familuv By: Shaidah Shafie March 13, 2020 @ 11:03am

Elak anak jadi ‘penagih’ sejak kecil!

Zaman kini menyaksikan ada pelbagai jenis gajet elektronik atau peranti akses mudah kepada internet menjadi alat permainan untuk kanak-kanak seawal usia satu tahun.

Menjadi pemandangan biasa melihat kanak-kanak di dalam kereta sorong memegang gajet elektronik dan leka menekan jari telunjuk yang comel itu pada permukaan skrin.

Pada satu sisi, kanak-kanak yang pandai mengendalikan gajet elektronik pada usia sebegitu dilihat pintar, namun jika dilihat daripada aspek yang lebih jauh, ibu bapa sebenarnya sedang memusnahkan masa depan si kecil.

Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan, kesan penggunaan internet adalah empat kali ganda lebih bahaya berbanding dadah.

Lebih menakutkan, penggunaannya boleh menyebabkan berlaku kerosakan otak terhadap mereka yang ketagih akan penggunaannya.

Prof Dr Zulika turut menjalankan kajian kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak disleksia. Foto: Arkib ijab & Heels.

Pensyarah bidang pengkomputeran di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Zulikha Jamaludin, berkata kesan gajet terhadap kanak-kanak amat buruk kerana alat berkenaan berupaya merosakkan minda dan pemikiran si kecil.

“Peningkatan ketagihan penggunaan internet dalam kalangan penduduk dunia semakin meningkat setiap tahun dan berlaku juga ketakutan yang sangat ketara sekiranya kemudahan terhadap penggunaan internet terputus atau tergendala.

“Pada tahun 2014 terdapat peningkatan sebanyak empat peratus dalam kalangan penduduk dunia, melonjak kepada 9.6 peratus (kira-kira 725 juta orang) pada 2019 yang ketagih terhadap penggunaan gajet yang mempunyai internet,” katanya ketika ditemui di UUM, baru-baru ini.

Keadaan itu tidak boleh dipandang ringan kerana kajian menunjukkan  pengunaan Internet lebih bahaya empat kali ganda daripada penggunaan dadah walaupun teknologi diperlukan dalam hidup.

Jangan biarkan kanak-kanak leka dengan gajet ekektronik kerana peranti ini mendatangkan banyak keburukan kepada minda mereka. Gambar hiasan. Sumber: Sogerweb

Antara ciri-ciri yang menunjukkan seseorang kanak- kanak itu ketagih gajet adalah sikapnya yang terlalu obses dan sentiasa ingin bermain permainan dalam talian.

Prof Zulikha berkata, ketagihan terhadap gajet lazimnya membuatkan kanak-kanak menjadi agresif dan ada kalanya cenderung bertindak ganas.

“Ada kes kanak-kanak malas belajar akibat leka dengan gajet. Kanak-kanak berkenaan sejak usia dua tahun sudah didedahkan dengan telefon bimbit.

“Ketika dibawa menemui saya, dia yang kini sudah berusia tujuh tahun asyik bermain telefon bimbit dan bila saya ambil alat berkenaan daripada tangannya, dia menunjukkan tanda agresif dan marah,” katanya yang juga menjalankan kajian kesan gajet terhadap kanak-kanak disleksia.

Bayangkan jika anak yang dilahirkan sihat dan comel membesar menjadi insan pemarah serta kasar, pastinya tidak mahu!

Sediakan permainan yang berwarna untuk kanak-kanak. Gambar hiasan. Sumber: asianparents.com

Hijab & Heels kongsikan 4 cara elak si kecil bermain gajet:

# Ibu bapa contoh terbaik, elak memegang gajet elektronik ketika di hadapan anak.

# Sediakan buku bergambar yang berwarna-warni untuk permainan si kecil kerana mereka mudah tertarik dengan objek berwarna.

# Sediakan permainan yang boleh membuatkan mereka aktif bergerak seperti bola atau basikal kecil, namun ibu bapa perlu peka keselamatan anak ketika mereka bermain.

# Sentiasa bawa anak bermain di kawasan terbuka seperti taman rekreasi kerana langkah ini juga adalah aktiviti sihat bagi si kecil yang tentunya gemar berlari dan bergerak bebas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 21 Oct 2022

‘Bicara Jiwa’ Jadi Langkah Mula Aswan Anwar Dalam Bidang Nyanyian

Nama anak kelahiran Sabah, Aswan Anwar mungkin jarang kedengaran di dalam arena arus perdana industri muzik Malaysia, namun bakat semulajadi yang dimilikinya wajar diberikan perhatian. Kini, Aswan hadir dengan single terbaharunya berjudul Bicara Jiwa yang

Featured Tue, 28 Jun 2022

“Janin Keluar Atas Tapak Tangan, Rasa Pergerakan Sebelum Tali Pusat Dipotong..” Rafidah Ibrahim Keguguran

Innalillah, berat ujian Rafidah kali kedua keguguran. Paling sayu, janin bayi seakan tahu dia berada atas tangan ibu 😭😭 Min doa agar terus diberi kekuatan ❤️🥺

Featured Sun, 12 Apr 2020
familuv Tue, 5 Mar 2019
Events Tue, 14 Jun 2022

Yakin Mahu Ganti Justin Bieber Buat Konsert, Iqbal Zulkefli Dicemuh Netizen – “Saya Syorkan Pendam Je Bakat Tu”

Alahai netizen pun, Iqbal bergurau je tu 😂 Tapi kalau betul Iqbal nak ganti Justin Bieber korang nak pergi tak konsert? 🤪

Featured Wed, 16 Oct 2019

Tidur sebentar pada waktu siang bagus untuk jantung, menurut kajian

Jika anda tidur siang, tidak semestinya anda malas!

| Live TV