Featured By: tex_admin August 18, 2018 @ 9:00am

Fatehah Mustapa Inspirasi Wanita Dalam Dunia Sukan Berbasikal

Siapa yang tak kenal dengan pelumba basikal negara Fatehah Mustapa. Pencapaiannya dalam dunia berbasikal sememangnya patut dibanggakan!

Anak kelahiran negeri Terengganu ini telah memulakan kerjayanya dalam dunia sukan berbasikal sejak tahun 2007 lagi. Sentiasa bersemangat serta mempunyai jati diri yang tinggi menjadikan Fatehah seorang pelumba basikal yang sangat dikagumi.

Kalau anda nak tahu, seawal usia 23 tahun lagi, Fatehah telah layak mewakili negara dalam sukan Olimpik London 2012. Beliau juga telah mencipta sejarah buat negara apabila menjadi pelumba wanita pertama yang dapat meraih emas acara Keirin dalam Kejohanan Berbasikal Asia 2013.

Bermula saat itulah, kayuhan Fatehah semakin cemerlang sehingga ke hari ini. Kayuhannya kini digeruni oleh pelumba handalan dunia yang lain. Ratu trek negara ini ternyata telah membuktikan bahawa status ‘wanita’ bukan penghalang untuk bergiat aktif dalam dunia berbasikal. Momentumnya yang selalu konsisten membuatkan dia berjaya melakar pelbagai sejarah buat negara.

 

 

A post shared by Fatehah Mustapa (@fatehahmustapa) on

 

A post shared by Fatehah Mustapa (@fatehahmustapa) on

Antara pencapaian yang diraih oleh Fatehah termasuklah:

    • Pingat Emas Wanita Trial 500m Southeast Asian Grand Prix, 2013
    • Pingat Emas Sukan Komanwel Glasglow, 2014
    • Pingat Perak Wanita Keirin, pusingan 3, 2013-2014 UCI Trak Cycling World Cup
    • Pingat Perak acara Keirin wanita elit dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) Di Shizuka Jepun, 2016
    • Emas Sukan SEA Kuala Lumpur, 2017
 

A post shared by Fatehah Mustapa (@fatehahmustapa) on

 

A post shared by Fatehah Mustapa (@fatehahmustapa) on

Wow! Sangat inspiring kan? Jadi, bagi anda yang nak ikuti jejak langkah Fatehah, anda boleh memulakan langkah dengan menyertai kejohanan berbasikal C-Cycle Challenge 2018 anjuran New Straits Times (NST) dengan kerjasama EcoWorld pada 23 September ini.

Acara ini sangat sesuai untuk menguji tahap kecergasan anda yang akan diadakan di Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang, Selangor. Yang pasti, kayuhan anda di acara ini pasti akan menjadi momen terindah!

Anda bukan saja dapat mengabadikan kenangan terindah, malah dapat berpeluang menangi hadiah yang cukup menarik iaitu hadiah bernilai RM37, 000 serta cabutan bertuah berjumlah RM49, 000! Awesome kan?

Jangan lepaskan peluang ini! Jom daftarkan diri anda secara online di www.nst.com.my/c-cycle sekarang hingga 24 Ogos ini. Jangan lupa ajak kawan-kawan dan ahli keluarga anda sekali ya!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Sanusi (010-3377566).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Mar 2018

Makan Ikan Ini Ketika Hamil Bagus Untuk Dapat Anak Genius – Kata Pakar

Rupa-rupanya, ada cara untuk meningkatkan kepintaran bayi anda melalui makanan yang anda makan ketika hamil.

Featured Thu, 13 Oct 2022

Anak Syurga Zarina Zainuddin Dicop Gila Di Wikipedia! Netizen Label Pelaku Busuk Hati & Minta Buat Laporan

Allahuakbar… kejamnya sampai macam tu sekali tulis 😥 Mana lah pergi letak akal tu!

Featured Wed, 27 Oct 2021

Lee Chong Wei Kini Dilantik Duta Pelancongan Sabah

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini dilantik sebagai duta pelancongan Sabah bermula Oktober ini hingga Disember tahun hadapan. Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, pelantikan itu bersesuaian dengan […]

Featured Fri, 15 Apr 2022

Akhirnya Hak Jagaan Anak Vanessa Angel Selesai, Gala Sky Diserah Kepada Bapa Mertua

Akhirnya hak penjagaan anak kepada pasangan Allahyarham Vanesza Adzania atau lebih dikenali sebagai Vanessa Angel dan Bibi Adriansyah akhirnya selesai apabila hampir lima bulan perkara ini menjadi kes mahkamah. Memetik laporan Tribunnews, hak penjagaan anak […]

Featured Wed, 19 Oct 2022
familuv Fri, 19 Jul 2019

Suami kaki pukul, isteri perlu bertindak!

Pertahankan hak sebagai isteri!

Featured Wed, 18 Mar 2020

Kerajaan tidak melaksanakan bancian atau imunisasi COVID-19

Jangan terpedaya dengan pihak ambil kesempatan