Featured By: Shaidah Shafie April 13, 2020 @ 6:37pm

Ekstrak kekwa ungu bantu turunkan berat badan

Tumbuh-tumbuhan herba diakui sejak zaman berzaman mempunyai khasiat tersendiri yang boleh membawa kebaikan pada tubuh badan manusia.

Amalan meminum teh herba misai kucing umpamanya dikatakan bagus untuk mengatasi masalah darah tinggi, manakala meminum jus pegaga pula akan menjadikan wajah lambat dicengkam penuaan.

Bagaimanapun, kekwa ungu yang hanya boleh ditemui di kawasan pergunungan tanah tinggi di Qiaoban di Wilayah Zhejiang, China dipercayai mempunyai banyak kebaikan untuk menurunkan berat badan.

Termasuk dalam kategori kekwa, bunga berwarna ungu yang hanya dipetik setahun sekali pada pertengahan Oktober itu berfungsi membuang toksin yang terkumpul dalam badan.

Datin Thalia Baiduri dengan produk Glam V yang menggunakan kekwa ungu sebagai bahan utama dalam pembuatannya. Foto: Ihsan Iman health & Beauty.

Pengasas Iman Health & Beauty, Datin Thalia Baiduri Abdul Rashid, berkata kebaikan kekwa ungu bukan setakat itu sahaja, sebaliknya bunga berkenaan juga berupaya mengurangkan risiko barah usus dan masalah berkaitan perut.

“Kekwa ungu membantu mengatasi masalah sembelit, membaiki sistem pencernaan dan mengelakkan wanita terutama mengalami sembap diakibatkan oleh lebihan air dalam badan atau disebut juga edema.

“Pengambilan bunga ungu ini akan meningkatkan kadar metabolisme yang berkait rapat dengan keseimbangan berat badan. Oleh sebab itulah kami mengunakan kebaikan bunga ini sebagai bahan penting dalam produk Glam V,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Produk menggunakan kekwa ungu ini diperhebatkan dengan rasa coklat yang lazat. Foto: Ihsan Iman Health & Beauty.

Glam V ialah produk minuman tambahan yang menggunakan ekstrak kekwa ungu, kebaikan teh hijau dan chitosan dalam pembuatannya.

Berfungsi sebagai minuman tambahan yang berupaya menurunkan berat badan, Glam V diperhebatkan dengan rasa coklat yang lazat bertindak membakar lemak dan meningkatkan tahap metabolisme individu.

Katanya, Glam V dihasilkan daripada bahan semula jadi sepenuhnya dan dihadirkan bersama Beauty V untuk memberi kesan lebih apabila diminum, namun perlu mengikut peraturan yang disarankan.

“Glam V juga meningkatkan tenaga dan mengurangkan selera makan. Dengan formula gabungan kebaikan semula jadi ini, ia membekalkan khasiat yang menakjubkan dan memberi kesan penurunan berat badan yang diinginkan setiap wanita.

Beauty V memanfaatkan kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran. Foto: Ihsan Iman Health & Beauty.

“Beauty V pula adalah campuran serat, buah-buahan dan sayur-sayuran serta prebiotik yang akan meningkatkan fungsi pencernaan badan dan membersihkan usus,” katanya.

 

Beauty V perlu diambil pada waktu malam kerana ia akan memudahkan proses perkumuhan pada awal pagi selain membuang sisa toksin dan lemak berlebihan dalam badan manakala Glam V pula selepas sarapan.

Kedua-duanya boleh dibeli menerusi dalam talian dan Beauty V ditawarkan pada harga RM69 dan Glam V, RM119.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Feb 2021

Malaysia Negara Ketiga Miliki “Sugar Daddy” Paling Ramai Di Asia

Istilah “sugar daddy” dilihat sebagai satu “taboo” dalam masyarakat kita. Bagi umat Islam, istilah “sugar daddy” adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Namun, menerusi portal Free Malaysia Today melaporkan hampir 50,000 individu bergelar sugar daddy

Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Fri, 20 Jan 2023

“Balut Hati Dengan Kesabaran, Tiada Dendam & Benci” – Fazura Pesan ‘Followers’ Hidup Dalam Kesederhanaan

‘Tak berharap pada siapa pun, tak terikat oleh apa pun, kecuali Allah SWT” – Fazura

Featured Mon, 11 May 2020
Featured Sun, 18 Nov 2018
Featured Thu, 12 Jan 2023

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan. @itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru

| Live TV