Featured By: Yanie Baharom October 5, 2018 @ 6:20pm

Fahami Perbezaan Jenis Gula, Apa Yang Perlu Dan Tidak Perlu Untuk Tubuh Anda

Gula merupakan makanan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Ini termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan untuk proses fotosentesis.

Pemanis yang lebih dikenali sebagai glukosa itu terdapat dalam majoriti makanan, sayuran serta buah. Misalnya, pisang, betik, belimbing, roti canai, capati, sirap limau dan lain-lain.

Ramai yang masih keliru perbezaan antara jenis gula yang kita gunakan. Kerana terdapat gula yang baik untuk tubuh, begitu juga yang memudaratkan.

Glukosa

Merupakan gula paling asas di dalam sel badan manusia. Turut dipanggil sebagai simple sugar atau blood sugar kerana ia mengalir melalui urat-urat dalam badan.

Foto: YouTube

Fruktosa

Gula jenis ini terdapat banyak dalam sayuran, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Fruktosa sebenarnya lebih sukar untuk diuraikan berbanding glukosa.

Foto: Reader’s Digest

Sukrosa 

Merupakan kombinasi antara fruktosa dan glukosa. Nisbah adalah 50:50. Turut dikenali sebagai table sugar dan berasal daripada tebu.

Foto: holredcpaworbatsu

Sirap jagung fruktosa tinggi

Merupakan gula yang telah diproses dan bertujuan sebagai pemanis makanan. Diperbuat daripada jagung.

Foto: Hello Sehat

Bagi glukosa dan fruktosa, ia datang dalam kandungan gula asli. Ia diiringi protein, serat, mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Misalnya, ketika kita memakan sebiji buah oren, kita bukan sahaja mendapat fruktosa, malah serat serta vitamin A, B dan C.

Justeru, gula semula jadi yang terdapat dalam buah-buahan serta sayuran mengambil masa yang lebih lama untuk diuraikan oleh tubuh. Gula jenis ini akan menjadi tenaga dan sangat menyihatkan tubuh.

Manakala, jika kita mengambil gula dalam bentuk sukrosa atau sirap jagung berlebihan, nilai serat pemakanan di dalam gula tersebut sangat sedikit. Dan ini akan menyebabkan ia mampu diurai dengan sangat pantas oleh badan.

Sumber: Pepatung

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jul 2018
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Mon, 19 Dec 2022

[VIDEO] Aksi Fuad Rahman & Tom Berhibur Dalam Kereta Dikecam Netizen! – “Dah Macam Kat Kelab Malam”

Fuh rancaknya!! ‘Sepadan, sekufu.. Tengah bahagia kan’ – Netizen 🤩🥵

Featured Wed, 27 May 2020
Featured Mon, 21 Aug 2023
Drama Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Puas Hati Tengok Isteri Cubit Muka Izzue Islam – “Terima Kasih Kak Tolong Cubitkan Amir”

Pelakon Izzue Islam menjadi sebutan ramai selepas karakter Amir yang dibawa dalam drama bersiri Rindu Kasih bersiaran di TV3 menyakitkan hati penonton. Watak Amir itu telah mengundang pelbagai reaksi dari penonton yang geram melihat sikap […]

Featured Sun, 13 May 2018

Rawat Rambut Rosak Dengan Pati Minyak Semula Jadi Ini. Hasilnya, Sihat & Berkilau

Kandungan minyak semula jadi ini pasti membantu mengekalkan kesihatan mahkota rambut anda agar ia sentiasa sihat berkilau.

Featured Thu, 26 Mar 2020

Tunku Azizah mohon rakyat doakan keselamatan baginda sekeluarga

Turut bimbang 9 petugas yang disahkan positif COVID-19