Featured By: Ad Ops April 24, 2020 @ 12:09pm

Elfira Loy, artis Malaysia pertama dilantik duta tudung di Indonesia

Pelakon, Elfira Loy mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi artis Malaysia pertama dilantik duta bagi jenama tudung popular di Indonesia, Buttonscarves.

Elfira yang mempunyai seramai 4.8 juta pengikut di Instagram disunting jenama dari seberang itu beberapa bulan lalu menerusi perbualan di kotak mesej langsung (DM) di platform yang sama.

Elfira Loy duta Buttonscarves

Kredit gambar: Buttonscarves

Isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar itu berkata, beliau sememangnya peminat tegar jenama yang sudah empat tahun berkembang di negara jiran itu, justeru peluang untuk bersatu dengan jenama berkenaan adalah satu rahmat dan rezeki buat dirinya.

“Sebenarnya saya menjadi peminat secara diam jenama itu sejak dua atau tiga tahun lalu. Kalau terbang ke Jakarta, saya akan membeli skaf dan tudung jenama berkenaan kerana materialnya cukup selesa dan kemas.

Elfira Loy duta Buttonscarves

Kredit gambar: Buttonscarves

“Kerjasama ini bermula daripada DM dan kemudian berlanjutan ke aplikasi WhatsApp. Pendek kata, daripada awal lagi ia berjalan dengan lancar. Kerjasama antara kami tercetus dengan sekelip mata dan tanpa diduga.

“Difahamkan ada juga beberapa calon lain, tapi rezeki berpihak kepada saya. Ia bagai dirahmati dan dipermudahkan. Saya juga anggap ini rezeki anak sulung,” katanya dalam sau kenyataan yang dikeluarkan, baru-baru ini.

Ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf yang berusia enam bulan itu pernah dikenali di Indonesia kerana beberapa kali bergandingan dengan pelakon lelaki di sana.

Elfira Loy duta Buttonscarves

Kredit gambar: Buttonscarves

Sebagai permulaan, Buttonscarves x Elfira Loy hadir dengan koleksi istimewa dipanggil The Maharani Series yang sesuai digayakan pada bulan Ramadan dan Syawal kelak.

Koleksi itu dilancarkan di Indonesia pada hari pertama umat Islam meraikan Ramadan yang penuh suci dan mulia, tahun ini.

Koleksi The Maharani Series memiliki 13 warna dengan motif yang mengangkat elemen seni bina di India dan menggunakan bahan skaf kapas voal serta sutera satin yang selesa untuk digayakan.

Elfira Loy duta Buttonscarves

Kredit gambar: Buttonscarves

Sementara itu, pihak Buttonscarves melihat kerjasama terjalin dengan Elfira cukup tepat dengan personaliti, aura dan imej bertudung dimilikinya.

Linda Anggrea selaku Pengarah Kreatif Buttonscarves, berkata kolaborasi dengan Elfira itu adalah kerjasama perdana dan sulung Buttonscarves membabitkan artis dari negara lain.

“Selama ini kami mencari calon yang sesuai berkolaborasi dengan Buttonscarves. Ternyata Elfira sudah menjadi seorang penggemar Buttonscarves sejak dulu. Personaliti dimilikinya juga menjadi terjemahan nuansa fesyen kami.

“Cita-cita itu sudah lama dan akhirnya berjaya direalisasikan kini. Malaysia dan Indonesia sendiri negara serumpun yang berhubungan baik,” katanya.

Elfira Loy duta Buttonscarves

Kredit gambar: Buttonscarves

The Maharani Series boleh dibeli dengan harga jualan bermula daripada RM125 ke atas di laman sesawang, www.buttonscarves.com atau aplikasi Buttonscarves.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Jul 2023

Isteri Caprice Bengang, Dedah Wajah Individu Gelar P*l*c*r Vietnam – ” Kau Ni Binatang Ke? Standby Suami Kita Tengah Cari Awak”

Teruk eh orang sekarang suka hati je panggil orang yang dengan panggilan yang tidek-tidek🙄

Featured Sat, 9 Sep 2023
Featured Wed, 27 Dec 2023

Yusof Haslam Mohon Jodoh Terbaik Buat Puteri Sarah – “Moga Lelaki Itu Dapat Membahagiakan Dia & Anak-Anak”

MasyaAllah, baiknay Datuk dan Datin yang sentiasa doakan Puteri Sarah ❤️❤️❤️

Featured Mon, 13 Sep 2021

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan […]

Featured Mon, 17 Feb 2020