpinggir. Pada saat itu, dia didatangi individu misteri yang mendakwa mengetahui kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid Yasin berkata, tidak dinafikan agak sukar untuk meletakkan konflik dalam filem ini kerana pihaknya juga mempunyai cabaran dari segi memadatkan semua kandungan menarik dalam durasi masa yang sangat terhad.

“Kami harap semua dapat menonton filem Ejen Ali yang merupakan penutup tirai filem animasi bagi tahun 2019. Kami sangat menghargai sokongan padu yang diberikan oleh peminat tegar Ejen Ali yang sentiasa memberi semangat dan mendorong kami untuk mencapai penanda aras yang tinggi bagi filem ini.

“Kami juga berharap agar segala usaha serta keringat yang dicurahkan dalam penghasilan filem ini dapat menjangkaui harapan peminat tegar animasi Ejen Ali,” ujar Usamah.

Ejen Ali The Movie

Sumber: Ejen Ali The Movie

Usamah ketika ditemui turut berkongsi fakta menarik mengenai pembikinan Ejen Ali The Movie antaranya,  selain bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip Ejen Ali The Movie, beliau juga merupakan pelakon suara untuk beberapa watak tambahan dalam filem ini antaranya seperti Ejen Zain, Dr Tong, penyampai berita TV serta watak baharu, Rahul.

“Keseluruhan produksi filem mengambil masa selama 17 bulan untuk disiapkan. Runut bunyi pertama filem, ‘Bukalah Matamu’ nyanyian Aisyah Aziz bersama penyanyi rap muda, Bunga disusun oleh Azri Yunus, seorang komposer di Wau Animation. Ia adalah lagu rasmi pertamanya, bercabang dari portfolio animasinya sebelum ini. 

Ejen Ali The Movie

Sumber: Ejen Ali The Movie

“Sejak dilancarkan pada 20 September 2019, lagu ini berjaya mencecah 818,000 tontonan di YouTube sehingga kini dan Shafiq Isa, pelakon suara untuk Ejen Bakar, Ejen Ganz & beberapa watak tambahan sebenarnya telah bertindak untuk tiga produksi animasi lain; Ejen Ali, Upin & Ipin serta Boboiboy,” katanya.

Katanya, filem Ejen Ali The Movie yang dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) selaku penaja utama turut menyelitkan panduan mengenai panduan dan kepentingan penjimatan tenaga yang lebih efisien untuk dikongsi bersama penonton.

ejen ali

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar (enam kiri), Pengarah Ejen Ali The Movie, Usamah Zaid (tujuh kiri) bersama para pelakon suara dan penaja bergambar pada sidang media Ejen Ali The Movie di GSC Mid Valley Megamall. NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN

“Adegan rampasan pesawat dalam filem ini pertama kali dipertimbangkan pada tahun 2013 apabila Wau Animation memulakan penciptaan Ejen Ali, tetapi tidak pernah dibuat di dalam siri itu kerana secara teknikal, kosnya terlalu mahal. 

Ejen Ali The Movie

Sumber: Ejen Ali The Movie

“Lebih mengujakan, kedai serbaneka, Zali Mart serta banyak lagi kedai, bangunan dan produk lain di Cyberaya dinamakan sempena nama kru produksi Wau Animation. Lebih daripada 90 pekerja animasi berusaha keras untuk menjayakan Ejen Ali The Movie dan  kos keseluruhan untuk menghasilkan filem ini ialah sebanyak RM 6.5 juta,” katanya.

 

Ejen Ali The Movie

Sumber: Ejen Ali The Movie

Jadi apa tunggu lagi, jom ke pawagam berhampiran mulai 28 November 2019 untuk menyokong Ejen Ali The Movie. Bertindak segera!

ejen ali the movie

Muhammad Usamah mengadakan perbincangan bersama-sama kru yang menjayakan pembikinan filem Ejen Ali The Movie. Sumber: Wau Animation

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Sos ini manis-manis dan memang kena dengan ayam.

Featured Mon, 20 Aug 2018

Kenali Jenis Kulit Anda Dengan Hanya Menggunakan Tisu

Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

Featured Wed, 17 Mar 2021

PEMERKASA: Bantuan One Off Sebanyak RM500 Kepada B40, Penerima BPR Mulai…

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif terbaru rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19. Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi ( PEMERKASA), kerajaan akan memberikan bantuan tunai one off sebanyak RM500 kepada B40 […]

Acara Tue, 13 Dec 2022

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Siapakah yang bakal melangkah ke pusingan akhir? Jom tengok Dapur Tempur

Featured Sat, 17 Dec 2022